Monday, May 31, 2010

KHAZANAH emas batu TERAPUNG

SESUATU yang paling ma rindukan aktiviti di zaman silam adalah membaca dan  bergelumang dengan novel2. Ketika remaja, ma boleh berjam2 lamanya, sampai lupa makan minum kalau sedang membaca novel. Ma meminati pembacaan novel sejak berusia 9 tahun.

Dalam seminggu sekurang2nya 2 kali ma akan ke Perpustakaan Awam untuk meminjam novel disitu.

Sehinggalah ketika ma akan mengakhiri zaman persekolahan ma, Ma sudah kurang pergi ke pustakaan kerana kesuntukan masa. Tapi ada pulak seorang sahabat  yang baik hati, HA yang juga meminati novel2 Melayu dengan rela hati meminjamkan satu demi satu novelnya kepada ma.

Sekarang memang ma sudah tidak punya waktu langsung untuk menjamah novel2 terbitan baru. Prioriti ma hanyalah untuk rumah tangga dan sara hidup.

Ma jadi teringatkan aktiviti ma apabila beberapa hari ni ma asyik menbersih rumah dan  mengelap dinding2 bilik yang biasa ma lakukan setahun sekali untuk persiapan sebelum puasa.

Apabila sampai ke bilik bacaan yang termuat sekelian novel2 dan buku2 bacaan ilmiah, hati ma tersentuh melihatnya.  Arwah abah mungkin bertuah kerana  ada ma yang masih meminati untuk memuliharanya. Tapi siapalah yang akan mengambil alih dan menyanyangi bahan2 bacaan ini apabila ma sudah tiada…?!

DSC01056  DSC01059       Sebahagian daripadanya…

 

 DSC01060

Hartini dengan manuskrip asal dan yang lainnya…

DSC01058

 Kesah 1001 Malam .. terjemahan A.K.Zain mengandungi cerita2 dongeng tauladan dari buku ‘Alfu Lailah Wa-Lailah’,   lengkap dengan 1 1 sirinya….  Terbitan Pustaka Antara tahun  1962. Dengan harga hanya RM2.80 sebiji.

Selain dari  manuskrip2 asal karya2 abah yang masih tersimpan elok dan rapi….  HARTINI, JAMBATAN, PUTIK.. sekadar beberapa karyanya, terdapat juga karya2 agung dari Prof. Dr. Hamka seperti Dibawah Lindungan Kaabah dan Tenggelamnya kapal Van Der Vicks. Begitu juga dengan novel2 terjemahan yang hebat seperti Bumi Bertuah dan Magdalena… 

DSC01062

Karya Hebat ‘BUMI BERTUAH’. Terjemahan dari THE GOOD EARTH, diterjemahkan oleh  Sasterawan Negara Abdullah Hussin. Dengan 409 halaman terbitan  Pustaka Antara tahun 1962.

Ma masih ingat ketika membaca  Bumi Bertuah, novel terjemahan karya Pearl S.Buck yang mengesahkan tentang sepasang petani China yang berbakti pada tanah, dari sebuah keluarga miskin sehingga menjadi kaya raya. Tetapi apabila si suami merasai dirinya sudah kaya, disitu baru dia nampak kekurangan isterinya yang  telah banyak berjasa dalam kehidupannya. Dia mengahwini buat kali keduanya dengan seorang perempuan yang berkaki kecil, tidak seperti kaki isterinya yang lebar.

Dalam masyarakat Cina zaman lampau, seorang perempuan berkaki kecil adalah dipandang mulia atau berdarjat bangsawan. Sedangkan… tidakkah dia terfikir, kalaulah keadaannya dalam kemiskinan seperti dahulu, perempuan berkaki kecil manakah yang sudi mengahwininya yang berasal dari orang miskin  dan  tua pulak!

Setiap membaca novel2, ma selalu beremosi… Kalau sedih dah tentu ma turut menangis…

Ma juga terjumpa beberapa disket yang antaranya termuat gambar2 lama anak ma SD yang ketika masih bersekolah. Dan beberapa dokumen2 dan juga manuskrip asal cerpen2 karya abah. Mungkin ma akan membuka sebuah lagi blog yang berasingan  untuk dimuatkan cerpen yang pernah tersiar diakhbar2 dan majalah untuk orang2 yang meminati penulisan sastera. 

 kelas5P2

KunaPADANG

Masa yang berlalu tidak akan berulang lagi…. SD kini dah dewasa.

Dan akhir sekali diantara banyak2 disketnya itu, ma terjumpa gambar ni…

  batuterapung  ‘Batu Terapung’ ??  Tidak  pasti kesahihannya… 

Mungkinkah ia Batu Tergantung yang wujud dizaman Rasulullah ketika Rasulullah melakukan isra’ dan mi’raj? Maafkan kalau ma tersilap. Jika ada sesiapa yang  mengetahuinya, silalah jelaskan yer…!

4 comments:

lily lotus said...

nak juga tahu pasal batu terapung tu...

rATu kEBaYA said...

batu terapung.. mmg tak tahu kesahihan nya.. byknye koleksi buku sastera

Firdaus said...

Salam puan,

Saat saya mencari akan artikel berkaitan dengan koleksi buku2 lama, dengan tidak sengaja saya tertekan link gambar yang terus membawa saya ke blog puan.

Cukup beruntung sekali, kerana Puan masih lagi menyimpan koleksi buku2 lama ini.

Maaf banyak2 jika apa yang saya ingin katakan ini kurang sopan dan tidak beradab, andaikata, terlintas di fikiran Puan, ingin melepaskan buku2 lama ini, sila hubungi saya firdd888@gmail.com

Min Aina Ila Aina said...

Saya juga dah baca novel Bumi Bertuah masa sekolah rendah. Masih ingat nama karakternya..Wang Lung..O'lan..isteri kedua saya lupa tapi ada Hua di belakangnya.

Buku tu pun dah ke mana hilangnya sebab itu buku-buku abang saya, dan kami dah pindah dari rumah lama..tetapi banyak barang tak dibawa bersama. Mungkin buku-buku tu juga reput di sana. huhuhu..sedih.