Camane agaknya yer ma nak mulakan..? Memang ma puashati sekali percutian Jakarta >Bandung ni… Percutian bermula dari 19hb Mac – 23hb Mac 2010. Misi ma berjaya! Sekarang betul2 ma dah ada keluarga di Sukabumi…
18hb Mac - malam
Nah amek kau, sekali tukar duit dapat juta2… Sampai kat sana, jutawan tak kenal duit..! Nak bayar Rp100.000 terkeluar Rp10.000 je.. Ada yang tak tau nak balik duit! Susah payah si Yanti kena membetulkan.. Kahkahkah.. Sekadar gurauan, sayang… Bukan takbur…, jangan salah anggap yeeer…!
19hb Mac – Bertolak ke airport…
Kami keluar rumah selepas solat subuh. Sampai di LTTC airport kami terus check in, sebab flight akan berlepas pukul 9.00 pagi.
Flight mendarat pukul 10.00 pagi W.I.B. Yang sedang menunggu dah semestinya si Yanti dengan ibunya… Dari jauh ma dah melihat dia melambai2kan tangannya. Dia masih dapat ma kenal meskipun sudah 8 tahun tak jumpa… Dan ibunya yang baik itu memang baru pertama kali ma bertemu. Kami berpelukan …. syukur Allah mempertemukan kami semula.
Sebelum dibawa kerumahnya di Sukabumi, kami memang merencanakan untuk ‘putar2’ dulu di Jakarta, kerana hanya inilah masa dan kesempatan yang ada.
Dan ma tidak melepaskan peluang bertemu seorang lagi kenalan yang baru ma kenali ketika mengerjakan haji baru2 ini. Kami bertemu dipejabatnya di Sudirman Plaza, Indofood Tower. Kami sempat bertukar2 cenderahati dan makan tengahari bersama.
Sekitar >pukul 7.00 malam barulah kami beredar menuju ke Sukabumi, rumah dimana Yanti menumpang tinggal dengan adiknya.
Kononnya nak singgah sebentar kemudian akan terus ke Kg Cigangsa, Desa Cijati, Kecamatan Situraja, Kabupaten, Sumedang. Aduh! liatnya lindah nak menyebut. Begitulah alamat penuhnya! Dah tentu tak sesat punya ni…! Kediaman kedua orang tuanya. Tapi… hehehe…dari Jakarta nak menuju ke Sukabumi tu aje dah makan masa 4 jam!
Perjalanannya sangat ‘macet’… Sesak! Barulah ma sedar apa yang dikatakan orang, Jakarta padat dan sesak. Memang betul… Sepanjang2 perjalanan, laluannya agak sempit. Ditepi2 jalan tidak kelihatan tanah kosong, melainkan deretan2 kedai dan rumah yang comel2. Yang besar, besar sangat! Selebihnya kalau rumah yang ada kawasan tu, umpama laman, untuk menanam pokok2 bunga, tapi mereka gunakan untuk bercucuk tanam padi.
Lalauan antara rumah menuju kediaman Yanti di Sukabumi.
Kadang2 nampak rumah yang dinding disebelah luarnya tidak diplaster simen pun! Mungkin kalau ada orang yang nak membina rumah diselahnya, mereka hanya menyambung atap dan sedia berkongsi dinding! Maaf kalau ma tersalah… Tapi begitulah rasanya… Sampai begitu sekali kepadatannya…
Hari pulak hujan… Ya Allah…, bilalah nak sampai yeer?!
Yanti tau agaknya kami kepenatan langsung dia mempelawa kami bermalam rumah adiknya di Sukabumi itu.
20hb Mac - pagi
Pagi2 lagi kami bersiap sedia meninggalkan Sukabumi menuju ke Sumedang rumah ibu bapa Yanti….
Yang dikanan itu adik Yanti, Luluk bekerja disebuah syarikat automobil. Ditemgah2 antara ma dan ibu itu adalah Sri adik ipar Yanti, isteri Kurnia- yang snap gambar ni..!
Perjalanannya yang dikatakan cuma 2 jam tapi dek kerana ‘macet’ rupanya adoooi…. 4 jam jugak! Asyik main 4 jam aje ni!? Rancangan kami nak singgah aje sebentar dirumah orang tuanya, dan kemudian nak langsung ke Tangkuban Perahu…
Tangkuban Perahu… Tempat yang anak ma SD sangat2 ingin kunjungi.
Tapi… mana boleh ke main singgah2… Kotnya satu di hujung sana, satu dihujung sinun… Betul ke ni? Mungkin betul kot… hehehe…
Kami sampai di Sumedang, kira2 1.30 ptg. Begitu terujanya.. disepanjang perjalanan, bapak Yanti yang menunggu kami sejak semalam, asyik sms aje, bertanyakan kami bagaimana dan ada dimana… Ya Allah, kami merasakan begitu dihargai sekali. Terima kasih, pak!
