Saturday, May 8, 2010

IBUKU, SELAMAT SELAMANYA....

SEMPENA Hari Ibu  tak terlepas ingatan ma pada mak yang telah pergi pada 25 Nov 2005.

Semasa hayatnya dengan memikul tanggung jawab sebagai ibu tunggal seawal usianya 38 tahun, kami telah dididik dengan sempurnanya. Dan alangkah bertuah  ketika hayatnya dapat melihat setaip seorang daripada kami membina keluarga sendiri tanpa masaalah yang menyusahkan hidupnya.

Walaupun ma tak berada disisinya semasa dia  menghembuskan nafas terakhir, tapi ma puas dan redha. Beliau telah kembali ke rahmatullah di rumah abang ma, Kamarudin di Bukit Jelutung, Shah Alam setelah diserang skrok selama 5 tahun.

Selama 5 tahun, dari Singapura ke JB... Dari KL malah  ke Kuala Terengganu pun, setiap anak  berpeluang menjaganya walaupun untuk beberapa ketika.

Ma sangat2 bersyukur kerana ketika sakitnya, arwah suami yang ketika itu masih sihat  adalah orang yang sangat2 prihatin dan bertimbang rasa, melepaskan ma balik atau pergi melihatnya setiap bulan. Paling tak punya masa pun, ma akan balik hari... Pagi ma sampai, dan malamnya ma sudah berada diatas bas untuk pulang ke Kuala Terengganu semula.

Kejadian itu berlaku kerana arwah mak sudah menjadi seorang yang pelupa. Kadang2 tu, ma baru aje sampai subuh di rumah, maghribnya dia akan menalipon ma, tanya bila lagi ma akan datang melawatnya. Kekadang tu, sehari beberapa kali dia akan menalipon ma.

Dan 5 tahun selama sakitnya itu, ma menjadi seorang yang agak lepas laku dan bebas. Anak ketika itu masih ada yana bersekolah, terpaksa ditinggalkan dengan abahnya, dan ma akan pergi dan balik dari Terengganu ke JB, Singapura atau ke KL. mengikut dimasa lokasi mak berada setiap bulan sendirian.

Memang banyak kenangan manis dan pahit semasa mak sakit yang ma menumpang rasa bersamanya. Sebab itulah apabila si Yanti  yang begitu prihatin menjaganya, ma jadi begitu terhutang budi padanya. Dan seorang lagi pengasuh yang harus ma beri pujian ialah Maryam yang berada disisi mak ketika mak menghembuskan nafas terakhirnya.

Malangnya sampai sekarang Maryam tidak dapat ma kesan untuk ma teruskan hubungan silratul-rahim dengannya. Hanya Allah sahaja yang membalas segala kebaikan Maryam menjaga dan mengasuh mak ma dengan baik, prihatin dan sabar.

Mak... halalkan makan minum, keringat dan jerit perih kerana membesarkan kami ... Al-fatihah...!

1 comment:

nasazfrog... said...

Selamat Hari Ibu buat untie.