SUBUH2 kelmarin ma sampai lagi di KL ni. Untuk tiga bulan berturut2. Mac kerana nak ke Indonesia, April kerana kursus N.D.O, dan kali ini Mei kerana nak ke Kedah. Kami akan ke Kuala Nerang untuk menghantar Yana ke Kolej MARA bagi mengikuti metrikulasi.
Bukan tak ada laluan terus ke Kedah dari Kuala Terengganu, tapi anak ma SD ingin sama2 menghantar adiknya itu. Jadi ma bersyukur, tidaklah ma terkial2 mencari jalan bagaimana ke tempat yang asing bagi ma itu. Ma memang pernah sampai ke Alor Setar, Sungai Petani, Jitra, Langkawi... tapi Kuala Nerang, belum pernah.
Ma mohon doa dari kalian untuk kejayaan Yana... Mudah2an laluannya dipermudahkan Allah s.w.t.
Suka atau tidak, ma kena meredhainya. Walaupun ma akan melalui hari2 yang semakin sunyi bila seorang lagi anak meninggalkan ma. Ketiadaan Yana nanti, bermakna hanya tinggallah ma berdua dengan anak ke empat ma, Mira mengisi kekosongan rumah yang mempunyai lima bilik tidur dan sebuah bilik kerja ini.
Ma akan melaluinya dan mesti melaluinya....
4 comments:
yelahkan ma..masa kecik2 riuh rendah..bila dh besar2 sorang2 pergi meninggalkan kita samada melanjutkan pelajaran atau berkahwin..sib baik mira keje kt KT gak..tahniah untuk yana sbb berjaya ke matrikulasi..
ma...jgn la sedih..kitaorg di blogger ini sentiasa menemani ma setiap hari ok. sebenarnya, sy pernah belajar di kolej mara kuala nerang thn 2002/2003.tmptnya mmg jauh dr pekan n bandar. tp dikelilingi alam semulajadi yg sgt menarik dan sesuai utk study.
harap semoga yana dpt belajar dgn bersungguh2...
jgn sedih k....coz sy nak bg award ini kat ma...
sila ambil di http://dqaseh2u.blogspot.com/2010/05/tak-percaya-dapat-award.html
tapi bila dah berkumpul meriahnya :)
Post a Comment