11.11.11
Ada sesiapa yang sempat mencipta sejarah semalam?
Maklumlah nombor cantik, dah tentu menjadi idaman….
Seingat ma tarikh yang unik begini mula mendapat perhatian
pada tahun 1988… iaitu 8.8.88.
Biasanya orang2 Cinalah yang percaya sangat pada nombor 8
yang dikatakan ada ‘ong’ tu…..
Ramai yang memilih untuk berkahwin pada tarikh tersebut.
Dan tak kurang jugak yang memulakan perniagaan.
11 tahun kemudian iaitu pada 9.9.99, pun menjadi rebutan jugak.
Dan sejak masuk tahun 2000 nombor yang cantik itu akan
berulang setiap 13 bulan sekali….
01.01.01, 02.02.02…. sehinggalah 11.11.11.
Tahun depan, dah tentulah 12.12.12 menjadi idaman….
Tapi selepas 2012… ?
Mungkin kalau ada bulan 13, bulan 14…, (selepas Disember)
tak sudah2lah jawabnya….. Hehe….
Memang ramai yang berkahwin atau bernikah semalam…
Termasuklah pasangan pemilik kad jemputan yang unik ini…
Ma jakun sikit…
pertama kali dapat kad macam niii…..
Cantik… macam passport betul….
Siap dicop macam2 tarikh…. Hehe….
dari majlis pertunangan, pernikahan. majlis persandingan sebelah perempuan,
dan majlis sambut menantu.
2005 tu, perkenalan dan percintaan mereka dari UiTM, Dungun….
Dimuka tengahnya barulah walimatul urusnya….
Dan dimuka belakangnya, macam biasalah, pelan lokasi…
Canggihlah…
Pengantin jangan terpakai passport ni untuk pi honeymoon keluar negara yer….
Naye nanti kena bawak balik beg semula kerumah…. Hehehe…
Pasangan sama cantik sama padan….
Nana dan Pian……
SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA:
WAN NORHAINA BT WAN AB RAZAK
dan
MOHD SUPIAN BIN MUSTAPA
Semoga kekal berpanjangan ke akhir hayat
dan
dikurniakan zuriat2 yang soleh, Amiiiin…
12 comments:
Ma..memang cantik kad tu...saya pun tak pernah tengok....
Selamat pengantin Baru kpada kedua mempelai...semoga bahagia hngga ke akhirnya...
mmg unik kad nye tu Ma...
sekali pandang memang ingatkan passport....
Selamat Pengantin Baru utk mereka berdua...
mmg lain dr yg lain..
cantiknya pengantin:)
Unik kad kahwinnya,saya pun belum pernah tengok.
Selamat pengantin baru buat kedua mempelai semoga kekal selamanya.
wah uniknya kad kawin dorang tuh..warga imigresen ke ma?..gud idea la...n semoga berbahagia kpd ma juga pada pasangan pengantin tersebut .
*tq ma, selalu singgah sini.
uniknya kad jemptan kahwin,bukan Ma seorang yang jakun... Amie pun baru pertama kali nampak, kreatif betullah orang muda zaman sekarang ni ye Ma...
Salam Kamriah,
Uniknya kad jemputan tu,pertama kali Kak Ros tengok....pasangan sama padan sama cantik,selamat pengantin baru,semoga kekal hingga keakhir hayat...
Kad jemputan unik, satu kelainan. Harap yang menerimanya simpan sebagai kenangan.
mama....
Allahuakbar..nak tanya mama kenal ye dgn pasangan ni? anak buah mama ke?
sbb kedua2 mempelai ni kenalan saya mama...sama2 tmpt keje...tapi sekarang dorang dah keje tempat lain la...baru lagi...
Alhamdulillah...Terima kasih kepada semua yang respond...
@MulutPayau
@Rasp
@Wida
@Zaiton
@PCL
@Amie
@Ros
@Hjh Noralenna Abbas
Ma sayang semua.... kerana sudi melayan...
@Wahida... Sebenarnya, ma tak kenalpun pasangan tu.. Bukan sedara atau kenalan pun... ma dijemput kawan atas kawan aje, tapi ma tak kesah, orang jemput kita pergilah ye tak? Tapi ma sempat berjumpa dan mengucap tahniah pada pasangan tsb.
Baik dan ramah jugak pasangan berdua tuu. Kalau Wahida nak berhubung kembali dengan mereka tu, bagitaulah, nanti ma sampaikan, k...
menarik betullah ma..
masyaAllah..saya baru terjumpe post ni..saya la pengantin dalam gambar tu..terima kasih kepada ucapan².. kad ni adalah rekaan suami saya sendiri..ada jugak yg tempah utk majlis perkahwinan dorang..thanks kerana sudi hadir ke majlis kami :)
Post a Comment