Tuesday, January 18, 2011

MEGA WEDDING DI S’PORE EXPO

TERINGIN sangat nak melihat dengan mata kepala sendiri betapa gahnya expo anjuran MegaXpress yang selalu diwar2kan.

KEBETULAN pada 13-16hb. baru2 ni  ma berada di Singapura kerana majlis kesyukuran anak saudara ma yang mendapat biasiswa untuk  melanjutkan pengajian dalam bidang kejururawatan di Universiti of Sydney, maka ma mengambil kesempatan ke Singapore Expo melihat sendiri MEGA WEDDING AND LIFESTYLE, pameran aneka busana dan keperluan perkahwinan.

Sebanyak lebih kurang 300 buah gerai jualan dan pameran didalam dewan tersergam luas itu.  

Sebenarnya Pengarah Urusannya,  Hj. Hamzah  adalah salah seorang kenalan ma ketika di Singapura yang sama2 didalam satu persatuan  penulisan kesusasteraan. Beliau yang bergiat aktif dalam penulisan puisi kini beralih karier menjadi seorang usahawan.

Syabas!  Semoga terus berjaya…. 

Agak2nya kalau bertemu ma masih ke dia mengenali?  Wallahu ‘alam…!  Mudah2an kejayaan yang dicapainya tidak membuatkan dia mudah lupa akan sahabat2 lamanya….

DSC01602

Anika jualan dari busana sehingga ke eksoserisnya.  Berkilau kemilau.  Pelbagai jenis bentuk hiasan sanggol dan  kerongsang  dengan besar  saiznya  sehingga menutup dada….

DSC01609

Sebahagian dari suasana didewan pameran.

 

DSC01611

Bukan sahaja dipatong, malah berpuluh2 pasangan pengantin sebagai model memeriahkan expo anjuran  MegaXpress itu.

~Tapi maaf,  ma tak berkesempatan merakam aksi pasangan pengantin itu diatas pentas kerana tergesa2 mengejar waktu untuk ke JB kerana nak bertolak balik ke T’ganu malamnya.~

DSC01621

Bagi bakal2 pengantin… tiada masaalah lagi. Tidak perlu memikirkan dimanakah untuk mendapatkan pakar perunding untuk kesempurnaan majlis.  Semuanya ada disini….

DSC01622

Salah satu tekatan manik yang menarik perhatian….

 

DSC01626

Merah hati….
Sama ada yang ini…..

DSC01613

…..atau yang ini…

DSC01606 

DSC01607 

DSC01625

Khidmat Lotus Limosin pun ada……

Berminat? 
Semuanya beres, asal ada $$$$$$$$…

4 comments:

rasp said...

As salam Ma...
pengantin zaman skarang byk tul pilihan...
tapi tu lah kan, ada $$$$ macam2 boleh buat ...

sw33tdarling said...

lawa giler arr yng manik atas tuuu

lily lotus said...

yg kereta tu paling mega :)

Dee said...

pjgnya limosin..