Tuesday, January 26, 2010

PEMINTA SEDEKAH

DSC00835

Beginilah pemandangan laluan ma dari hotel ke Mesjidil Haram. (Ma snap gambar ni sebelum subuh). Boleh dikatakan disetengah-setengah tempat kelihatan ramai peminta sedekah, seolah-olah mereka berpakat untuk duduk berkelumpuk. Mereka akan beratur ditengah-tengah jalan, macam devider jalan.

Apa yang ma nampak, walaupun ramai peminta sedekah, tapi tidak ramai yang menghulurkan sedekah mereka. Tabiat peminta sedekah ini pulak, kalau ada seorang yang memberi, dia akan mengerumuni orang itu sampai payah nak melepaskan diri. Apatah lagi kalau yang bersedekah itu baru nak mengeluarkan duit dari begnya... Kadang-kadang sampai mengundang kemarahan orang!

Masa baru-baru ma sampai perasaan ma agak tersentuh juga. Ada dikalangan mereka bukan saja meminta dengan menadah kedua tangan. Tapi ramai diantara mereka terutamanya kanak-kanak menggunakan kantung atau beg yang disangkutkan dileher mereka kerana kedua-dua belah tangan mereka kodong!

Kecacatan mereka membuat ma terfikir, ini mungkin perbuatan sindiket. Sebab bukan seorang dua malah boleh dikatakan lebih ramai yang kudung dari yang sempurna.

Perhati punya perhati, rupanya TIPAH TERTIPU! Ada diantaranya mengeluarkan siku pada lengan baju mereka dengan memautkan tangannya kebelakang tengkuk. Memang nampak teballah dibelakang tengkuk mereka! Bayangkan berapa punya seksa selama mereka duduk dijalan dengan tangannya sentiasa ditengkuk untuk menampakkan mereka kodong ?

Seorang jemaah perempuan telah menarik keluar tangan budak perempuan yang disembunyikannya ditengkuk. Budak perempuan itu dengan marahnya telah memukul tangan perempuan tersebut dengan seliper beberapa kali, sampailah ibunya datang dan memarahi jemaah itu...

Hahaha.........Kelakar kan?!

DSC00875 DI MINA. Perjalanan untuk melontar jamrah.

Dibangunan inilah terletaknya ketiga-tiga jamrah tersebut.


DSC00870 Tiang-tiang yang disebelah kiri itulah terletaknya ketiga-tiga jamrah.


KETIKA di Mina, tidak kurang juga ramainya peminta-peminta sedekah. Rupa mereka pun nampak lebih kurang sama aje… Orang-orang yang sama kot…?


No comments: