Qaseh telah menganjurkan satu pertandingan puisi sempena hari lahir suaminya yang tercinta...
ma berminat nak mencuba nasib... terimalah.
SEKALUNG KASIH BUAT SUAMIKU
Rindu yang tak terlafaz oleh kata-kata
tak terlukis di alam nyata
tiada lagi gelak tawa dan bual bicara
dunia ini menjadi sunyi
meskipun siang belum berhenti.
Aku kehilangan
bukan sahaja kehilangan seorang yang kukasihi
malah aku kehilangan
seseorang yang kuyakini
amat mengasihiku.
Apabila saat kau mampir dalam sepiku
setiap itu sebak hadir di dadaku
dan aku tiada sesiapa lagi
untuk direbahkan esakanku.
Aku melihat saat-saat kau mengenakan pakaian di badanmu
aku melihat saat-saat kau bertenang ketika aku dalam kemarahan
masih terdengar ucapan syukurmu ketika aku membawa secangkir teh buatmu…
Betapa ada suara-suara simpati
…jangan lagi diingat
…jangan lagi dikenanag orang yang sudah pergi
tapi apa yang nyata
aku bahagia.
Mengenangmu adalah kewajipanku
merinduimu adalah kebajikan buatku
antara kita kalis sengketa.
Biarkan….
biarkan saja masa yang mengambil alih kedukaanku…
Innalillahi wa inna ilaihi rojiuun..
semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa selama hayatnya
semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya, Abdul Aziz Ismail...
dan menempatkannya bersama orang-orang yang solihin.
Al-Fatihah.
1 comment:
bestnya puisi ma..dulu dee suka tulis puisi..tp bakat dh hilang agaknya..sbb bz sgt ma..x sempat nk berangan2 romantis..hihihi..
Post a Comment