SABTU @ 17.12.2011
PAKK Pasir Panjang dibawah naungan Jabatan Kebajikan Masyarakat K.Trg
dengan kerjasama JKKK mengadakan Program
MAJLIS BERKHATAN BERAMAI-RAMAI.
Seramai 17 peserta terdiri dari kanak2 berusia dari 7-12 tahun menyertainya.
Majlis bermula seawal 7.30 pagi
Berkumpul di Sekolah Rendah Kebangsaan Pasir Panjang
dan dibawa berarak sehingga ke Rumah PAKK kira2 100 meter jaraknya.
Barisan AJK Wanita…
Barisan 17 orang anak2 yang bersiap sedia untuk dikhatankan
disebuah klinik kerajaan sekitar jam 10 pagi nanti….
Iman Mesjid Raja Bukit Besar Ustaz Zaki membacakan doa…..
Ustaz Shamsuddin Ibrahim selaku Pengerusi PAKK Pasir Panjang
memulakan majlis dengan ucapan alu2an…
Mewakili Pengarah En. Zuhaimi…. Encik Ayub
Timbalan Pengarah JKM K.Trg turut memberi ucapan…..
Dan majlis diresmikan oleh Datuk Wan Ahmad Farid.
Upacara menyuapkan nasi kunyit kepada peserta2.
Bersiap sedia untuk apa?
Dengan bantuan pasukan BOMBA dan PENYELAMAT,
Datuk W.A.Farid memulakan semburan….
Hahaha… akibat laju sangat… jadi tersasar,
sampaikan orang2 tak berkenaan pun terpercik sama!
Kononnya dengan semburan air ini akan menghilangkan gementar…
Betul ke?
Bagi sesiapa yang berpengalaman, sila jelaskan….! Hehe…..
Ma membayangkan budak2 ni akan melompat2 keriangan bermain pancutan air…
tapi sebaliknya mereka berkumpul setempat macam kesejukan sangat.
Malah ada jugak yang dari awal2 lagi dah menjauhkan diri.
Apa2 ajelah, ujang…..
Majlis yang meriah ni selesai jam 9.30 pagi.
Upacara berkhatan dilakukan oleh Pegawai Perubatan
di Klinik Hiliran, Kuala Terengganu bermula pukul 10.00 pagi.
Semoga anak2 kita ni cepat besar dan menjadi orang dewasa setelah berkhatan yer….
2 comments:
ramainya budak masuk jawi...
Meriahnya majlis tu...tapi tgk muka kanak2 tu tak berapa bak senyummm...agaknya takut....
Post a Comment