Wednesday, May 19, 2010

HARI IBU HARI GURU

SENGGANG tak beberapa hari sahaja sebenarnya antara dua hari besar yang sangat bermakna bagi kita. Hari ibu dan hari guru.

SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU!

Maaflah kalau entry ma ni ibarat ketinggalan kereta api kerana beginilah keadaan ma sebenarnya… Ada perkara yang lebih penting yang perlu ma dahulukan. Tapi ucapan2 itu sudah ma kirimkan melalui sms kepada kawan2 yang memegang title ibu dan guru….

Tidak mengira usia sebenarnya, setiap kita mesti mempunyai ibu.. dan mesti juga mempunyai guru.

Ma sangat menghargai keduanya.  Sehingga kini pun masih ada cikgu yang mengenali ma meskipun kami dah bertahun2 tidak berjumpa….  tapi bila bertemu, dan bertegur sapa dia masih dapat mengingati ma. Pokok pangkalnya kalau berjumpa, kitalah dulu yang wajib memperkenalkan diri…

Ma ada cerita nak kongsi disini….

Ibu ma tak tau membaca rumi. Kalau membaca atau menulis jawi memang dia pandai, dan tulisannya pun cantik sekali ….. Ma memang ada menyimpan suatu nota resepi masakan yang ditulisnya dengan tulisan jawi sampai sekarang untuk dijadikan kenangan.

Ketika ma mula belajar disekolah rendah,  ibu ma ambil kesempatan untuk belajar membaca dengan ma. Setiap hari… ma balik sekolah ma jadi cikgu…  cikgu kecik… Ma akan mengajarnya mengeja dan membaca.

Kuasa Tuhan, berkat ketekunan dan usahanya, akhirnya dia boleh membaca!

Paling membanggakan, setiap hari beliau melanggan akhbar sehingga dia  boleh membaca  akhbar  dengan lancar….!

Saturday, May 15, 2010

YANA SUDAH DI KMKN

SEBELUM subuh tadi lebih kurang 5.00 pagi ma selamat sampai di Kuala Terengganu dengan sahabat baik ma Che’ Bunga yang sama2 menghantar Yana ke Kolej MARA Kuala Nerang. Yana telah mendaftar pada 10hb Mei kira2 jam 9.30 pagi.

Jarak antara Kuala Nerang ke homestay yang kami sewa lebih kurang 35 km. Di Alor Setar.

Boleh dikatakan perjalanan kami agak santai. Dari KL ke Ipoh, kereta yang dipandu oleh SD mengambil masa lebih kurang 2 jam. Kami singgah di rumah Che’ Wan, adik Che’ Bunga.

Lihatlah betapa cantiknya rumah Che’ Wan. Inisiatif  bersama suaminya Che’ Din.

Copy of DSC01025

Copy of Copy of DSC01027

Yang memakai baju bertemakan kulit rimau itulah Che’ Wan. Sampai kebilik tidurnya pun, begitulah konsepnya you….

Homestay yang kami sewa adalah penempatan baru yang terletak di Jalan Kancil Fasa 3, Bandar Anak Bukit, Kedah.

DSC01043

Secara totalnya kami memang berpuas hati dengan prasarananya,  kerana selain dari rumah itu masih baru dan bersih, KETIGA2  bilik tidurnya dilengkapi dengan penghawa dingin. Kalau ada sesiapa yang teringin  ke Alor Setar,  bolehlah menghubungi AB HOMESTAY no tel: 0195715099. Harga semalaman hanya RM180.oo.  Memang berbaloi!

DSC01041 Istana Anak Bukit

DSC01042

Untuk menuju ke homestay tersebut kami melintasi Istana Anak Bukit kediaman resmi Sultan Kedah.

 DSC01030

 Kata aluan SELAMAT DATANG….

DSC01038Laluan ke asrama Insaniah

 

DSC01032Bilik 229… Tiga daripada 4 katil didalamnya…

Tepat jam 11.oo pagi sebagaimana yang dijadualkan, kami ibu bapa dijemput  masuk ke Dewan Badlishah untuk mengikuti taklimat dan upacara penyerahan dan penerimaan pelajar2 baru tahun 2010-2011.

