Wednesday, January 12, 2011

SECOND DRIVER

DALAM keadaan masa yang selalu memburu… banyak entry yang duduk dalam kepala ni tak ter update.

SEMALAM adalah hari dimana empat tahun lalu kami dalam keadaan kesedihan yang teramat sangat.  Hari perginya arwah … meninggalkan dunia fana ini menemui Illahi.

SEMOGA  rohnya tetap dalam kebarakahan Allah s.w.t.  Dan ditempatkan berserta orang2 yang beriman…

Ma memohon sepotong Al-Fatihah buat Abdul Aziz B. Ismail. 
Al-Fatihah…..

Amiiiiin… Syukran.

 

Pada 9.1.2011….

PAGI2 LAGI  kira2 jam 7.15 ma dah keluar dari rumah untuk menghantar Yana ke PSM Academi untuk ujian memandu kereta.  Tempatnya taklah jauh sangat sebenarnya, lebih kurang 20-25 minit perjalanan kalau tak ada kesesakan.
Tapi ma sengaja keluar awal utk memulakan dengan masa terbaik, semoga keputusanya juga terbaik.

DSC01566

Suasana kawasan PSM  Academi  yang lapang dan luas.
Kelihatan pondok (yang berwarna biru) dan landasan berwarna kuning itu adalah untuk ujian menaiki  dan menuruni  bukit.

DSC01576

Satu demi satu kereta Kancil dan Viva dibawa keluar. Kelihatannya lebih dari 10 buah.

DSC01571

Menunggu giliran ke 42….

 

DSC01578

Lebihkurang pukul 10.40 pagi….   Yana lulus parking, selepas menaiki dan menuruni bukit dengan selamatnya.
Kereta yang dihadapan tulah kereta yang dipandu Yana…

 

DSC01579

Lebih kurang jam 11.15 pagi. Yana mula memasuki kereta untuk diuji pandu diatas jalan raya. Dengan iringan doa yang tak putus2nya…

Sementara menunggu Yana… beberapa kali juga  ma melihat pemandu yang kandas kembali dengan keretanya dipandu oleh tester JPJ. 

Dalam hati tidak lepas berdoa…. kerana sekali kandas bermakna akan bertambahlah masa dan belanja...

 

DSC01580

Alhamdulillah… lebihkurang setengah jam, Yana kembali….. 

Yeeei…! sekarang kita dah ada second driverlah awak!
Tapi tolonglah Yanaaaa…. pandulah dengan  cermat dan berhemah!
Jangan pulak nanti …, kau jahanamkan kereta antik mak tu!
 

Nota: Malam ni ma akan balik kampong. Perjalanan ma dengan bas jam 9.30 malam.  }
Insya Allah sampai di JB subuh esok…..
Doakan keselamat ma yee…!

5 comments:

sw33tdarling said...

semoga lebih memudahkan mak.. bukan makin menyusahkan... bawak keter, minyak isi sendiri.. hehehehe

wida said...

haha..awal2 kakak dia dh sound.

rasp said...

tahniah dah pass! dengar pesanan ibu tersayang tu :)

Wahidah said...

minyak sndirik..hehehe..baik punya peringatan kak amy kasi,,,hehehe


okayla tu dah ade driver..tp kan kalo wai pun jenjalan ngan ibu wai lg prefer wai yg drive..hehehe

Dee said...

wah..tahniahlah..dah ada lesen..dee gak yg xde..stereng takut ngan dee..hihihi...