Friday, February 3, 2012

APA YANG KAU BUAT TU AGHEEH???

BAGI sesiapa yang pernah membaca n3 ma tentang seorang lelaki
yang menjadikan rumah ma ‘istana hinggapnya’ sejak beberapa tahun
dulu… tentu masih ingat akan nama Agheh ni…

Nama sebenarnya Haris, mungkin.
Tapi bila pekena loghat orang Terengganu…  huruf R itu sudah tukar kepada huruf GHEN
.

Apa2 pun bagi sesiapa yang tidak kenal langsung, jika ingin berkenalan atau
‘ingin berpacaran’ sila imbas DISINI dan DISINI.

Baru2 ni… ma ternampak kelibat si Agheh ni meniti diluar pagar ma.
Nampak agak uzur… dahlah jalan terhuyung hayang, maju mundur
mulutnya tak lepas dari berbunyi ‘aaaaargh…. aaaaargh’ macam orang
menahan sakit.

Sampai aje didepan pintu pagar dia berhenti..
Dalam hati ma ni… tah apa lagi yang nak dibuatnya.
Beberapa bulan dulu, dahlah diselongkar barang2 didalam stor belakang rumah ma
Habis segala parang, tukul, gergaji yang disimpan, dikeluarkan, dilonggok ikut suka dia.
Terpaksalah ma memujuk lembut.
Dah lama tak romantik, bab dengan Argeh pulak terpaksa berlakun romantik, apalah nasib!

‘Kalau Encik Aziz ada… dah tentu dia tak suka awak buat gini…. Gi balik eeeh…’
Dia lembut kalau guna nama Encik Aziz….

Kali ni ma nampak dia singgah dekat paip air.
Hah, sudah…. dia nak mandilah tu…!

Ma cepat2 masuk ke dalam dapur bila nampak dia duduk dan mula buka baju dan kainnya,
tak sanggup nak tengok adegan seterus.

Keh3…. tapi sempat menghulur hp cap ayam ma keluar pintu.
Nak jadikan  buktilah….! Nanti kata ma berbohong pulak… Kaaaan?

 

DSC03130

AKSI TERLARANG!
~Tolong jangan besarkan imej ini!~

 

DSC03132

 

 

 

 

 

 

Terpaksa guna khidmat Zikri…..
’Gheh…, pakai baju tuuuu… Orang tengok, malu…’

Komen Zikri….. ~Nenek…, Tak padan dengan orang…
Orangnya halus aje…. tapi mandi, habis basah sebuah laman.~

Hahaha…..

~Abang tau tak…, tadi Jalan Pasir Panjang jem.  Bila Agheh mandi, jalan lengang.
Semua orang takut nak jalan….! ~ kikiki…..

 

DSC03150

Dah 3 hari baju dia ditinggalkan buat kenangan…
Pagi tadi dia lalu lagi kat rumah ma…,
kali ni dia pakai baju merah lebel Kolej Komuniti…

2 comments:

Al-Manar said...

Salaam. Tak tahu macam mana Pakcik terbuka blog ini. Nampak blog Orang Terengganu! Orang negeri kita. Jadi singgahlah beri salaam.

Tengok tengok gambar sini. Agaknya dikawasan Pasir Panjang.

Kamariah Awang said...

Al-Manar : W'slm. Yer.., Memang di kawasan Pasir Panjang. Agak2 kalau berjumpa.... kenal, kot.