Pengetua KMKN adalah seorang wanita. Terserlah kehebatannya.  Tapi maaf  ma  lupa mencatat namanya.   Ketika beliau memberikan ucapan taklimatnya, ma dapat membayangkan  betapa PADATnya sistem pembelajaran di kolej tersebut.

Walaupun disulam dengan gelak kemesraan, tapi disiplinnya nampak keras dan tegas!

Keputusan si Bungsu Yana untuk memilih belajar disitu, adalah atas nasihat dan perbincangannya bersama dengan kakak, abang dan abang iparnya. Selain dari keinginan sendiri ingin merasa belajar jauh, berjauhan dengan keluarga.

Kononnya…!

Tak kesahlah… belajar dimana2 pun, asalkan dia masih berminat. Jadi, ma mohon  kalian sama2 mendoakan kejayaannya yee…. Terima kasih….

Apa yang ma harap sangat2, Yana akan sesuai dan selesa disana. Memang betul seperti kata Qaseh dalam sembang sumbingnya di entry ma yang lepas,   KMKN mempunyai persekitarannya yang  sangat cantik dan nyaman. Di  setiap laluan untuk kemana2 sahaja dalam kampus tersebut dilindungi bumbung, bagi memastikan bukan  sahaja keselamatan tapi agar pelajar2nya tidak mempunyai alasan hujan atau sebagainya untuk ke bilik kuliah.

DSC01039

Sampai disinilah kami menghantarnya selepas makan tengahari  sebelum berpisah. Dia masih menoleh kebelakang sebelum berakhir laluannya ke asrama. Nampak merah juga matanya ketika kami berpelok2an tadi. 

Ma pun sama sebenarnya….

Sunday, May 9, 2010

MENUNGGU 10hb

SUBUH2 kelmarin ma sampai lagi di KL ni. Untuk tiga bulan berturut2. Mac kerana nak ke Indonesia, April kerana kursus N.D.O, dan kali ini Mei kerana nak ke Kedah. Kami akan ke Kuala Nerang untuk menghantar Yana ke Kolej MARA bagi mengikuti metrikulasi.

Bukan tak ada laluan terus ke Kedah dari Kuala Terengganu, tapi  anak ma SD ingin sama2 menghantar adiknya itu. Jadi ma bersyukur, tidaklah ma terkial2 mencari jalan bagaimana ke tempat yang asing bagi ma itu. Ma memang pernah sampai ke Alor Setar, Sungai Petani, Jitra, Langkawi... tapi Kuala Nerang, belum pernah.

Ma mohon doa dari kalian untuk kejayaan Yana... Mudah2an laluannya dipermudahkan Allah s.w.t.

Suka atau tidak, ma kena meredhainya. Walaupun  ma akan melalui hari2 yang semakin sunyi bila seorang lagi anak meninggalkan ma. Ketiadaan Yana nanti, bermakna hanya tinggallah ma berdua dengan anak ke empat ma, Mira mengisi kekosongan rumah yang mempunyai lima bilik tidur  dan sebuah bilik kerja ini.

Ma akan melaluinya dan mesti melaluinya....

Saturday, May 8, 2010

IBUKU, SELAMAT SELAMANYA....

SEMPENA Hari Ibu  tak terlepas ingatan ma pada mak yang telah pergi pada 25 Nov 2005.

Semasa hayatnya dengan memikul tanggung jawab sebagai ibu tunggal seawal usianya 38 tahun, kami telah dididik dengan sempurnanya. Dan alangkah bertuah  ketika hayatnya dapat melihat setaip seorang daripada kami membina keluarga sendiri tanpa masaalah yang menyusahkan hidupnya.

Walaupun ma tak berada disisinya semasa dia  menghembuskan nafas terakhir, tapi ma puas dan redha. Beliau telah kembali ke rahmatullah di rumah abang ma, Kamarudin di Bukit Jelutung, Shah Alam setelah diserang skrok selama 5 tahun.

