Saturday, October 16, 2010

SIAPA NAK BERKAWAN DENGAN BERUANG?!

 123456789

HAHAHA…. KEPADA YANG BERKENAAAN…  JANGAN MARAAAAH YEEE…! Orang ‘veteren’ nak menegur sikit…..  

Ma rasa bukanlah  ma sorang aje yang menerima pelawaan untuk berkawan dari sahabat2 yang tak menggunakan rupa sebenar dalam petak gambar profile mereka…

Jangan salah tafsir! Ma tidak pulak menganggap mereka2 ini berniat jahat atau sebagainya…

Sebab tulah ma tak ignorekan kesudian mereka nak berkawan atau nak mengenali ma…  Ini bukan kes  nak menyombong….!  Malah ma  berbangga kalau ada  ramai kenalan.

Tapi, kan….  Hehehe….

Walaupun gambar beruang yang kita minat itu adalah  dari rupa beruang yang ‘ter’cantik didunia…. alangkah eloknya jika kita menggunakan gambar peribadi kita sendiri…?   Takkan payah sangat kot gambar sekeping tuuu….

Ma pernah ditegur seorang anak saudara yang nakal… Katanya, Ucu…, nama Kamariah  tak glamorlah… Pakailah nama Camelia….! 

Dan seorang kenalan yang tidak dikenali dari seberang…. katanya, Puan, nama ‘Awang’ tu nama kelasik, dari manakah asal Puan?

Bagi ma dengan keikhlasan dan  niat suci untuk berkawan dan mencari kenalan2 lama…. harus menggunakan nama yang biasa digunakan, yang dikenali kawan2 sejak dulu dengan memaparkan gambar  kita sendiri.  Ini lebih memudahkan kawan2 mengenali  dan menghubungi kita…  Betul tak?

Kerana itu, alhamdulillah…. ramailah juga kawan2  sekolah semasa di Singapura dulu yang dapat ma hubungi semula kini….. Masing2 dah bercucu you…! Hahaha….

Wednesday, October 13, 2010

PULAU DIDARAT

SEBUT Pulau Warisan, ma teringatlah… maka bertambahlah satu lagi PULAU di Kuala Terengganu ni…

Jangan terkejut kalau ma katakan, di Kuala Terengganu ni, terlalu banyak pulau yang letaknya di darat… maksud ma BUKAN DIKELILINGI AIR.

Selain dari Pulau Ketam dan Pulau Duyung yang telah di’darat’kan @ dihubungkan  dengan terbinanya Jambatan Sultan Mahmud, yang mana pada suatu ketika kedua2 pulau tersebut duhulunya, sememangnya tidak dapat dilalui kenderaan bermotor kerana terpisah antara tanah besar dengan Sungai Terengganu.

Tapi ada  pulau2 seperti Pulau Musang, Pulau Rusa, Pulau Kambing, Pulau Kerengga, Pulau Bahagia…. (sekadar menyebut beberapa nama. Mungkin ada beberapa nama lagi yang ma tak terlintas…)

Tahu tak kalian, semuanya itu letaknya didarat?

Maaflah ma tak sediakan pic untuk menyokong entry ni… Tapi silakan ziarah Kuala Terengganu… dan lihat sendiri. Kita akan menemui lebel @ sign board dimana ketika kita  sampai ketempat2 yang ma katakan itu.

Ma tak pasti apakah istilah PULAU bagi orang2 Terengganu.  Jangan marah orang Terengganu….

Dan ma sedang mencari2 apa sebabnya Pulau Warisan itu dinamakan Pulau juga, sedangkan ianya ditambak (orang Terengganu kata ‘tambun’) dari tanah rata  sepanjang tepian muara sungai Terengganu.   Dan boleh aje kalau kita katakan dia lebih ke arah telah menjadi daratan. Daratan buatan….

Ma rasa lebih sesuai kalau dinamakan DARATAN WARISAN. 

Ini hanyalah cadangan dalam ilham ma yang tak masuk dalam mesyuarat…

Monday, October 11, 2010

TAU2 KERANA TV9

PERCAYA tak kalau ma kata ma tak sedar terbinanya Pulau Warisan di Kuala Terengganu? Ketinggalkan lagilah ma ni nampaknya…!

Tau2 adanya Pulau Warisan bila TV9 buat program Sua Rasa baru2 ni.  

Ma tak berkesempatan menjengah program tu kerana ma ke majlis persandingan anak saudara ma di Kemaman pada tarikh yang sama dengan Program Sua Rasa TV9 itu…

 

DSC01265 Persandingan Noraziah dan Hamdi…. Perbanyakkan SABAR menempuh gerbang perkahwinan.

Ma tertanya2 dimana terletaknya Pulau Warisan itu…. Katanya berhampiran Pasar Kedai Payang….!?  Cari punya cari, rupa2nya tempat tu adalah dimuara  Sungai Terengganu.  Dimana muara itu telah  ditambak dan dijadikan daratan disepanjang Pasar Kedai Payang sampai ke Hotel Seri Malaysia.

Maka terbinalah suatu daratan@dataran yang besar dan sangat luas.  Tak heranlah kalau program Sua Rasa boleh diadakan disitu.

 

DSC01266 DSC01268

DSC01270Tinggal bekas…  Program  Sua Rasa TV9…. 

Selama ni yang membuat ma terlepas pandang, bukan  kerana ma tidak melalui Jalan Kampong Cina itu, tapi kerana daratan buatan manusia  itu dibina disebelah belakang deretan rumah2 kedai milik kaum Cina.

 DSC01271 Pandangan dari belakang deretan rumah2 kedai yang dulunya diatas air. 

Tua  dan uzur….Pandangan dari   belakang deretan rumah kedai yang dulu penduduknya melepaskan toksik kedalam sungai….

