Thursday, January 27, 2011

BIARKAN DIA MENANGIS SEPUAS2NYA…

MALAM INI genap seminggu kejadian tu berlaku…

Yang pergi, dah tentu jalannya…. Yang ditinggalkan ni masih terasa lagi kehilangannya…….     Susulan  entry BILA MAUT MEMANGGIL….

Selagi ada yang menziarah, selagi siibu itu  terus bercerita,  selagi itulah airmatanya  terus menerus membasahi pipi…

Biarkan dia menangis sepuas2nya… Kerana sebenarnya menangis itu dapat meringankan bebanan perasaan yang ditanggung.

Tapi…berlainan dengan Che Chom kakak  Che Bunga. Dalam bersedih sempat pulak berseloroh… Singkat2kanlah  cerita… Tak payah bercerita panjang2.  Kalau b0leh, kau  ‘tape’ aje…, jadi…  kau taklah menangis2 gini lagi ….!

Ma ketawa sampai berdekah2 bila Che Bunga menceritakan idea kakaknya tu….

~Bukan tak simpati pada Che  Bunga, tapi dah kelakar sangat idea tu, kena ketawalah jugak…!~ Sibbaik Che Bunga tak marah, malah dia pun ketawa bila dengar ma ketawa….

ITULAH CERITA  seorang ibu yang ditinggalkan anaknya yang pergi dan tak akan kembali lagi…. Selepas 10 minit berada didepan mata sebelum anaknya ditimpa  musibah itu  …  Perginya menemui ajal dalam keadaan yang amat memilukan….

Beberapa hari lepas,  ma dan Che Bunga ke balai untuk buat report dan ingin melihat sendiri keadaan motosikal arwah, tapi motosikal mangsa tidak kelihatan. Katanya telah dihantar ke Puspakom sebelum dibolehkan   membawanya ke bengkel.

 

DSC01650

Beginilah keadaan sesetengah motosikal yang mengalami kemalangan, ditempatkan didalam suatu kawasan berpagar dan bermangga dipintunya….

DSC01652

DSC01653

Antara motosikal2 yang dibawa dengan trak kerana pelbagai kesalahan.

DSC01655

 Yang ni pulak motosikal curi…. Tak ada yang mengaku siapa punya ke?…. Jom kita ngaku…!

Dari siasatan awal Inspektor Z yang mengendalikan kes ini.., kesalahan diletakkan keatas mangsa kerana melintas dilaluan  motosikal yang melanggarnya itu.  Ini adalah hasil siasatan tanpa saksi yang dilihat dari keadaan kerosakan motosikal mangsa yang teruk disebelah kiri, sedangkan motosikal mamat yang melanggarnya mengalami kerosakan dari  depan.

Tapi kerana kejadian itu berlaku di Pasir Panjang, di kampong mangsa sendiri, ramai jugaklah saksi2 terdiri dari anak2 muda  sekampong yang sedang makan direstoren Mama Tomyam bersebelahan Petronas, dan ada juga yang sedang melepak sambil         menikmati teh tarik bersama roti canai digerai berhadapan Petronas tersebut.

Tiba2 mereka dikejutkan dengan deruan motosikal yang laju dan terus terdengar bunyi dentuman perlanggaran yang amat kuat!

Motosikal yang melanggar itu sebenarnya cuba memotong kereta Myvi melalui sebelah kiri jalan, dimana mangsa sedang melepasinya. Andainya….. (Ya Tuhan… ampunkan hambaMu… Sebenarnya bila sudah ditakdirkan sesuatu itu….. tak boleh adanya sebarang andai2an lagi…)

Undang2 mana sebenarnya  yang membolehkan kita memotong disebelah kiri jika kenderaan yang dihadapan tidak dalam keadaan untuk membelok kekanan?

Kami cuba mengumpul seberapa banyak saksi yang melihat kejadian untuk dibawa ke balai bagi menentukan keadilan.  Insya Allah, akan ada keterangan baru berdasarkan penglihatan saksi2  pulak…

Disyakki mamat yang melanggar itu adalah seorang Mat Rempit.  Kerana biasanya malam Jumaat seperti pada malam kejadian itu adalah malam2 ‘beramal’ untuk Mat2 Rempit berkumpul sekitar jam 11 malam di Tok Adis, Kuala Ibai. Dengan ertikata lain, Jalan Pasir Panjang  adalah laluan menuju ke Tok Adis.

3 comments:

rasp said...
This comment has been removed by the author.
rasp said...

semoga kebenaran dapat ditegakkan...

* Ma, rasp akan ke kuantan pahang...bukan ke terengganu...maaf..

Dee said...

ye ma..moga kebenaran dpt ditegakkan..dee doakan..