Tuesday, May 25, 2010

PROSPEK KENA CEKUP

Jangan terkejut … teruskan membaca!

Dalam perniagaan SCORE A yang ma ceburi baru2 ini program adalah  menitik beratkan hal pendidikan anak. Iyalah siapa yang tak nak anaknya berjaya, betul  tak?

ANTI KEMELESETAN EKONOMI…. Walhasil apabila seorang yang hidup dalam kemiskinan pun, dihati sanubarinya tetap maukan anak2nya berjaya dalam pendidikan. Bagaimana dia ditakdirkan dibuang kerja sekalipun, semestinya dia tak akan redha anaknya terpaksa berhenti  sekolah!

Tapi… kenapa ma menyertai program ini? Ma dah tak ada anak yang bersekolah?! Kalau ada pun cucu2…

Cucu ma Zikri yang akan mengambil UPSR tahun ini  sudah memulakan program ini dan menampakkan hasilnya apabila dibulan pertama dia membuat latih tubi SCORE A dia dihadiahkan lencana CEMERLANG oleh guru kelasnya.  Hanya 4 murid dalam sekelasnya menerima lencana ini. Dan dibulan seterusnya dia dinaikkan ke anugerah ELITE. Sekarang azamnya untuk mendapatkan anugerah  tertinggi GENIUS pulak..! Sama2 kita doakan… Amiin….

Bagi ma program ini sangat mudah. Ma tak berminat direct selling untuk menghantar2 barang ke rumah2  orang.  Masa banyak terbuang dijalanan, minyak kereta kena dikorbankan, dan sentiasa kena ada pusingan modal.

SCORE A…..Modal sekali… Dan melalui internet  SEMUANYA BERES DIHUJUNG JARI!

Ma memang berhajat untuk membina perniagaan dengan program ini.

Kerana niat ma ikhlas untuk berniaga… prospek2 yang ma cari kebanyakannya 60% adalah anak2 muda yang baru meningkat dewasa. Ma senang bercakap dengan mereka kerana mereka takkan menganggap seorang yang berpangkat ibu macam ma ni hanya menanam tebu dibibir.

Tapi apa yang terjadi baru2 ini, sangat menyedihkan ma.

PROSPEK MA DICEKUP!

Angah seorang anak muda yang mudah mengikut kata… sangat berminat berniaga dalam MLM telah  mengikuti previu SCORE A disebuah hotel atas tajaan ma.

Dalam SCORE A PROGRAME sesiapa yang berjaya membawa prospek ke dewan previu, secara kasarnya jika  prospek itu berminat untuk join, ini tiada paksaan tau….! dia hendaklah  join dibawah orang yang telah berjaya membawanya ke previu itu. Tidak dibenarkan sama sekali bagi orang lain untuk cross line. Ma sangat menghormati etika ini….

Setelah Angah mengikuti previu, dia bersetuju   ke kursus N. D.O  untuk menimba ilmu sebelum memulakan perniagaan.

Sambil2 itu  ma menasihati dia agar meninjau2 sesiapa yang boleh dijadikan prospek dan memperkenalkan sedikit2 mengenai SCORE A.

Kami tidak digalakkan sama sekali untuk bercakap banyak sebelum mengikuti beberapa kursus kerana dikhuatiri tersalah cakap boleh merosakkan  pasaran.  Kami hanya perlu membawa prospek ke dewan previu untuk mendapat penerangan lanjut yang lebih terperinci dan jelas, secara percuma dari orang yang ditugaskan sebagai menteri penerangan.  

Tetapi apa yang terjadi pada Angah ialah…. prospek yang pertama dia terjahnya  itu sudah pun join SCORE A! Sebaliknya dia menawarkan Angah untuk join SCORE A DIBAWAH TAJAANNYA sehingga sanggup mengeluarkan bayaran bukan sahaja  untuk Kursus N.D.O. tetapi  juga wang pendaftaran untuk join sekali!

Ma tak kiralah berapa jumlah wang yang dikeluarkan untuk cekup Angah dari tangan ma… Tapi kalaulah dia… seorang ustazah sebenarnya, pernah menyertai N.D.O dia akan dengar betapa terkutuk  perbuatannya itu didalam perniagaan kami!

Telah berulang2 kali diingatkan…. Jangan ambil rezeki dari mulut  orang…   Perbuatan itu akan mendatangkan l--n-t Allah. Maafkan ma terpaksa menyebutnya, kerana itulah yang diajarkan dalam N.D.O. itu. Tapi nampaknya  ada juga orang yang berani melanggar  pesanan itu tanpa rasa bersalah!

Apatah lagi perniagaan kami ada sijil Halal Syariahnya…!

Sedih, memang sedih… tapi apa yang boleh ma lakukan, berbanyak istighfar dan bersabar ajelah….. Mungkin ini cabaran pertama ma dalam perniagaan ini. Mungkin  Allah akan menggantikan ma dengan seseorang yang lebih berpotensi dari si  Angah.

Moga2 apabila Angah pergi ke kursus N.D.O itu nanti.. dia akan tau  harga dirinya!  

Moral cerita ma disini ialah…. Modal memang diperlukan dalam setiap perniagaan. Tapi kita jangan harapkan pertolongan orang  memberi modal untuk kita. Pertama… komitmen kita akan kurang kesungguhan. Keduanya..  dikhuatiri juga padahnya apabila kita sudah  berjaya….  tersilap kata tersilap perbuatan,  orang yang membantu tidak mustahil akan mengungkit sampai bila2.

Lainlah kalau yang membantu itu ibu bapa atau adik beradik sendiri….

Maaflah tajuk entri  ma sedikit sensasi!

2 comments:

Dee said...

saingan perlu dlm bisnes..tp yg sihat jelah kan..adat berniagalah tu ma..nk buat camanakan..redha jelah..

sWeEtDaRLinG said...

risau takut Angah gagal sebab salah bimbingan, modal dah keluar, gaji dipotong tiap2 bulan, sudahnya tak ke mana...