Friday, October 5, 2012

TANDA SAYANG

Rabu 3hb Oktober 2012.

DSC03643

Imej0794

DSC03651

DSC03645~Pembaca skrip terbaik… Hehehe..~

DAH hampir setahun lamanya memohon barulah hari ini dapat.
Permohonan tergendala kerana pertukaran pegawai ke bahagian lain.

Inilah yang dikatakan Tanda Sayang kerajaan kepada rakyatnya.
Rakyat yang perlukan bantuan perniagaan, dibantu walaupun melalui pinjaman.

Peserta berpeluang membuat pinjaman dari 3-10k…
PJD (Program Jaya Diri) ni, diberikan kepada usahawan2 yang sudah
memulakan perniagaan walaupun secara kecil2an untuk menambah modal.
Tak kiralah untuk aset, premis ataupun modal pusingan.

Seramai 19 orang yang diluluskan , dan ma salah seorang daripadanya….
Alhamdulillah…..

Peserta2 terdiri dari orang2 persendirian atau berkeluarga
Dan tidak mengira aliran politik.

Janji, bayar balik tepat pada waktunya setiap bulan sebanyak yang ditetapkan
selama beberapa tahun mengikut kontrak.
Tidak ada faedah dikenakan, hanya sedikit potongan pengurusan dan
perlindungan insuren.

Pinjaman dibuat dalam sistem berkumpulan.
Jika ada yang mungkir …, nasiblah rakan2 yang lain tu…kena sama2 tanggung.
Sebab tu, pemilihan rakan2 dari sesebuah kumpulan itu mesti diluluskan
oleh setiap ahli kumpulan yang lainnya.
Pegawai yang ditugaskan tidak sama sekali ada kuasa veto
untuk meluluskan sesiapa yang tidak dipercayai atau disukai oleh rakan2
dari kumpulan tsb.

DILINDUNGI INSUREN
Jika ada apa2 berlaku pada peserta, waris tidak perlu susah2 untuk
menyambung membayarnya…. ada insuren yang melindungi.
Malah jika ditakdirkan peserta tidak sempat membayar habis pinjamannya
disebabkan kematian…
Waris akan dapat semula kesemua jumlah bayaran
sebanyak mana yang sudah dijelaskan
,
kecuali jumlah bakinya yang belum dilangsaikan…..

Hebat tak????

Eeeeeeh… apapun, doakanlah ma panjang umur yer….
Biarlah ma dapat jelaskan sehingga selesai….Smile

Pesanan buat rakan2….
Manfaatkanlah wang bantuan perniagaan ni sebaik mungkin
Jauhkanlah dari menyalah gunakannya demi untuk kemajuan perniagaan
yang kita jalankan… okeeeey?
Selamat Maju Jaya……

5 comments:

Dee said...

alhamdulillah..moga ianya dimanfaatkan sebaiknya ma..banyak tuh..

Wahidah said...

Aktif jugak yea ma nie..:)

Rasp said...

syukur alhamdulillah...
rezki tu ma...
semoga semua yg dapat tu dpt memanfaatkan dgn sebaiknya duit tu...

Kamariah Awang said...

Dee : Alhamdulillah.... syukur..!

Wahidah : Heehee, kan ke ma nak jadi ULAMAK..? (Usia Lanjut Masih Aktif)

Rasp : Insya Allah, akan manfaatkan sebaik mungkin. Timekasih kerana mengingatkan.

mamawaiz said...

berkembang lagi bisnes ma yer