PERCAYA tak, kalau anak2 memanggil ma dalam nada sedikit tinggi pun ma tak terfikir yang lain, melainkan kemungkinan budak2 tu terjumpa lagi anai2 didalam rumah..?!
Macam satu penyakit pulak….
SD menolong mencari di internet seseorang yang tahu hal anai2… Dan Azma anak Che Bunga pun memberi no hp seorang yang bernama Mi (Rosmi) yang selalu digunapakai khidmatnya di pejabat KWSPnya untuk mencegah anai2….
Kedua2nya ma hubungi…
Akhirnya dengan tak banyak bicara, setelah dipersetujui SD ma menggunakan khidmat Rosmi kerana harga yang ditawarkan adalah sebanyak RM350 dengan jaminan 3 tahun.
ROSMI ISMAIL ~ KIK GLOBAL Sdn. Bhd. H/P 017-9267494. Mengiktiraf kepakarannya sebagai Pakar Kawalan Serangga Perosak.
Dengan alat2an inilah mereka gunakan untuk menyembur bawah kolong dan disekeliling rumah. Kerja2 dilakukan hanya dalam masa 20 minit…
Tapi baunya Masya Allah…. sampai kehari ni, dah seharian… masih menusuk hidung!
Mudah2an hilanglah trauma dengan harga RM350 itu…
6 comments:
bole tahan gk ye trauma mama ne..so skrang 3 thn la bertahan yeaaa
sabar yer ma..rumah wida masa sembur ubat anai2 tu pon..seminggu x leh duduk kat situ.terpaksa tumpang di rumah kakak ipar..dinding rumah abis kena roboh!
smpai skrg masih teringat-ingat bunyi anai2 tu gigit kayu...
gitulah ma..rumah dee yg flat tu pun..bingkai pintu penah dimakan anai2..nak buat camana kan..harap xdelah lagi anai2nya..
harap2 takde laa anak2 tu lagi.. kalau ada pun tak payah risau dah dia kata jaminan 3 tahun.. ada sign resit apa2 tak?
T.kasih.. alhamdulillah... Kena percayalah jaminannya. Kalau ada lagi kontak dia, free... Tapi minta2nya tak adalah sampai bila2..
SALAM
http://atehqshe.blogspot.com/ JEMPUT SINGGAH...macam2 ade
Post a Comment