ANAI2…. Sejenis binatang kecil, tapi pemusnah yang amat ditakuti.
Ma tersedar apabila mendapati pintu gerobok yang berisi file2 manuskrip dari berpuluh2 skrip2 drama radio, tv dan cerpen yang ma simpan sejak tahun 70an…
Kini tiada lagi kenang2an untuk ma melihat kembali karya2 lama ma ~ralat pulak rasanya sebab tak sempat mengambil gambar file2 berkulit keras yang dah berpuluh tahun dalam simpanan ma akibat kerana terlalu geli dan takut akan binatang pemusnah itu..~
Cepat2 kami mengikatnya kedalam plastik besar dan dicampakkan ke dalam troli untuk dibuang ke tong sampah.
Sebelum ini dah hampir 35 tahun ma tinggal dirumah ini tapi belum pernah anai2 menyerang seteruk ini. Kalau sikit2 tu adalah…. tapi tak sempat pun sampai memusnahkan harta benda…
Ini adalah kali ke2 dalam masa terdekat dimusim hujan baru2 ni…, dimana sebelum ini anai2 telah menyerang dimesen jahit yang memakan kain langsir yang belum sempat ma menjahitnya…..
Anak lelaki ma Hizaq baru 2 minggu lepas, telah menyembur obat anai2 dibawah rumah hampir keseluruhannya, tapi entah apa nasib masih ada lagi baki yang tertinggal….
Ma sedih kerana ini adalah suatu musibah, dimana buku2 dan bahan2 bacaan ilmiah dan koleksi novel2 arwah telah musnah dan terpaksa dibuang sebanyak 2 troli (kereta sorong yang mengangkut sampah).
Ada yang masih boleh dibaca tapi cacat dan berlobang disana sini. Ada yang tinggal kulit, bila diangkat menjadi ringan kerana isinya sudah dimakan…..
Tak sangka… bertahun2 dijaga, dengan sekelip mata musnah…!
Boleh diharap…
Mira banyak membantu, kerana ma terlalu takut dan geli…. Keadaan ma sangat terganggu setelah sedar akan kehadiran makhlok perosak itu….
Menyembur dengan racun serangga setelah sebotol obat anai2 habis digunakan. Ridsect Cockroach Control 1…. Terbaik, mati bergelimpangan….., terus tak bergerak.
Bagaikan berperang….. Hancur dan berlobang disana sini….
Turut terkorban, terpaksa dibuang… buku yang paling disayangi arwah… Khalilah dan Dimnah… Juga novel kontravesi terkini Interlok… Diari Bonda… dan banyak lagi….
~Sedihnya~
Manuskrip asal novel ‘Hartini’ karya arwah…. turut dimakan dibahagian tepi….
Sayang karya abahnya… Mira menggunting untuk membuang segala yang kelihatan buruk dimata …
Disisi itu adalah manuskrip cerpen2 yang pernah tersiar di akhbar dan majalah Dewan Sastera.
Mercu 5…. antologi cerpen yang termuat karya arwah… terselamat..
Kerja Zikri… membersihkan mana yang terselamat.
Antara yang juga terselamat… selain dari novel2 karya arwah sendiri termasuk juga novel terjemahan hebat seperti Bumi Bertuah (kesayangan arwah)…, siri2 1001 malam sebanyak 11 jilid dan beberapa yang lain.
Kerja Yana… Sebahgian dari album dan buku yang masih boleh dipakai.
Tak sanggup menunggu siang.
Kerja Hakim.. gerobok pertama…… Dipecahkan untuk dimuatkan kedalam troli untuk dibuang.
Dibantu Pak Tam adik iparnya… mengusung gerobok kedua…
6 comments:
sabar yer ma..
nasib baik perasan awal2..boleh selamatkan apa yg patut
mmg sayang....semuanya sentimental value tu...
bak kata wida, sib baik perasan awal..
ada yg boleh diselamatkan lagi..
and juga sib baik ada 'penyelamat2'..
sabar ya Ma..
banyaknya buku abah kena buang.....!!! huhuhuhu kalau orang tahu, orang amik yg mana orang suka tap nak buat cemana, bukan tahu nak jadi mcm ni
alahai..kesiannya..terasa sayang dan ralat kan ma..tp xpelah..nak buat macam mana..redha dlm terpaksa jelah kan ma..
sayang nye ma..mmg ralat teramat
ma..karya Hartini tuh mmg feveret mak saya..malah nama saya pon diambil dr tajuk novel arwah hubby akak :)
xda rezeki ma... ni yang buat nak cari novel hartini nih....
Post a Comment