SENGGANG tak beberapa hari sahaja sebenarnya antara dua hari besar yang sangat bermakna bagi kita. Hari ibu dan hari guru.
SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU!
Maaflah kalau entry ma ni ibarat ketinggalan kereta api kerana beginilah keadaan ma sebenarnya… Ada perkara yang lebih penting yang perlu ma dahulukan. Tapi ucapan2 itu sudah ma kirimkan melalui sms kepada kawan2 yang memegang title ibu dan guru….
Tidak mengira usia sebenarnya, setiap kita mesti mempunyai ibu.. dan mesti juga mempunyai guru.
Ma sangat menghargai keduanya. Sehingga kini pun masih ada cikgu yang mengenali ma meskipun kami dah bertahun2 tidak berjumpa…. tapi bila bertemu, dan bertegur sapa dia masih dapat mengingati ma. Pokok pangkalnya kalau berjumpa, kitalah dulu yang wajib memperkenalkan diri…
Ma ada cerita nak kongsi disini….
Ibu ma tak tau membaca rumi. Kalau membaca atau menulis jawi memang dia pandai, dan tulisannya pun cantik sekali ….. Ma memang ada menyimpan suatu nota resepi masakan yang ditulisnya dengan tulisan jawi sampai sekarang untuk dijadikan kenangan.
Ketika ma mula belajar disekolah rendah, ibu ma ambil kesempatan untuk belajar membaca dengan ma. Setiap hari… ma balik sekolah ma jadi cikgu… cikgu kecik… Ma akan mengajarnya mengeja dan membaca.
Kuasa Tuhan, berkat ketekunan dan usahanya, akhirnya dia boleh membaca!
Paling membanggakan, setiap hari beliau melanggan akhbar sehingga dia boleh membaca akhbar dengan lancar….!
4 comments:
wow..tabik springlah ngan ma..n to ur late mom tu..sbb dia ada kegigihan utk belajar..
p/s: arwah abah x tau baca..tp maths..mmg terrer..maklumlah org berniaga..hehehe..
2lar..masa kecik dy yg jaga kiter..skrg tyme kiter pulak nk balas sgala jasa dy..
ap2 akak ank yg bek..;)
apa kata ma scan nota jawi tu? apepun tu semua kenangan maniskan
seronoknye dapat ajar mak kite sendiri
Post a Comment