Saturday, January 22, 2011

BILA MAUT MEMANGGIL….

INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAAAJI ‘UN….
Begitulah…,  apabila  maut memanggil, tak sedetik pun kita       berkeupayaan untuk menangguhkannya…

TAKZIAH  buat sahabat baik ma Che Bunga atas kembalinya kerahmatullah anak sulong beliau Che Pha…

 

DSC01642

Al fatihah…
Allahyarham Wan Che Ros Bin Datuk Wan Din… atau lebih dikenali sebagai Mustapha meninggal dunia di hospital Sultanah Nur Zahirah  pada Jumaat 21hb Januari 2011, sekitar jam 2.30 petang.  37 tahun, mempunyai 5 orang anak berusia antara 5-14 tahun..

BELIAU telah meninggal akibat kemalangan dijalan raya pada sekitar 10.30 malam, Khamis 20hb Januari di hadapan Petronas Jalan Pasir Panjang, K.Trg.

DSC01643

Lebih kurang 7 jam dirawat di zon kritikal unit kecemasan, arwah dipindahkan ke was 2EF sekitar 5.30 pagi Jumaat.

Kelihatan  darah yang membasahi strecher (berkilat dibahagian atas kepala), tatkala dipindahkan kekatil. 
Kemalangan telah menyebabkan bahagian bawah belakang tengkoraknya pecah, pendarahan pada otak  selain patah tulang lengan sebelah kirinya.

PADA malam kejadian, ma dikejutkan dengan panggilan dari Che Bunga tentang kemalangan yang menimpa anaknya kira2 jam 11.oo malam.

Tanpa banyak bicara ma bergegas ke rumah beliau untuk membawanya ke tempat kejadian  kerana faham  beliau tak mungkin dapat memandu dalam keadaan2 sebegini.

Sampai ditempat kejadian, tidak kelihatan sedikit pun bekas, hanya ada beberapa anak muda untuk kami merujuk  pelbagai soalan.  Dikatakan kedua2  motosikal yang terlibat  sudah dibawa ke balai, dan mangsa sudah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Seketika sebelum kejadian, arwah telah membawa anak  sulongnya ke unit kecemasan yang sama untuk mendapatkan rawatan, kerana anaknya itu dikatakan sakit dada kerana terjatuh.

Walaupun  nombor  giliran  dah diambil tapi kerana dikatakan ADA SESUATU YANG MENDESAK, beliau  terus membawa anaknya pulang, tanpa sempat anaknya menerima rawatan.

Sesampai di rumah, beliau menyerahkan kunci kereta kepada  Che’ Bunga, dan terus mengambil motosikal LCnya untuk ke petronas mengisi minyak, dengan niat nak berjumpa seseorang yang dikatakan sangat penting itu.

Ketika dia hendak membelok ke kanan dihadapan stesen minyak itulah, sebuah motosikal yang dipandu laju telah memotong       sebuah kereta, menabrak motosikalnya, dan arwah terus jatuh dan tak sedarkan diri.

DSC01633

     Antara barang2 kepunyaan arwah termasuk handphone yang diserahkan kepada Che Bunga,  sementara dia dirawat di unit kecemasan Zon Kritikal.

DSC01631Kelihatan sungguh tenang…..     Che Bunga dihimpit seorang ‘konsultan’ guaman bagi membantunya  untuk mendapatkan khidmat.

DSC01632

Sesuatu yang baru  sebagai pengetahuan ma….,  bagaimana seorang konsultan membuat ‘closing’ bagi mencari suatu kes  untuk majikannya….

Mudah2an Allah memberi ganjaran bagi seseorang yang redho atas ketentuannya…… Insya Allah, amiiin…..!

5 comments:

wida said...

al fatihah

Dee said...

Al-Fatihah dan takziah buat keluarga Che Bunga di atas kehilangan org yg tersayang..moga rohnya dicucuri rahmat..

sw33tdarling said...

al-fatihah...

phreak-id said...

Al fatihah. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang mulia di sisi Allah. Amin

Terbaru > Gadis-Gadis di Jabatan Ku. > Dunia Blogging Yang Di Famouskan Oleh Redmummy Dalam Berita Minggu Semalam, Hari Ni Di Famouskan Lagi Dalam Hot Chat HotFM Pula > Tukar Banner/Link Dengan phreak-id

rasp said...

Al-Fatihah...
Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman...
takziah buat Che Bunga sekeluarga...