Friday, August 3, 2012

DOA DARI PANTAI TIMUR

SEJAK akhir2 ni, kami sering bertemu dan berhubung dilaman fb.
Sahabat baik ma KLIK DISINI sentiasa menaikkan status terkininya
sehinggalah ke status terakhirnya  pada 20hb Julai yang lepas….

Zaiton Omar

July 20 at 6:12am near Woodlands New Town, Singapore ·

  • Salam utk semua kenalan FB . Kumohon kemaafan jika
    Ada terkasar bahasa Dan menyinggung perasaan.
    Maaf kupinta. Segala kesilapan memang sukar dikikis dihati,
    sebagai insan biasa Kutak dpt me gelak.
    Kususun 10 jari mohon maaf. Maafkan daku Dan aku juga
    memaafkan kalian. Salam Ramadhan dari Ku. Amin!

 

Setiap hari ma membuka fb dan menanti apa perkembangan dirinya
tapi dia menyepi….

Semalam ma mencari lagi,  tapi inilah yang ma temui
dari sahabat baik kami Rashidah Hj Ishak…
Walaupun info itu tidak ditujukan khusus untuk ma
tapi sekurang2nya ma ketahui keadaan diri sahabat ma itu.

 

  • Rashidah Hj Ishak Assalam jamal, just to infrm u yg
    sahabat yg kita kasehi eton omar, kini sdg dlm critical di kk hospital.
    Marilah kita sama2 doakan agar penderitaan sakit nya akan
    berkurangan lebih2 lagi di bulan yg mulia ini ya jamal.

    16 hours ago via mobile · Like

  • Kamariah AwangRashidah Hj Ishak.. setiap hari Kama buka fb semata2
    kerana nak melihat ststus terkini sahabat kita Eton. Hati sedikit khuatir
    dan timbul syak, apakah Eton dalam keadaan baik atau bagaimana,
    apabila dia tidak lagi menaikkan ststus terbarunya.
    Terima kasih kerana info. Semoga dia direngankan Allah akan
    penderitaannya... Amiiin..

    15 hours ago · Like · 1

 

Sesungguhnya walaupun ma jauh, tapi hati ma sentiasa dekat dengan
sahabat2 lama yang ma tinggalkan….
Sentiasa menjaga hati dan perasaan dan memelihara
silaturrahim dengan tiada prasangka antara kami….

Mohon doa kalian…..

Sesungguhnya Allah sahajalah yang Maha Mengetahui akan rahsia sebenarnya.
Jika ditakdirkan penyakitnya boleh disembuhkan, Kau ringankanlah
dan ansur2kanlah kesembuhannya….
Namun jika sebaliknya, Kau permudahkanlah segalanya, Ya Allah….

3 comments:

Zaitun said...

InsyaAllah kita sama2 mendoakan agar kawan ma disembuhkan dan dipermudahkan,amin.

MulutPayau said...

semoga kawan ma cepat sembuh dan dipermudahkan segalanya.....Amin..

L said...

smeoga sahabat ma kembali sehat.. dengan berkat bulan ramadhan perkenankanlah doa kami ya allah..amin....