11 MEI 2012,
Perhimpunan Raksasa UMNO
Menyambut ulangtahun yang ke 66
Di Stadium Bukit Jalil.
Dianggarkan lebih 100,000 yang hadir dalam perhimpunan tersebut.
~Barisan AJK Wanita Cawangan Lorong Surau Baru~
Asalkan bertudung merah, pakai baju biasa pun tak kesah…
Tapi kerana dah dibekalkan
sehelai seorang baju blouse @ t-shirt merah
bila lagi nak pakai…?
Akhirnya dengan penuh semangat, menukar baju disana…
Hehehe…
~Pandangan dari sudut hadapan pentas.
Pic dipinjam dari seorang rakan fb. Tk…~
Sebahagian dari peserta ‘Gelombang Merah’…..
Suasana bertukar menjadi merah dalam sekelip mata
bila ramai berpusu2
masuk ke gelanggang didepan pentas kerana tempat duduk dah penuh.
Ma rasa ma bernasib baik mendapat tempat duduk,
tapi rakan2 yang duduk digelanggang
menceritakan satu perasaan yang sukar digambarkan
apabila mereka berada ditengah2 gelombang merah itu…
Lebih bersemangat dan terharu.
Gimik selepas PM menyampaikan ucapan dan memotong pulut kuning.
Ma menghalakan camera hp cap ayam ma ke atas,
ingatkan yang dikatakan semburan bunga api tu akan dituju ke ruang udara.
Tapi tekaan meleset,
apabila yang disembur memenuhi gelanggang itu
seakan perada emas….
Sungguh menakjubkan….
~Suasana menjadi kelam dengan ‘perada emas’
yang membentuk 66 tahun.
Maaf hp cap ayam tak sempat merakam.~
ACARA selesai lebih kurang 11 malam
Tapi…. masya Allah….
Bas beribu buah mengakibatkan jalan sesak
Kami menanti penuh sabar walaupun ada yang seakan merajuk
dan serik akibat kepenatan.
Hehehe…. ‘serik sambal belacan….’ namanya tuuuu….!
Lebih pukul 12tghmlm barulah bas kami sampai.
Kami check in di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur sekitar jam 1 pagi.
Teruja dapat duduk di hotel yang bertaraf 5 bintang
Sebelum ni semasa Perhimpunan Agung kami pernah jugak menginap
di hotel ber’bintang2’ sekitar Bukit Bintang
tepi Hotel Seri Pacific ni memang menjadi igauan ma…..
~Dari sisi cermin tingkap yang luas,
terpampang bangunan PWTC milik ‘Melayu’
ditengah2 KL.
Menukar imej setiap beberapa saat
dalam rona cahaya lampu yang sangat menarik….~
~Mini Bar dan Ironing Board terletak dikiri kanan tingkap
disudut berasingan, siap berpintu lagi…
Sinki…. dengan 2 bilik mandi…
Bilik mandi dengan paip hujan….
… dan bath tub.
2 bilik mandi…. tapi
Mandi pun macam kilat
sebab jadual yg padat dan masa yg agak singkat.
Sebilik 2 orang… bantal 3 biji sorang….
Tapi cuma dapat peluk 3 jam aje...
Selepas subuh… jam 7 dah kena ke dewan makan untuk sarapan,
sebelum Program Kepimpinan dan Pemantapan Diri Dalam Organisasi
bersama Ketua, Timbalan dan Naib Ketua UMNO
Bahagian K.Trg menyusul dari jam 8.30 dan bubar jam 12.00tgh.
~Tak nak lepas peluang… nak bergaya jugak bersama bas yang membawa kami
ke Bukit Jalil dengan selamatnya….~
6 comments:
bestnya..dpt tido hotel lagi.
ofismate wida ni pon..ada sorang yg ikut, dun wakaf mempelam..best katanya, dpt tido hotel
ooooo ma pegi ek sambutan nie...
saya tak gi tapi big bos pegi :D
meriah tul tgk suasana kat sana...
tak terlintas plak nak menumpang tidur kat situ malam tuuu.... mak dgn cik bunga jer, apa ada hal... hehehehe
Cantik hotel tu.
Semangat dengan warna merah!!
mmg meriahkan aunty :) rumah saya kat area situ...berduyun2 nampak bas.
gelombang merah..meriahnya!!!!
Post a Comment