Tuesday, January 4, 2011

ASYURA KELAB IBU TUNGGAL

 ~ AGAK TERLEWAT ENTRY NI KERANA PC MA SEDIKIT PENING. HARI NI BARU PROBLEM SELESAI. JADI, MAAFLAH YEEE…!~ 

 

DSC01505

 

MENGAKHIRI kalendar 2010 Kelab IT (Ibu Tunggal) dibawah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu mengadakan Majlis Memasak Bubur Asyura dan berkongsi dimajlis yang sama bersama dengan Kelab Jadi (Jaya Diri).

Kelab Jaya Diri adalah khas untuk Ibu2 Tunggal yang diberi pembiayaan pinjaman untuk membina perniagaan bagi mengukuhkan ekonomi keluarga.

Untuk info, pinjaman tersebut adalah dengan syarat2 tertentu, dengan sedikit faedah    ~anjuran dari institusi Yayasan Pembangunan Keluarga.

 

DSC01512

 

Cuba tengok betapa gigihnya ibu2 tunggal yang mewakili Kelab IT ‘mengayuh’ untuk memasak bubur asyura dengan dua kawah besar…..

 

 

DSC01513

… dan 2 periok besar mewakili dari Kelab Jadi…  Masing2 mempunyai ketua sendiri untuk mendapatkan citarasa atau resepi yang memuaskan.

 

 DSC01528 

Relek sekejap….
Kita tengok gaya PPD Ladang, Datuk Wan Hisham dan Ketua Pengarah YPK  Encik Sahabudin mendayung. 
Hahaha… tak sampai 5 minit… Tak sempat pun berpeluh…
Sekadar bergambar ajeee….

 

DSC01510

Macam2 gaya… Bukan sekali… malah berkali2…
Apa yang nak di snap oleh jurufoto ni agaknya?  Ma usik dia.., boleh nampak kerak tak? 

 

DSC01518

Kali  ni hidangan ma bukan mee bodo2 lagi… tapi mee Hongkong.  Hihihi… menjadi tak?  Yang pasti, kerana dari Hongkong, mee lambat sampai.  Orang dah kelaparan!  Hahaha… jangan maraaa ibu2 tunggal..! 

 

DSC01520

 

Memang tak sah kalau tak tunjuk 2 ibu tunggal yang bersahabat baik ni…  Kami ni kembar siam.  Kalau orang berjumpa salah seorang dari kami, orang akan bertanya ~ mana lagi sorang?
Hahaha….  Kami ni bukannya kembar siam yang melekat…!

 

DSC01521

Lebih kurang 5 atau 6 jam…..
Dari sekawah penuh… surut sampai tinggal separuh aje… Nampak tak kepekatannya?

Tapi yang sebenarnya… tinggal separuh tu kerana dah di ‘rasa’ seorang semangkok semasa cair dan panas2….

Itulah keseronokannya bekerja bergotong royong. 
Nasib baik tak habis sekawah…!

 

DSC01531

Macam biasalah… Dah masak,dimasukkan kedalam mangkok untuk diagehkan. Tapi kali  ni ma lihat sambal ikannya diganti dengan sambal kelapa aje…  Walaupun ada ramuan ikan didalamnya tapi dah tentulah lebih sedap kalau 100% ikan.

Apa pun, okey jugaklah…!

Nanti…. 8hb ni ada lagi satu majlis Kacau Asyura anjugan Wanita UMNO pulak… 
Kerana terlalu banyak aktiviti sampai termasuk dalam bulan Safar….

4 comments:

rasp said...

seronok kalo sepakat gini ya Ma...
sepakat membawa berkat...

sw33tdarling said...

ada lagi separuh bekas dlm peti ais.. elok lagi tak?

jack blessing said...


Pinjaman untuk pelbagai tujuan
Kami menawarkan jumlah minimum 5,000.00 Ringgit kepada 20 juta Ringgit
Pada kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
pinjaman
tempoh: sehingga 25 tahun bergantung kepada jumlah pinjaman yang anda perlukan.
pelanggan mesti
Melebihi usia o f 18 tahun
Urus niaga ini adalah 100% selamat untuk semua clents
Untuk maklumat lanjut mengenai kredit, sila hubungi kami melalui e-mel:
(JACKBLESSINGFIRM@GMAIL.COM)

jack blessing said...


Pinjaman untuk pelbagai tujuan
Kami menawarkan jumlah minimum 5,000.00 Ringgit kepada 20 juta Ringgit
Pada kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
pinjaman
tempoh: sehingga 25 tahun bergantung kepada jumlah pinjaman yang anda perlukan.
pelanggan mesti
Melebihi usia o f 18 tahun
Urus niaga ini adalah 100% selamat untuk semua clents
Untuk maklumat lanjut mengenai kredit, sila hubungi kami melalui e-mel:
(JACKBLESSINGFIRM@GMAIL.COM)