Friday, March 12, 2010

GOTONG ROYONG HAPUS AEDES

 

Mesej yang ma terima dari Pengerusi JKKK (Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung) kawasan memohon hadir ke majlis Gotong Royong menghapuskan aedes, Jumaat  12hb Mac 2010 jam 8.30 pagi.

Ma sampai pukul 9.30 pagi… Kekeke.. Sebab hujan lebat dari semalam. Ingat program dibatalkan..

Program anjuran Jabatan Kesihatan dan Majlis Perbandaran Kuala Terengganu dengan kerjasama JKKK kawasan. 

DSC00975 

Sessi sarapan pagi  sebelum memulakan misi. Bertempat di Balairaya Lorong Surau Baru, Pasir Panjang…  Pengerusi JKKK LSB, Abdul Aziz Bin Ismail (Sama dengan nama arwah abah tapi orang yang berlainan perwatakan).

 

DSC00976

Mula masuk kampung. Perbincangan bersama pegawai dari JABATAN KESIHATAN dan MAJLIS PERBANDARAN KUALA TERENGGANU, untuk membahagikan tag dan plastik hitam sampah. Tag itu membawa seruan: “ Lindungi Keluarga Anda Daripada Denggi. LUANGKAN 10 minit Setiap Jumaat untuk mencegah Denggi….”

 

DSC00979

Di takungan2 air jernih sebegini  boleh dilihat dengan mata kasar jentik2 anak aedes yang bakal membiak. Dikawasan inilah yang baru beberapa hari lalu penghuninya dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah  disebabkan terkena Denggi.

 

DSC00986

Amro…. Seorang AJK JKKK yang paling aktif dan rajin.

 

DSC00989

Tak faham…. untuk apa tayar2 ini dihimpunkan dihadapan rumahnya…  Mungkin untuk dijual untuk dijadikan pendapatan sampingan. Tapi.. sedarkah tuannya bahawa perbuatannya itu mengundang pembiakan nyamuk aedes yang membahayakan jiran2 sekeliling?!

Seharusnya tuan rumah ini menyediakan tempat khusus, yang beratap bagi melindungi tayar2 ini dari terkena hujan, supaya air tidak bertakung didalamnya, yang boleh membiakkan nyamuk.

Beginilah aktiviti ma sejak sekian lama… Sedar diri, kalau tidak bergaul dalam aktiviti2 begini, ma mungkin jadi kera sumbang di kampung orang…..

2 comments:

Dee said...

bagus ma..tmpt dee xde lg buat gotong-royong ni walau byk dh kes denggi kt kawasan umah dee..just dbkl kerap fogging jelah..

sWeEtDaRLinG said...

kat KL ni mana ada nak gotong royong gini, nanti ramai jer yang absent hahahahaha...