Selama 5 tahun, dari Singapura ke JB... Dari KL malah  ke Kuala Terengganu pun, setiap anak  berpeluang menjaganya walaupun untuk beberapa ketika.

Ma sangat2 bersyukur kerana ketika sakitnya, arwah suami yang ketika itu masih sihat  adalah orang yang sangat2 prihatin dan bertimbang rasa, melepaskan ma balik atau pergi melihatnya setiap bulan. Paling tak punya masa pun, ma akan balik hari... Pagi ma sampai, dan malamnya ma sudah berada diatas bas untuk pulang ke Kuala Terengganu semula.

Kejadian itu berlaku kerana arwah mak sudah menjadi seorang yang pelupa. Kadang2 tu, ma baru aje sampai subuh di rumah, maghribnya dia akan menalipon ma, tanya bila lagi ma akan datang melawatnya. Kekadang tu, sehari beberapa kali dia akan menalipon ma.

Dan 5 tahun selama sakitnya itu, ma menjadi seorang yang agak lepas laku dan bebas. Anak ketika itu masih ada yana bersekolah, terpaksa ditinggalkan dengan abahnya, dan ma akan pergi dan balik dari Terengganu ke JB, Singapura atau ke KL. mengikut dimasa lokasi mak berada setiap bulan sendirian.

Memang banyak kenangan manis dan pahit semasa mak sakit yang ma menumpang rasa bersamanya. Sebab itulah apabila si Yanti  yang begitu prihatin menjaganya, ma jadi begitu terhutang budi padanya. Dan seorang lagi pengasuh yang harus ma beri pujian ialah Maryam yang berada disisi mak ketika mak menghembuskan nafas terakhirnya.

Malangnya sampai sekarang Maryam tidak dapat ma kesan untuk ma teruskan hubungan silratul-rahim dengannya. Hanya Allah sahaja yang membalas segala kebaikan Maryam menjaga dan mengasuh mak ma dengan baik, prihatin dan sabar.

Mak... halalkan makan minum, keringat dan jerit perih kerana membesarkan kami ... Al-fatihah...!

Monday, May 3, 2010

1 Mei = HARI BURUH = ANNIVERSARY

30 April -   ma drive ke Paka, bersama Mira dan Yana ke rumah anak ketiga  ma Hizaq. Sejak beliau  membeli rumah lebih kurang 6 bulan lepas, belum sekalipun  ma ziarah ke rumah mereka, kecuali hanya singgah seketika semasa pergi dan balik dari Mekah kerana kebetulan flight hari tu dari KLIA.

Sempat juga si Hizaq melepaskan hajat si Mira ke Mesra Mall di Kerteh, sebelum makan malam di tepi pantai Paka.   Seronok jugaklah ma bersama anak2, menantu dan cucu2 malam tu… Maaflah tak ada pic….

Hajat hati nak tidur 2 malam. Tapi dek kerana si bungsu Yana menerima tawaran untuk metrikulasi ke Kolej MARA dan kena daftar ke Kuala Nerang, Kedah pada 10 Mei ini, ma pun dah tak sedap duduk kerana memikirkan persiapan2 yang perlu dilengkapkan.

Petang 1 Mei ma bergegas drive balik ke rumah dan terus membeli sepasang lagi kain untuk dibuat baju kurung Yana bagi menambah pakaian yang sedia ada.  Seperti biasa ma juga yang akan menjahitnya sendiri.

Dipetang yang sama ma menerima sms dari seorang sahabat karib yang jauh, kononnya mengucapkan Selamat Ulang Tahun Perkahwinan..?!

Begitulah… istimewanya tarikh yang ma pilih membuatkan kawan2 dan sahabat sentiasa sama2 mengingatinya. 

Lazimnya dulu2 ma selalu berjenaka dengan sahabat karib tadi…

1 Mei = Cuti.  Semua orang bercuti kerana sama2 menyambut anniversary ku… !

Hee…,  perasaaaan… katanya.