Monday, December 3, 2012

HATI2 DENGAN KENCANA

NAMANYA indah tapi kesannya menyedihkan.

v

v

v

v

v

v

v

v

v

 

DSC02912

Pil kurus…..
INILAH KENCANA YANG MA MAKSUDKAN……

Sekitar Oktober tahun lepas,  ma bertemu dengan seorang kawan yang dah lama ma tak jumpa.
Biasalah ma ni, kalau bertemu kawan2 …
kalau nampak ada perubahan bentuk badannya, ma akan pergi dekat dan mengusik …
“Apa rahsia anda?”

Mana tak terkejut…. dari seorang yang besar dan gempal, dia berubah menjadi
seorang yang kurus dan mempesona….

Ikhlasnya dia memberitahu dia baru aja ambik obat ni….
~Terbayang2 dimata ma, dengan senyum manis dan ketawanya….
nampak ikhlas sekali dia memberitahu rahsianya yang sebenar.~

Kerana kami berada dalam satu majlis, ramailah yang datang berkerumun.
Berebut2 nak minta contoh botol obat tu supaya senang dicari di kedai.
Ma malas nak berebut, ma amek gambar aje….

Sampai sekarang gambar ni masih ada didalam hp ma….
memang berhajat nak cari jugak kalau2 ‘kenaikan’ badan ma ni semakin kronik…. hehe….

SEMASA ma di KL menyertai rombongan Perhimpunan Agung UMNO di PWTC,
kami dikejutkan berita kematian kawan ma ni……
Rupa2nya obat yang dimakannya ini telah merosakkan buah pinggangnya
dan akhirnya menyebabkan otaknya gagal berfungsi.
Dia telah kembali ke rahmatullah dalam usia 41 tahun pada Khamis 29hb Disember 2012.

Innalillaahi wa inna ilairojiuuun….
Sama2lah kita mensedekahkan al-Fatihah buat Suzana Binti Ali.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama dengan para ambia’…
Amiin. Al-Fatihah.

7 comments:

shima said...

salah date kot tu kan..29.11 kot kan..

mmg takut nk amik ubat sbarangan..

MulutPayau said...

masa awal2 baca, teringin jgk nak cari ubat kurus tu..tapi bila baca yg terakhir...menakutkan..
Tak nak makan ubat sebarangan..

Al-Fatihah utk arwah...

Kamsiah yusoff said...

salam
ehh 29 dec 2012...hari ni kan 3 dec 2012...

saya ada kawan/jiran yg meninggal dunia jugak disebabkan pengambilan pil kurus selama bertahun2...

mamawaiz said...

al-fatihah..

takutnya.sbb tu wida x berani nak amik pil/ubt kurus ni ma. biarlah gemuk pon..asalkan sihat.

yg penting tu kena rajin senam atau keluarkan peluh.

Kamariah Awang said...

Hehehe... Bertenang semua, jangan marah... Ma melalut sikit jer... Iya betul date tu salah. Tarikh sebenar ialah 29 November 2012. Terima kasih pada Shima dan Kamsiah kerana mengingatkan.

Zaitun said...

Al-Fatihah.

ma...saya susah nak percaya pada ubat/pil,bagi saya apa yang penting sihat tubuh badan.

Kamariah Awang said...

Zaitun : Ya, ma pun cam tu....