Cuba bayangkan kalau rumah2 kedai ini tiada (@dirobohkan) dah tentu semakin cantiklah bandar K.Terenganu kita  yeee?!.

Tapi kerana memikirkan ianya mungkin menjadi isu yang boleh dipolitikkan, maka pengorbanan besar itu terpaksa diketepikan.

Ma terbayang…. kalaulah ‘keadaan’ sedemikian ini terjadi kepada sebuah negera jiran kita…. SUDAH TENTU tidak boleh dikata tidak…, samada diPAKSA pemiliknya  menaikkan taraf  rumah2 uzur itu ATAU terPAKSA bersedia untuk  diPINDAH  ketempat lain…!

Tapi demi untuk terus mengambil hati rakyat, ma rasa eloklah dinaikkan taraf rumah2 tersebut supaya kelihatan tidak menyedihkan mata memandang.

Wednesday, October 6, 2010

PERGINYA KESAYANGAN LKY

DAH  menjadi kebiasaan ma…, selalu ketinggalan keretapi….!  Apa tidaknya, surat khabar hari Ahad lepas, baru aje ma baca petang tadi…. Tapi dah kerana  minat membaca, walau surat khabar semalam, bab baca  tetap baca.  Tau jugakah berita walau tak terkini, walaupun terlambat sehari dua…

Dah meninggal rupanya isteri bekas Perdana Menteri Singapura. Lee Kuan Yew. Kwa Geok  Choo, isteri Menteri Mentor Singapura itu meninggal ketika usianya 89 tahun, kerana sakit angin ahmar yang teruk, sampai tak boleh bergerak dan bertutur selama 2 tahun.

Ma pernah berjumpa secara berdepan dengan beliau, ketika ma dalam darjah 1 di Sekolah Melayu Siglap, di Singapura. Ketika itu beliau menemani suaminya Lee Kuan Yew membuat lawatan ke sekolah berkenaan, sempena kemenangan dan pemerintahan PAP pada tahun 1960.

Sesuai dengan karektor Saudara Lee Kuan Yew (LKY tidak mau dipanggil Encik kerana panggilan itu tidak menampakkan kemesraannya terhadap rakyat, begitu katanya)…. Beliau memang nampaknya seorang yang mesra alam dengan wajah yang sentiasa tersenyum dan disampingnya ialah seorang isteri yang lembut, yang kelihatan sememangnya lebih dewasa dari usia  suaminya itu.

Apa yang nak ma bangkitkan dalam entry ma ini ialah sikap dan kasih sayang LKY sepertimana yang tertulis dalam temuramahnya dengan penulis akhbar ini….. dimana katanya…

Penderitaan isterinya ketika sakit adalah antara perkara yang paling sukar dihadapinya. Beliau tidak mudah menyerah kalah. Kehidupan harus diteruskan. “Namun ketika detik berlalu saya teringatkan kenangan manis semasa kami bersama…..”

Apa yang lebih menarik, meskipun isterinya tidak dapat bergerak dan bercakap, LKY masih terus  berkata2 dan bercerita tentang kerja2 hariannya pada isterinya itu.  Isterinya  memahami setiap apa yang diceritakan dan …. Beliau juga membacakan puisi kegemaran untuk isterinya itu….

Kita ‘ketepikan’ kemarahan rakyat Malaysia kepada LKY… Secara peribadinya ma rasa kagum dengan sikapnya sebagai  seorang suami yang   setia dan penyayang. 

Bertuahnya seorang isteri yang melalui saat2 akhirnya bersama seorang suami yang memahami. 

Ketika bercinta kot…..

 

Cinta  sejati hingga akhir hayat….

Tuesday, October 5, 2010

BUDI vs BUDI

LAMA tak buat entry baru,  ‘macam’ hampir2 nak tutup kedai rasanya….

Dahlah beraya sakan, sampai 10 hari di Singapore-JB-KL,  belum pun habis Syawal…  hari Khamis lepas setelah 12 hari dirumah, ma diajak adik angkat ke KL lagi. 

Ma cepat2 bersetuju, walaupun kerja baru aje nak bermula selepas raya. Tapi…,  tak apelah demi seorang sahabat…

Ani, sahabat yang dah ma anggap macam adik angkat ni, sebenarnya banyak membantu menjaga dan memantau anak dara ma yang 2 orang tu, ketika ma di Mekah tahun lepas.

Bagi ma inilah masanya ma membalas budi baiknya selama ini terhadap kedua anak2 ma, apabila anaknya Che Ain pula ditimpa musibah, menderita sakit belakang akibat terjatuh  ketika zaman kanak2nya dulu.

Rupanya kesan dari kemalangan yang dah bertahun2 itu, tidak sembuh sepenuhnya dan  mengakibatkan ototnya tidak stabil. Kerana nak menjaga dan merawat anaknya yang sedang belajar di UIA itu, Ani meminta ditumpangkan dirumah anak ma SD untuk beberapa hari.

Iya begitulah…  selama ni ma selalu teringat, bilalah masanya ma boleh membalas budi baiknya terhadap ma…. tak sangka Allah ketemukan juga saat dan ketika yang sangat berharga ini bagi ma membantunya pulak…  Itupun kalau apa yang ma lakukan ini boleh jugak dinamakan budi….

Apapun, jika ia tidak seimbang dengan budinya terhadap ma, ma serah pada Allah sajalah yang membalasnya di akhirat nanti… Boleh tak gitu?!

 DSC01254

   Sempat juga kenal UIA ketika menghantar Che Ain kekampus.

 

DSC01256 Berkebetulan pulak sempena Hari Konvokesyen mereka….. Ditepi jalan pun, mereka sempat menyarung jubah.