ASSALAMUALAIKUM!
Rasanya lama benar ma membeku tak update entri baru
Gitulah kekangan masa….
Apapun….
ma tetap menjengah ke laman kalian bila ada sedikit peluang terluang.
12.12.2011…..
Hari ni ma ada banyak nak cerita
Cerita yang bertindih2 berlapis2
Tapi biarlah ma ceritakan tentang kesempatan yang tak diduga
Bila ma keluar tengahari semalam
Kena pulak masanya dengan keberangkatan balik DYMM Tuanku Sultan Terengganu-
Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong
dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke 13.
Ma pun tak lepas peluang snap beberapa pic
yang mana sempat….
Banner ni ada dimerata2 sekitar bandar Kuala Terengganu,
dan di sepanjang2 jalanraya….
Ramainya rakyat beratur sepanjang2 jalan, terdiri dari kanak2 sekolah dan
kakitangan kerajaan yang keluar berpusu2 dari pejabat masing2 bermula dari
Lapangan Terbang Sultan Mahmud sehingga ke Istana Badariah.
Pemandangan dari laluan Jambatan Sultan Mahmud
bersebelahan Mydin Mall…
Dari tingkap belakang kereta resmi yang terbuka itu
kelihatan Baginda Permaisuri duduk disebelah kanan Tuanku,
melambai2kan tangannya….
Selamat kembali ke Terengganu Darul Iman, Tuanku Sultan Mizan,
Sultan yang dikasihi rakyat.
6 comments:
wah..ma pon berarak sama ker?semangatnya..
selamat kembali tuanku:)
Zikri kan tu MA...
dah besar ek dia...
hensem :)
selamat kembali ke Terengganu, Tuanku....
tertunggu2 gak foto ma berarak tp tak nmpak pong...hehehe
welcome back home sweet home Tuanku
WIDA : Sebenarnya ma nak ke Mydin, tapi bila dengar siren polis tu, cantik aje ma park kereta ketepi.. Hehehe...
Rasp : Iyer tu... Zikrilah, jadi eskod ma kemana ajer.... Dah besar.., akalan dia pun besar, Rasp. Hehe...
GreenJade: Hehe... manelah ma nak berarak,Tini... Tak ada orang nak pelawa pong!
Post a Comment