Thursday, March 4, 2010

KERETA NYARIS DIHANYUTKAN ARUS

 

BILA menyebut salawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. ma teringat satu peristiwa yang berkait rapat denganya terjadi kepada kami sekeluarga.

Sememangnya bagi ma… amalan yang paling  RENGKAS, MUDAH dan  MUJARAB sebagai pendinding kita ialah salawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad  s.a.w. Bersalawatlah siang dan malam… Ketika senang apatah lagi jika ditimpa bencana…

Ma nak bercerita tentang keberkatan bersalawat ketika kereta kami mengharungi banjir melintasi  sebatang sungai yang dinaiki air yang melimpah.  Kejadian tu pada  tahun   1987. Masa tu ma dah ada 4 orang anak, si bongsu belum ada. Si Myra masih atas riba lagi.

Perjalanan  kami   dari Terengganu, nak balik ke Singapura. Dalam musim tengkujuh bulan Disember.

Tanda2 kami akan  ditimpa musibah telah Allah Taala tunjukkan, tapi seolah2 kami tidak menyedarinya. Tak beberapa meter kami turun dari rumah,  kereta kami  tersekat dengan sebatang  pokok besar tumbang,  melintang atas jalan dihadapan Istana Badariah… Dan, kami terus berpatah balik  melintasi laluan rumah kami dan menghala ke jalan lain….

Kalau ikut petua orang tua2, itu petanda tak baik. Kalau pun kita tak boleh menunda perjalanan kita pada hari2 lain, seelok2nya kita balik semula kerumah, duduk berehat seketika, kemudian   mulakan dengan naskah baru… bismillah dan berselawat semula… 

Ketika sampai di Pekan Pahang, antara Nenasi  dan  Rompin, jalan telah ditutup akibat sebatang sungai  dinaiki air banjir. Nak berpatah balik, bukan dekat2..  Dan dengan keadaan anak2 yang masih kecil..nak menunggu  air surut, sampai bila…?  Tentu saja mustahil.

Banjir-bandang-285

 Sekadar hiasan, ihsan drp Google

 

Kami melihat sebuah kereta sejenis dengan kami ketika itu, ditolak oleh beberapa orang yang mengambil upah menolak dari seberang sana. Abah cuba dapatkan gambaran sebenar berapa dalam airnya, tapi pemandu itu menarik muka masam. Apahal pulak sombongnya orang ni sampai tak menjawab sapaan kami.

Cuba tanya pada beberapa orang yang mengambil upah menolak. Mereka kata tak dalam bang… lebih kurang semeter je… dia menunjuk  sekerat lututnya…

Tak sempat pulak kami terfikir, sekerat lutut dia tu.. semeter ke?

Kita tolak bang, 25 ringgit je.  Sambil merujuk mereka berlima.

Tiba-tiba sebuah teksi jenis Merc dihadapan kami menghidupkan enjinnya, tanpa mau ditolak oleh orang2 upahan. Dan secepat kilat abah pun start enjin ikut teksi tu dari belakang.

Ma mengetuai membaca bismillah dan bersalawat. Dan semua anak2 yang ada sama2 membacanya dengan jelas dan terang. Tak berhenti2….

Memanglah suatu kemujuran apabila sebuah kereta yang ber cc tinggi dengan lebarnya duduk dihadapan kami. Air yang dikuak oleh teksi tu menyebabkan kereta kami dapat melaluinya dengan selesa…

Tapi sayangnya…. dipertengahan jalan teksi tu termati enjinnya. Dan  dengan pantas  tanpa membuang masa abah terus membelok kesisi kanannya dan meninggalkan teksi itu…

 

banjir-41 

Ma menjadi begitu takut apabila melihat air dah mula memasuki kereta kami dari bawah, dan karpet kereta  kami sudah terangkat dan terapong2 tidak menjejaki lantainya. Disinilah baru kami perasan, banjir yang kami lintasi itu bukan sekerat lutut sepertimana yang digambarkan oleh orang2 upahan itu.

Bila dipandang dari cermin hadapan, bonet kereta sudah tenggelam timbul diterjah air, dan lebih kurang sejengkal kalau dilihat disisi cermin. Bayangkan!

Si Myra memelok ma dengan kuatnya seolah2 dia tahu kami dalam bahaya… Yang lain2, tak ingat apa lagi hanya  bersalawat dan bersalawat tak berhenti2, tak sedar  airmata dah  mengalir dipipi……

Akhirnya kami dapat melepasinya.. dan cuba menasihati sebuah kereta  yang mara agar  jangan cuba melintasi sungai ini, tapi tak diendahkannya. Mengikut dari meter kereta kami yang abah sempat catatkan perjalanan kami dengan 2 kali selekoh itu menghampiri 1 km.

Yang mana satu sebenarnya ketinggian air tu yang betul? Ukuran 1 meter tu atau sekerat setinggi lututnya penolak2 kereta itu?…… Patutlah pemandu kereta yang kami sapa tu bermasam muka… mungkin dirinya merasa terkena….

4 comments:

sWeEtDaRLinG said...

terima kasih kat Proton keluaran pertama 1986

sampai sekarang, kalau dalam keadaan terdesak macam tu, aku amalkan selawat dan bertawakal...
sweetdarling79.com

Dee said...

mesti kenangan yg xleh dilupakan ye ma..selawat mmg bagus diamalkan..

SURIA AMANDA said...

Allah hu akbar..mujur ma dan anak2 selamat...

watie said...

yg membaca nie pun terasa berdebar2 n kecut perut

time kasih yer ma, menginggatkan keberkatan bersalawat