Thursday, May 20, 2010

YANA … YANA

“SEDAP je tengok budak2 UniKL… Ibu bapak diorang dah datang amek nak balik…”

Itu sms Yana semasa ma masih berada di rumah SD di KL.  Baru 2 hari menghantarnya ke KMKN. Belum pun balik ke Terengganu!

Sebenarnya ma sedang mengumpul tenaga dan sedang cuba menarik nafas dalam2 untuk menceritakan hal Yana ni….

Sebelum subuh ketika dia disana..

Oleh kerana dia kena bangun pukul lima pagi, jadi kurang 5 minit pukul 5 pagi, ma dah kol… Ma tak lena tidur, kerap  melihat jam… takut dia terbangun lambat. Dan biasanya kalau masuk ke bilik air pun dia akan ambil masa yang lama juga  untuk itu.  Ma pun begitu sebenarnya….!

Ok ke situ? Pandai2 berkawan… Jadual ketat, jangan harapkan kawan nak ajak teman kesana sini… Dia teman kita, kita teman dia buang masa aje.. Cuba berdikari.. ! Itu pesan ma.

Ok.. ok.. ok… Rasanya tak ada apa pulak yang tak OK.

Tapi tiba2 aje, lepas seminggu selesai  Minggu Oriantasi.. dia mula buat hal. Terdengar suaranya tersekat2. Eh, kenapa..? Menangis ke?

Hmm… katanya… Rindu mak! Yana nak balik. Nak duduk dekat mak.

Aii? Hari tu kata nak belajar jauh2. Nak rasa duduk  jauh dari mak! ?

Mak gi jumpa dengan cikgu Maimun Osman, Yana nak masuk Tingkatan 6. Dah bulat hati tak mau duk sini. 

Puas menasihati akhirnya dah tak dapat nak di pujuk lagi…! Haai Yana… terbang sekejap semangat mak ni…!

Ma pergi berjumpa dengan cikgu Maimun, guru Tingakatan 6 Sek Men Keb Tengku Bariah. Cikgu bersenyum2 mengeleng kepala memikirkan apa yang tak kenanya dengan si Azliana ni.. Pergaulannya dengan kawan2 semasa di sekolah dulu nampak ok. Atau…  ada pengaruh dari kawan2 disini? Begitu tohmahan cikgu…

Ketika ma menghantar borang ke pejabat Pengetua, ma terlihat kelibat sahabat baiknya Nurul. Dari jauh Nuruh tersengeh2…! 
Langsung ma teringat cerita Yana…

Ketika Yana dan Nurul berbelanja beberapa hari sebelum Yana ke Kedah, mereka terserempak dengan seorang bekas guru Tingkatan 5nya. Lantas guru itu bertanya kemanakah haluan mereka. Yana berterus terang akan ke matrikulasi, dan Nurul ke Tingkatan 6.

Dalam nada tak enak guru itu menyalahi niat Yana, dan bersemangat mengatakan Nurul mengambil keputusan bijak. Pelik tapi benar… Tapi itulah kejadiannya.  Bila Yana menceritakan pendapat gurunya itu kepada ma, ma hangin juga dibuatnya.

Apapun itu adalah pendapat gurunya… !?

Lojiknya, takkan Tingkatan 6 itu lebih baik dari matrikulasi. Apa maknanya  pelajar2 yang kurang kredit tidak diterima dimatrikulasi…?

Ma harap sangat2 alasaan tak lojik Yana kerana rindu dan nak duduk dekat dengan ma untuk balik belajar ke Tingkatan 6 itu, adalah dari hati nuraninya…. Hakikatnya walaupun puteri bungsu, tapi bab bantai tetap bantai kalau kena sebab musababnya!

Dan amat dikesali  kalau keputusannya itu kerana terpengaruh dari kata2 tak berHIKMAT gurunya itu. Dan ma  harap  gurunya itu cuma  bergurau ajelah…..!

Tak mau kecewa sangat… ma berpakat elok2 dengan dia.. kalau rayuannya ke U diterima, dengar2nya 2 minggu selepas pendaftaran pertengahan June ni… Apahal pun… dia mesti ke U untuk diploma. Dia setuju…

Tapi…  nak U yang dekat dengan mak jugak!

Boleh ke??  Ma jadi  pening dengan Yana nii…!

No comments: