Saturday, August 14, 2010

JMB3 : KEUTAMAAN TAUHID

DSC01226

Susunan: Dr. Abdul Muhsin Bin Muhammad Al-Qasim
(Imam dan Khatib Mesjid Nabawy)
Alih Bahasa : Dasman Yahya Al-Ma’aly
 

SIAPA yang konsisten beribadah kepada Allah Jalla wa ‘Ala, akan mendapatkan rasa aman pada dirinya, hartanya, anaknya dan rumahnya, dan akan mendapat keamanan pula dikuburnya dan pada hari pengumpulan dan perhitungan (kiamat). Allah s.w.t. berfirman:

“Orang2 yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezhaliman (syirik),  mereka itulah yang mendapat keamanan  dan mereka itu adalah orang2 yang mendapat petunjuk.” QS Al-An’aam ayat 82.

Dan tauhid yang benar adalah pembersih dosa2, penghapus kesalahan2 dan penghalang dari masuk neraka.Nabi s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya Allah telah mengharamkan terhadap neraka, orang yang mengucapkannya << Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah>>,  dia mengucap itu kerana mencari wajah Allah”. HR Al-Bukhary dan Muslim.

Maka barang siapa yang merealisasikan tauhid yang wajib dan yang sunat, akan masuk syurga tanpa hisab.

Sesungguhnya Nabi s.a.w.  telah menyebutkan ciri2 mereka dengan sabdanya:

“Mereka itu ialah orang2 yang tidak meminta diruqyah (dimantera secara syar’i), tidak percaya pada arah terbangnya burung (dalam menentukan keberuntungan atau kesialan), tidak berobat dengan cara membakar dengan api, dan kepada Tuhan mereka, mereka bertawakkal” HR Al-Bukhary dan Muslim.

Maka orang2 itu jiwa mereka terpaut pada Allah dan hati mereka menyerahkan segala urusan kepadaNya.

Thursday, August 12, 2010

JMB2 : RUKUN-RUKUN TAUHID

DSC01226 

Susunan: Dr. Abdul Muhsin Bin Muhammad Al-Qasim
(Iman dan Khatib Mesjid Nabawy)
Alih Bahasa: Dasman Yahya al-Ma’aly

AGAMA ISLAM berdiridi atas prinsip nafi (meniadakan) dan  itsbat (menetapkan),  dimana Islam seseorang tidak benar kecuali dengan kedua prinsip tersebut.  Iaitu berlepas diri dari  (menafikan) tuhan-tuhan (lain) dan para penyembahnya serta menetapkan penghambaan hanya kepada Allah. Allah Jalla wa ‘Ala berfirman:

“Kerana itu barang siapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” QS Al-Baqarah ayat 256.

Dan Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barang siapa yang mengatakan: Tidak ada tuhan yang berhak disembah selain Allah, dan kafir  kepada semua yang disembah selain Allah, maka haramlah darah dan hartanya (diperangi),  dan perhitungannya terserah kepada Allah.” HR Bukhary dan Muslim.

Dan sebesar2 perintah didalam Islam adalah perintah tauhid, dan sebesar2 larangan didalam Islam  adalah larangan dari  lawan tauhid itu. Nabi s.a.w. pernah bertanya: “Apakah dosa yang paling besar? >> Beliau menjawab “(Yaitu) kamu menjadikan bagi Allah tandingan, sedangkan Dia telah menciptakanmu.” HR Al-Bukhary dan Muslim.

Dan dakwah para rasul semuanya berpunca pada perintah mengesakan Allah dengan hanya beribadah kepadaNya dan memperingatkan  jangan sampai melakukan kesyirikan  atau terjerumus ke dalam wilayahnya.

Allah berfirman: “Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): “Sembahlah Allah (sahaja), dan jauhilah Thaghut itu.” QS An Nahl ayat 36.  

Tuesday, August 10, 2010

JALAN MENUJU BAHAGIA

DSC01226_thumb

Susunan: Dr. Abdul Muhsin Bin Muhammad Al-Qasim
(Imam dan Khatib Mesjid Nabawy)
Alih Bahasa : Dasman Yahya Ma’aly

KEBAHAGIAN HAMBA  terletak pada kesempurnaan penghambaannya kepada Allah. Dan merealisasikan penghambaan itu ialah dengan mengikhlaskan amalan kerana Allah dan mengikut petunjuk Nabi s.a.w. Apabila seorang hamba melakukan suatu amalan  sedang ia tidak ikhlas melakukannya kerana Allah, maka amalan itu akan menjadi sia2. Allah Taala berfirman:

Dan Kami hadapi segala amal (kebaikan) yang mereka kerjakan. lalu kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan.”
QS Al-Furqan ayat 23.

Dan apabila ia dalam melakukan amal kebaikan itu ikhlas kerana Allah, namun tidak mengikut petunjuk Nabi s.a.w., maka amalannya itu akan ditolak (dikembalikan) kepadanya. Nabi s.a.w. bersabda:

Barang siapa yang memperbuat suatu amalan yang tidak berdasarkan perintah kami, maka amalan itu ditolak” HR Muslim.

Dan apabila amalan itu sudah ikhlas (kerana Allah) lagi benar (mengikut petunjuk Rasulullah), maka ia akan diterima dan dsyukuri. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal holeh, bagi mereka adalah syurga Firdaus menjadi tempat tinggal”. QS Al-Kahfi ayat 107.

 

 

Sunday, August 8, 2010

ISIAN DIBULAN RAMADHAN AL MUBARAK

SESUAI dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak, ma cuma ingin berkongsi ilmu.

Ketika ma mengerjakan haji tahun lepas, memang banyaklah cenderahati yang berbentuk bahan cetakan yang diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa untuk renungan bagi menambahkan ilmu pengetahuan tentang agama.

Senaskah Al-Quran ul-Karim terjemahan yang sangat menarik, diberikan ketika kami hendak menaiki pesawat untuk berangkat pulang.

DSC01227

Begitu juga pada ketika kami membuat ziarah samada di Mekah atau Madinah, ada beberapa buku termasuk bersaiz poket, dan risalah yang masih ma simpan.

Antaranya:-

DSC01224 DSC01225

Yang paling menarik hati ma, ialah JALAN MENUJU BAHAGIA. Walaupun hanya berbentuk risalah tapi sangat padat dan mudah difahami.

Pendek kata ma memang sangat seronok membacanya.

DSC01226_thumb_thumb\

JALAN MENUJU BAHAGIA disusun oleh Dr. Abdul Muhsin Bin Muhammad AL-Qasim, Imam dan Khatib Mesjid Nabawy. Dan dialih bahasakan oleh Dasman Yahya Ma’aly.

Ma akan menyalinkannya semula untuk tatapan kalian, bukan menunjuk pandai atau bertujuan mengajar, hanya sekadar sebagai sajian dibulan Ramadhan yang mulia ini, untuk perkongsian kita bersama…. Insya Allah….

Thursday, August 5, 2010

MERAGUT DIBULAN RAMADHAN

MASA …  masa, letihnya mengejar masa yang berlalu tanpa menoleh kebelakang walau sesaat.

Begitulah setiap kali menjelang puasa dan raya…. Kalau tak letih dan penat dulu, tak rayalah  namanya…  Kadang2 stres juga dibuatnya.

Tapi bukan itu yang nak ma kesahkan kali ni… Cuma bila menjelangnya puasa, ingatan ma tak mungkin dapat melupakan satu kejadian yang menimpa ma  2 tahun lapas, 1 Ramadhan 1429H, bersamaan 2008M. Maaf  tarikh masihinya tak ingat….

Kejadian itu berlaku kira2 pukul 10.00 pagi.  Di laman dapur rumah ma sendiri.

Biasalah hari pertama puasa, keletihan bersahur mungkin…rumah2 jiran sebelah pun tertutup lagi. Memang sunyi sepi pagi tu.

Ma ketika tu sedang membersih laman, menyiram pokok2 yang tak berapa nak hidup tu…..

Tiba2 lalu sebuah motor dengan penunggang dan pemboncing dibelakangnya. Nampak macam nak terus ke dalam kampung aje …. tapi tiba2 dia buat emergency break betul2 didepan ma. 

Si penunggang melepaskan si pemboncing, dan terus pergi. Si pemboncing merapati ma, bertanya dengan menggaru2 belakang tengkoknya… macam orang sesat, kononnya      mencari  rumah seseorang….

Ma  ni memang jenis  orang yang tak berapa mudah  percayakan orang. Terasa juga dalam hati ni, kalau nak cari rumah orang pun, kenapa sampai nak masuk ke dalam pagar rumah ma. Dalam pagar ni tak ada rumah sesiapa pun, kecuali rumah ma…

Ma  bertanya padanya rumah sapa yang dicarinya, dia mengambil peluang makin dekat pada ma. Dalam keadaan was2 ma cuba berundur.

Tapi dek kerana orangnya yang agak tinggi, cuma selangkah eja jangkauan kakinya yang panjang tu, dah dapat rapat dengan ma. Sambil   katanya : mencari rumah Pak Ali… tangannya dah menuju ke leher ma.  Ketika tu memang ma pakai rantai yang agak kasar juga.

Tapi belum sempat tangannya sampai, ma tutup rantai ma dengan kedua2 tangan. Ma pegang kuat2 bersekali dengan kolar baju.

Ma menjerit sekuat2 hati…. Tolong… tolong… tolongtolong… aje… Tak ingat perkataan lain, dan tak ingat kalau2 dia ada bawa apa2 senjata tajam ke…..

Ma hilang imbangan… undur punya undur… jatuh terlentang.  Dia datang rapat dan cuba pula mencari rantai melalui belakang leher ma dan  sesungguh hati menariknya… Dan ma dapat rasakan rantai ma putus.

Dalam keadaan terlentang tu, ma terkial2, menendang2 dan  memusing2 untuk menyelamatkan rantai ma dari diragutnya.

Si jiran sebelah ma pulak, bila dia dengar suara ma menjerit, dia ingat ma kena gigit ular. Disangkanya budak yang nak meragut tu datang nak menolong!

Bila dia nak keluar, dia ternampaklah si penunggang motor tu, sedang menunggu anak didik nya dipenjuru pagar rumah ma… barulah dia sedar ma bukan digigit ular…

Dan setelah disergah oleh anak bujang jiran ma, barulah si jahanam tu melarikan diri. Dah tentulah dia frust, kerjanya nak cari ‘pahala’ dibulan Ramadhan Al-Mubarak menemui kegagalan.

Begitulah alkesahnya… Sampailah sekarang ma memang trauma dengan mat2 motor.  Kalau mat motor lalu aje dekat ma, ma akan mengelak… takut!

Semasa  pergi buat repot polis… dia boleh  tergelak dengar cerita kita, dan sempat pulak bertanya…

Kak, masa kak jatuh terlentang tu, kak pakai kain ke pakai seluar?

Nasib baiklah ma pakai seluar panjang, kalau tidak lagi besarlah gelak dia agaknya…!