BIASA tak kita dengar orang jatuh keatas? Hahaha, pelik bunyinya kan...?
Bila kita sebut hal jatuh aje kita akan terbayang orang yang jatuh tu mesti kebawah. Walhasil kalau dia jatuh terlentang pun posisinya tentu kebawah, betul tak?
Tapi... kalau kita nak sebut orang jatuh ke atas, cuma satu aje... kalau orang tu jatuhnya atas atap...
Kalau gitu maknanya adalah juga orang yang jatuh keatas....!
Kenapa dari dulu ma tak teringat kalau orang jatuh pun boleh keatas haa? Sebab..., perkara ni selalu jadi perbalahan manja antara ma dan arwah abah dulu... Dia tu ahli bahasa @ loyar buruk pun adalah...
Kalau terdengar ada kemalangan orang terjatuh, dia mesti kata tak payah susah2 mikir, dia jatuh pun kebawah aje... Tengoklah betapa loyar buruknya dia... Tapi lepas tu kami akan berderai sama2 ketawa.
Satu hari tu... kami sekeluarga pergi ke Kemaman. Dia reverse kereta. Ma dah nampak ada tunggul pokok kelapa kat belakang. Ma pun ingatkan dia..
Baik2 bah, ada tunggul kelapa kat belakang. Nanti kena...
Muka dia tersenyum selamba. Senyum selamba milik dia sorang! Maksud ma orang lain tak pandai nak senyum macam dia.
Sambil tersenyum sambil dia berkata, Eeeeiiih.. kalau kena, mestilah dia berbunyi!
Gup!
Dia tersentak! Nampak kelakar sangat mukanya...
Kena ke?
Dia dah berbunyi, mesti kenalah tu bah...! jawab ma membidas.
Dia keluar dari kereta melihat keretanya. Dah kemek sebelah pintunya... Hahaha...
Ma teringatkan perihal arwah abah ni, bila subuh2 tadi ma sampai di KL, untuk ke Jakarta besok awal2 pagi dari KLIA. Kalaulah abah ada bersama dah tentu lebih meriah percutian kami, kerana abah memang menghiburkan..
3 comments:
ma nak pi bercuti ke..la..x tau pun...nampak sangat Lisa tgok blog sambil2 buat kerja kan...
hahaha..x sabar nk jumpa ma..
Insya'Allah 24mac ni ma dah ada di KL semula...
Post a Comment