Tapi sayangnya kerana kegawatan masa, kami tak sempat bermalam dirumahnya. Rencana ke Tangkuban Perahu pun terpaksa ditukar ke esok paginya, dari Bandung. Dan hari ini kami harus check in di Hotel Mutiara yang telah kami booking .
Tiba di Bandung sebelum magrib.
Sampai lupa nak ambil gambar bapak Yanti dan rumah comel mereka… Cantik sekali… Rumahnya ditepi jalan, disebelah kanannya sawah padi, dibelakangnya ada kolam ternak ikan air tawar… Semuanya milik sendiri untuk keperluan keluarga… Ah, kesal tak ada gambar kenangan disitu..
Accident! Menambah kesesakan. Alhamdulillah, kami tak terlibat.
Lebih dari 4 orang cuma tambah Rp40.000 >RM14.00 dewasa.
21hb Mac – pagi ke Tangkuban Perahu
Membeli nasi untuk bekalan ke Tangkuban Perahu.
Bersungguh2 nak menjual angklong pada ma. Harganya hanya Rp100.ooo. Bila ma kata ma tak pandai main, dia sanggup mengajar… Kikiki.. kalau ma belajar dengan dia agaknya, jangan kata ke Tangkuban Perahu, nak balik ke Malaysia pun terpaksa tunda… Hahaha…
Zikri cucu sulung ma…. Tak sempat nak naik kuda…. Kesiaaan…
Dah sampai dipintu masuk… Dewasa Rp11.000. Alamak! Tiba2 ada semacam bau yang tak enak pulak…! Oooo rupa2nya bau belerang….
Tangkuban Perahu adalah gunung berapi yang dah tak aktif lagi.
Panorama….Sejarah Sangkuriang yang mencintai ibunya sendiri menjadikan Tangkuban Perahu destinasi pelancungan yang indah.
Yang menariknya, turun aje dari van.. kami diserbu oleh peniaga2 jalanan. Tapi… alamak, tak sanggup rasanya diburu!
Dari barangan berharga Rp250.000 boleh turun Rp25.000 aje... Kelakar kan? Taktik perniagaan sebegini, memerlukan kita bersabar tau… Jangan nampakkan sangat kita nakkan barangnya… hehehe…
Ibu dah capek… dah tak larat nak melayan karenah peniaga2 itu….! Ditengah-tengah itulah Tatang, pemandu van kami. Sangat baik orangnya!
Peniaga2 tersebut memburu kami dari awal sampai ke akhir, sehingga kami nak memasuki van untuk pulang! Kami meninggalkan Tangkuban Perahu >jam 3.oo petang.
22hb Mac - seharian
Tak tau penat… Yang paling suka di Pasar Baru…
Rasanya tak cukup 2 hari kalau disitu. Sehelai demi sehelai Rp kami yang sebelumnya boleh dibuat kipas, terbang…(gurau aje tau… hehehe) Sehinggakan hari terakhir kami nak bertolak balik ke airport di Jakarta, kami masih lagi sempat shopping di Pasar Baru.
Perpisahan sebelum berangkat balik ke Jakarta.
Van yang kami sewa buat hal. Yang menggantikannya hanya sebuah MPV. Yang boleh muat untuk dibawa ke airport Jakarta hanya beg2 barang, ditemani ibu Yanti dan Zikri. Yang lain2 kena naik bas..! Apa nak buat…?! Tapi ma betul2 seronok…!
Dengan Rp75.000 seorang bas ini akan membawa kami terus ke airport. Yanti jangan sedih… Nanti ada rezeki tahun depan kami ziarah lagi. Tahniah pada SD kerana berjaya jadi ketua rombongan yang ceria sepanjang percutian!
Kami kembali kepada asal… Uhuk! Uhuk! Sudah bukan jutawan lagi..! Hehehe
7 comments:
memang 'berhabisan'... lenkali jadikan tauladan... :)
mak jangan risau, 'kehabisan' orang tu berbaloi dengan kegembiraan mak dan adik2
seronoknya...ma..mesti banyak lagi cerita kat sana...update la lagi..x puas baca la..
Alhamdulillah...Insya Allah...
Ceritanya sangat seru dan menarik Ma...
Seperti membaca dan menonton sinopsis sebuah film...
Tahun depan liburannya diperpanjang Ma, biar lebih puas... kami doakan supaya Ma skeluarga bisa datang lg ke Indonesia untuk menyambung tali silaturahim kita, Amin...
fuh..best betul baca cerita perjalanan ma yg berjam2 tu..harus pergi juga nanti bila ada budget yg cukup..insyaallah..
fuh..best betul baca cerita perjalanan ma yg berjam2 tu..harus pergi juga nanti bila ada budget yg cukup..insyaallah..
fuh..best betul baca cerita perjalanan ma yg berjam2 tu..harus pergi juga nanti bila ada budget yg cukup..insyaallah..
Post a Comment