BERTUJUAN untuk memelihara alam sekitar, kempen mengurangkan penggunaan plastik, sedang bermula.
BIASALAH setiap kempen dari kerajaan, para pengguna umpama terkena penyakit kulit. Serba tak kena jadinya.
TUJUAN yang baik, tapi selalu menjadi sebaliknya.
KADANG2 pengguna boleh menerimanya dengan baik, tapi kenapa pengguna juga selalu kena menangung kerugian kerana diperalat oleh peniaga..?
SELALUnya macam tulah….!
SAMALAH seperti.., apabila minyak naik ~ sedikit aje ~ tapi semua barang naik mendadak harganya.
SIAPA yang untung? ~PENIAGA!
SIAPA yang kena kutuk? KERAJAAAAAAN JUGAK!
SEKARANG kempen ‘Hari Tanpa Plastik’ pulak…. Ada pasaraya yang dah awal2 lagi merancang… mengenakan 20sen untuk satu beg plastik yang digunakan pengguna kalau pengguna tidak membawa beg sendiri. Konon bertujuan…, hasilnya akan disumbangkan kearah kebajikan.
BETUL KE TUUU??
ATAU MENGAMBIL KESEMPATAN??
MENGAPA TIDAK… kalau pengguna sudah mengurangkan penggunaan plastik.., setiap pasaraya bagilah diskaun kepada pengguna beberapa sen (pun jadilah) kerana dah mengecilkan bujet pasaraya tersebut dalam pembelian plastik!?
MA kadang2 benci.. menyampah… meluat dengan sikap orang2 yang suka mengambil kesempatan!
INGAT, barang dia…, duit kita! Gunakan kuasa kita sebagai pembeli….!
TAPI INGAT JUGA…. kempen ini untuk memelihara alam sekitar…. Demi kesihatan sejagat, sambutlah dengan ikhlas.
SEKARANG NI dalam kereta antik ma, sudah tersedia 2 beg yang penuh berisi beg2 plastik terpakai, boleh digunakan semula….. Kalau ada sesiapa yang terlupa membawa beg sila ambil, tak payah bayar 20sen. Pergilah bersedekah sendiri dimana2…!
Terbukti… ma tak bohong.
Dalam kedua2 beg biru itulah ada banyak lagi beg2 untuk dibawa ke pasaraya.
Bersedia untuk menyambut hari tanpa plastik!
4 comments:
selalu tergadai 20sen akibat terlupa...
Ma, dlm hbg i & dlm kete ada beg2 kecil khas utk hari tanpa plastik nie...
takmo le bayar 20 sen tu...
ntah ye ke tak dorang derma tu..
Iyelah Rasp.. tah iye tah tidak... Jgn2 masuk tabung sendiri...
harap2 20 sen tu betul2 lah utk kebajikan..
Post a Comment