Friday, October 5, 2012

TANDA SAYANG

Rabu 3hb Oktober 2012.

DSC03643

Imej0794

DSC03651

DSC03645~Pembaca skrip terbaik… Hehehe..~

DAH hampir setahun lamanya memohon barulah hari ini dapat.
Permohonan tergendala kerana pertukaran pegawai ke bahagian lain.

Inilah yang dikatakan Tanda Sayang kerajaan kepada rakyatnya.
Rakyat yang perlukan bantuan perniagaan, dibantu walaupun melalui pinjaman.

Peserta berpeluang membuat pinjaman dari 3-10k…
PJD (Program Jaya Diri) ni, diberikan kepada usahawan2 yang sudah
memulakan perniagaan walaupun secara kecil2an untuk menambah modal.
Tak kiralah untuk aset, premis ataupun modal pusingan.

Seramai 19 orang yang diluluskan , dan ma salah seorang daripadanya….
Alhamdulillah…..

Peserta2 terdiri dari orang2 persendirian atau berkeluarga
Dan tidak mengira aliran politik.

Janji, bayar balik tepat pada waktunya setiap bulan sebanyak yang ditetapkan
selama beberapa tahun mengikut kontrak.
Tidak ada faedah dikenakan, hanya sedikit potongan pengurusan dan
perlindungan insuren.

Pinjaman dibuat dalam sistem berkumpulan.
Jika ada yang mungkir …, nasiblah rakan2 yang lain tu…kena sama2 tanggung.
Sebab tu, pemilihan rakan2 dari sesebuah kumpulan itu mesti diluluskan
oleh setiap ahli kumpulan yang lainnya.
Pegawai yang ditugaskan tidak sama sekali ada kuasa veto
untuk meluluskan sesiapa yang tidak dipercayai atau disukai oleh rakan2
dari kumpulan tsb.

DILINDUNGI INSUREN
Jika ada apa2 berlaku pada peserta, waris tidak perlu susah2 untuk
menyambung membayarnya…. ada insuren yang melindungi.
Malah jika ditakdirkan peserta tidak sempat membayar habis pinjamannya
disebabkan kematian…
Waris akan dapat semula kesemua jumlah bayaran
sebanyak mana yang sudah dijelaskan
,
kecuali jumlah bakinya yang belum dilangsaikan…..

Hebat tak????

Eeeeeeh… apapun, doakanlah ma panjang umur yer….
Biarlah ma dapat jelaskan sehingga selesai….Smile

Pesanan buat rakan2….
Manfaatkanlah wang bantuan perniagaan ni sebaik mungkin
Jauhkanlah dari menyalah gunakannya demi untuk kemajuan perniagaan
yang kita jalankan… okeeeey?
Selamat Maju Jaya……

Wednesday, October 3, 2012

WW - BENALU

DSC03581

~NDAK KE KITA HIDUP SEPERTI BENALU?~

Saturday, September 29, 2012

DARI HP CAP AYAM

 

DSC03608Tak sempat semalaman….
hari tu jugak ma terus tukar profile pic ma di fb.  Hehe…
~Jumaat 7 Sep 2012… di Pusat Dagangan Terengganu-
Pelancaran Program Salam Sayang..~

 

DSC03623

Bangga dengan prestasi,
dan pesanan berkerja dengan lebih kuat untuk PRU13.
~Jumaat 25 Sep 2012 …
Sepetang Bersama TPM Datuk Seri Muhyidin Yassin~
disebelahnya Datuk Wan Ahmad Farid Ketua UMNO Bahagian K.Trg~

TAK HERAN!!
ADA AKU  KESAH??

Hmmmm.. takpe.. takpe… > > >   Smile

                                                         v                                                                              

                                                         v

                                                         v

                                                         v

                                                         v

                                                         v

Kalau yang ni camane? > > >         Surprised smile

                                                         v

                                                         v

                                                         v

Kalau tak suka jugak jangan tengok……>>>>

                                                         v

                                                         v

                                                         v

Tapi kalau tak tengok…. RUGI…..> > > >

                                                DSC03637

DSC03638

Neelofa….. Fotogenik….
~Peresmian PETRONAS Cendering 29hb September 2012~

 

Hmmm… itu baru HP Cap Ayam
Kalau cap ‘Samseng’…. lagilah…! hehe…

Thursday, September 27, 2012

SUATU KEAJAIBAN

MASIH ingat lagi n3 ma yang bertajuk
ADA DUKA YANG SINGGAH?

Inilah yang dikatakan suatu keajaiban dari Allah s.w.t.
Kalau dilihat keadaannnya ketika di I.C.U. hari tu
memang amat menyedihkan.
Tapi… berkat doa kita bersama….
akhirnya dia kembali sedar.

Dia kini sudahpun dipindahkan ke wad rawatan biasa….

DSC03619

Walaupun terpaksa menjalani hemeodylisis 3x seminggu
Alhamdulillah… keadaanya semakin stabil. 

 

DSC03620

Ramai kawan2 yang ziarah..

‘Adik2 jadikan iktibar atas kemalangan yang menimpa Wan Muhammad Azamudin yer…
Berhati2…. jangan bawa motor laju2 macam nak terbang….
Bila laju2 sangat, susah nak kawal.
Dan jangan lupa baca bismillah dan salawat dulu baru jalan.
Satu lagi nenek nak pesan….
Pergi amek lesen dulu , kalau apa2 terjadi baru insuren cover….
Jangan jadi macam katak… okey?~

…leter sikit jer…

Friday, September 14, 2012

PERTANDINGAN PELITA RAYA

DIAM TAK DIAM tinggal 2 hari aje lagi Syawal meninggalkan kita.
Kiranya banyak jugaklah Rumah2 Terbuka yang ma sempat ziarah.
Rumah Terbuka En. Badrul Hisham Zaki, Ketua Pemuda UMNO Bhgn. K.Trg.
Rumah Terbuka DUN Ladang yang bagaikan thunami,
Rumah Terbuka Jabatan Penerangan K.Trg  (JASA),
Rumah Terbuka Jabatan Kebajikan Masyarakat, K.Trg.,
Rumah Terbuka WANITA UMNO Bhgn. K.Trg….
~sekadar menyebut beberapa nama~

Dan MAAF TERBUKA kepada  RUMAH TERBUKA yang ma tak dapat hadir.
Ada yang disebabkan kerana ‘kekenyangan melampau’ kerana dibuat
pada hari yang sama….. keh3….

~Melalut kamu Kamariah!~ 
~Sorri… sorri…~

Jom ma nak citer lagi….

Ma petik gambar ni dari fb anak sulong ma…

 

~Riplika Pelita Raya yang didirikan betul2 diluar pagar rumah Hakim….~

Ternyata meriah jugak dihadapan rumah anak ma tu kan
bila jiran2nya dari ‘kaum kerabat’ UMNO menyahut cabaran Pertandingan Pelita Raya.
Tahniah kepada UMNO Cawangan Lorong Kemunting
kerana mendapat Tempat Pertama dengan hadiah wang tunai RM2000.
Berbaloi……. 

~Cewah….?!
Ada pulak yang ciplak buat  Kad Raya??~