Alhamdulillah…. ZO bahagia bersama keluarganya…
ZAITON OMAR
salah seorang sahabat baik ma jugak.
Ketika ma remaja…, di Singapura
beliau adalah salah seorang sahabat dan rakan
yang mempunyai minat yang sama dalam bidang penulisan kreatif.
Era kami adalah pada tahun70an.
Kadang2 macam berlumba2 dan berhambat kami berkarya
Skrip drama radio, cerpen dan puisi menjadi terjahan kami.
Kami jugak sama2 aktif dalam persatuan penulisan
sama2 berbengkel dan berkampung jika diadakan perkampungan sastera.
Pendeknya semuanyalah nak sama2…
Ada Zaiton, adalah Kamariah…
Satu citarasa pulak tuuu!
Satu hari….
’Eh, Eton tukar spec baru? Cantiklah! Beli kat mana? Berapa ringgit?’
Besoknya kami pergi ke kedai bersama2……
Hasilnya…….
~Sehati sejiwa…
Kami memakai cermin mata yang sama bentuknya
tanpa rasa ‘bersalah’! Hehehe…~Tolong abaikan rambut kami yang mengurai tu yer…!~
Ramai yang kata kami ni macam adik beradik
Rupa seiras
~Walaupun sebenarnya lain..
Kulit ZO lebih cerah dari ma dan hidungnya mancung halus~
Tapi dek kerana Zaitun ni lebih peramah
Dia lebih menonjol sebab tu ramai yang lebih mengenali dia dari ma…
Kalau orang kata seiras tu, boleh tahan lagilah
tapi kalau orang tak cam langsung, hati2… tu ada sikit tak sedap tuuu….
Apa tidaknya,
Gambar yang tersiar diakhbar hasil karya ma
Diletakkan gambar Zaitun, tapi dibawahnya tertulis nama Kamariah...
~Sayangnya keratan akhbar tu dah musnah dimakan anai2,
Kalau tidak bolehlah dibuktikan… Hehehe….~~Macamana pulak karya Kamariah boleh keluar gambar Zaitun?
Apa sajelah korang ni!
Kalau aku tegur, nanti korang kata aku ni giler glamer pulak…!
Eih, eih, eih….!~
SEBENARNYA agak lama kami terputus hubungan
Tiba2 ZO muncul diFB.
Hampir setiap hari dia mengeluarkan status tentang penyakitnya
yang memerlukan rawatan kimo.
Tergerak hati bertanya dan rasa benar nak ziarah.
Kiranya ZO jugak sedang diuji olehNya.
~Dengan ditemani Esah, ma berjumpa Eton…~
Alhamdulillah, Eton nampak tenang benar
Nampak redho dan pasrah.
~Dah bagian kita… kita terima, katanya…~
Insya Allah, Ton…..
Setiap sakit ada penawarnya
Mudah2an Eton dan Rohaida bertemu penawarnya…..
Amiiin…..
10 comments:
semoga sahabat ma tu sihat hendaknya..
Allah tu maha mengetahui.
mmg cun malatop la ma masa muda ek...
skrg pon maintai comel jgak...
smoga ZO dipanjangkan umur n diberi kesihatan berpanjangan...utk mama jua
Setiap makhluk Tuhan ada bahagian masing2..semoga dia tabah dan redha dan semoga kita pun tabah dan redha dengan bahagian kita...
Salam Ma,
Semoga Eton sihat segera.
Semoga Eton tabah menghadapi dugaan.
Cantiknya ma masa muda hehehe...
Ma mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan sahabat ma, Zaiton Omar. Mudah2an Allah mendengar dan memakbulkan doa kita yer... Amiiin.
lawanya ma masa muda
semoga sahabat ma tabah hadapi segalanya dan semoga cepat sembuh...
memang seiras ma dngn sahabat ma ..Kedua2ya cantik...
Assalamualaikum Kamariah,
Semoga Eton kawan Kamariah bersabar dah tabah menerima ujian dari Allah,dan semoga cepat sembuh ya...
moga auntie ZO terus tabah n cpt sembuh ya..
err ma..ma cantik lah muda2 belia dulu2..mcm anak Jepun..hehe
Post a Comment