Thursday, April 12, 2012

APA KEDAUNG PUNYA APRIL FOOL

ABAIKAN TARIKH hari ini…
Anggaplah 1 April baru berlalu semalam
1 April yang senonim dengan hari bodoh…
Betul2 kena bodoh2….

Sepertimana yang ma catatkan di n3 yang lepas
Ma nak hadir jemputan perkahwinan adik sahabat baik ma Aisah pada 1 April
Inilah yang terjadi menjelang 1 April yang lepas…

Ma dan Kak Peah berhajat nak masuk Singapore awal2 pagi
dan akan kembali ke JB sebelum zohor bersama abang dan adik 
yang kebetulan katanya nak shopping di JB
Apa yang terjadi….
Ma terpaksa menunggu dia masuk ke JB dulu
kemudian barulah dia akan hantar ma ke tempat jamuan tu…
~Siapa yang kena?~
Malaaah, kot….

Dia janji akan keluar rumah pukul 8 pagi dari Singapore
akan sampai di BBU, JB dalam pukul 9…
Apa yang terjadi…
Disebabkan jem di tambak
Dia sampai lebih pukul 11.00 pagi.
~Siapa yang kena?~
Sama2 kenalah tuuu!

Kami berempat….
Ma, kakak (Kak Peah), adik (Norhani) dan abang (Kamarudin)
kena menunaikan hajat adik dulu nak bershopping di Tesco
Apa yang terjadi…
Abang ma yang pernah menetap diJB bertahun2 sebelum dia berpindah
ke KL, boleh sesat barat,
dekat nak zohor baru berjumpa Tesco.
~Kami terkena lagi!~

Semua jadi heran kenapa abang ma jadi ‘bodoh’ hari tu
Selalunya dia paling cekap kalau  nak kemana2….

Tiba2 dia bercerita
Masa di immigration,  
Kepalanya nyaris2 kena hempap dengan pengadang kereta
Kalau tak kerana dia menoleh disebabkan ada seseorang yang memanggil
dah tentu kepalanya bocor.
Hahaha… belum kena dah bengong…!

Ooooiiii….. Ketawa2lah jugak…
Kitorang berdua ni, camane kesah…?
Kitorang nak ke jamuan kawin niii…
Kalau jem ditambak…  nampak gaya
Bukan saja makanan habis, kerusi meja pun tak ada
Yang ada cuma dewan kosong aje nanti….

 

 DSC03353

Datang pulak idea si adik….
Nak makan di Kenny Rogerslah pulaaaak…!
Aduuuii… apa kedaunglah hari ni agaknya?
Orang nak gi jamuan niiii…banyak pulak singgahnya!
Alaaa, kejap aje… Dah lama nak rasa Kenny Rogers…
Kat Singapore punya Kenny Rogersnya tak halallah,
katanya…
Okey2lah….
Dalam hati… ‘nak menumpang masuk Singapore’
saboooor ajeleeee…

 

DSC03351

Hmm … rasakan…
Memeras otak…. tak tau nak makan apa?…..

 

DSC03352

Hajat nak simpan perut untuk makan dijamuan…
Apa kan daya…, iman tak cukup kuat..Hehehe..

Sampai di immigration,
passport ma pulak buat hal….
Tak teringat rupanya expired tak sampai 2 bulan pun lagi
Kalau mengikut undang2 immigration 6 bulan sebelum expired
passport tu dah tak boleh digunakan lagi…
Maka apa yang terjadi?
Lama jugaklah nak settle di kiost immigration tu, sementara menunggu
orang datang membawa ma ke pejabat.
~Hahaha… merasa jugak pakai eskot~

Sampai di pejabat… dia bagi ma lepas masuk sehari aje..
Puas memohon simpati,
~sampaikan siap bagitau nak tengok kawan sakit hapa semualah
barulah dia bagi ma 3 hari….~
Tapi berkali2 dia mengingatkan….
but….. You DON’T OVER STAY, hahh…!?

Iyeeeeeleeeee!!! Keh3….

 

DSC03354

Akhirnya dah dekat pukul 4 ptg  barulah ma sampai.
Pengantin dah lepas bersanding.
Dah tukar dress untuk potong kek.

Esah bising sebab dah lama menunggu.
Kau janji pukul 11, baru sekarang kau sampai?… katanya.
Kau tak ingat ke, Sah…. Hari ni kan April Fool….?! 
Engkau baru kena sikit aje
Aku dah kena dari pagi tadi lagi…..!
Hahaha…

8 comments:

Acik Erna said...

assalam ma..nasib baik sampai jugak kerumah pengantin..he he

wida said...

mujur smpai jugak ke rumah pengantin tu kan...
dpt mkn nasi pengantin..hihihi

Anonymous said...

Salam Ma,

Alhamdulillah walaupun ada halangan melanda, akhirnya berjaya juga mengatasinya.

Ma, akak minta maaf lama tak bertandang ke blog ma ni, bukan apa, senarai kawan blogger akak tiba-tiba hilang, jadi terpaksa akan buat semula satu persatu. Mana yang terjumpa di blog kawan2 lain, akan dapatlah masukkan balik dalam blog list akak.

Ni pun akak jumpa balik nama Ma ni di blog MP.

Dee said...

hahaha..ada je halangan ye maa...terus ma kaitkan ngan april fool..xpe ma...xde benda2 ni semua tak meriah hidup kita..

GREENJADE said...

hehe sian ma..byk benor halangan nye..tp at least mission accomplish walopon lmbat ka ma..hehehe

Zaitun said...

Banyaknya halangan tapi ma sampai juga walaupun pengantin dah tukar baju,janji dapat tengok kihkihkih....April fool punya pasal.

Kamariah Awang said...

Kunang-kunang: Tak apalah,kak... Ma pun biasa jadi gitu, nak klik disini terklik disini, tiba2 hilang. Alhamdulillah kita dapat kembali semula...

rasp said...

banyak betul rintangan Ma nak sampai ke majlis tu ya...
pengalaman tu....
dapat gak jadi bahan kat blog nie hehehehehe