APA nak jadi, si Zikri ni….
Sekarang ni, kalau nak ajak teman kemana2 pun banyak helahnya.
Sikit hari tu dia sibok buat reban burung
Ketak ketuk sorang2 dia aje.
Siap satu reban.
Sekarang burungnya dah tak banyak mana
banyak yang dijual.
Cuma tinggal beberapa ekor merpati merak yang dia sayang.
~Inilah reban burung hasil kerjatangan Zikri…
Kesah dia dengan MERPATI boleh baca DISINI~
Sekarang ni musim wau (layang2), dia dapat idea baru
Bukan setakat bermain, dia mula membuat waunya sendiri.
Wau yang pertama, tak sempat ma ambil gambar
dah tersangkut dipokok.
Dia balik dengan muka kelat
’Malaslah nak main wau!’
Tapi besoknya dia buat yang lain….
~Sensetif warnanya tu, abang…Tapi orang BN
mesti suka…Hihi..~
~Tak tau ini wau yang keberapa…
Siap dalam masa sehari dua aje….
Ada yang tak sempat nak amek gambar pun~
Boleh dikatakan hari ni wau tu dinaikkan,
ada saje kawannya yang nak beli.
Ada yang dia jual tujuh lapan ringgit aje…
’Ok tak, abang harga tu?”
’Oklah.. kertas dengan gam aje… Buluh cari kat rumah kawan…’ katanya.
~Panjangnya ekor dia bang?~
~4 meter, abang beli kain ni dengan kawan 10 ringgit.~
~Oooo ni dah bagus, bang
Perniagaan import export….~
Yang ni dah ada kawannya nak beli 15 ringgit katanya.
~Apa pun… seimbangkan pelajaran dengan minat abang ni
Kalau belajar tak elok, abang kena berenti semua ni, okey?!~
4 comments:
wah...kreatifnya adik Zikri...macam2 wau yg dibuatnya..hobi dia tu boleh buat duitlah ma....bagusnya....
MulutPayau :Alhamdulillah MP, mudah2an dia tak lupa pada persekolahannya.
pandai zikir..minat dan ada pendapatan..cantik2 pulak tu
oo..pandai meniaga cam nenek n mamanya jugak.
hobi cam tu pon leh buat duit..baguslah.
Post a Comment