Sunday, August 26, 2012

SALAM AIDILFITRI

KALAU ada jarum yang patah
Jangan disimpan didalam peti
Kalau ada khilaf dan salah
Jangan disimpan didalam hati…

Teringat pantun lama….
Pantun inilah yang ma smskan kepada kawan2.
Tak pandailah nak bermadah2
Okey jugaklah kan? Hmmm… Smile

Harini dah masuk raya enam
Maaflah ~langgar kebiasaan ~
barulah dapat bagi SALAM  AIDILFITRI…..  
MAAF ZAHIR BATIN yer….!

Raya tahun ni ma blur betul
Dah semput2 masa  pun ma tak tau nak beraya dimana
Anak2 lelaki beraya di kampung isteri masing2…
SD pulak tak mungkin balik ke K.Trg sebab baru aje lepas berpantang disini.

Akhirnya……

Santai2 ma keluar rumah petang Khamis 2 hari sebelum raya
Tidur di Paka rumah Ezaq semalaman
Lepas tu terus ke Sedili rumah abang.
Niat hati nak singgah aje, tapi
kena paksa beraya pulak dirumahnya…

 

~Bersama abang Mat dan keluarganya~

 

Selepas solat barulah ma ke JB beraya dirumah anak saudara ma
si Fadil dan Ella…..

 

~Fadil (berdiri dibelakang) dan Ella (duduk dikiri)… thema merah…~

Plan nak masuk ke Singapura tertunda
akibat takut jem di Tambak Johor, dengarnya sampai 3 jam.

 

 

Tengok tu….
Enjoy giler , kata budak2 sekarang… Hihi….
Gambar ni  diambil hampir pukul 11 malam…

 

Sorri yerr….
Kul 11.30 malam ma senyap2 naik, kerana tak tahan mata
Khabarnya ada antara mereka2 tu balik kul 3 pagi…..?!

Hahaha…… Kesiaaan tuan rumah, sabooor ajelaah…
Jangan marah… kalau marah kena jual!…

4 comments:

MulutPayau said...

Salam Aidilfitri ma, maaf zahir dan batin...

attyfir said...

selamat hariraya ma

wida said...

selamat hr raya ma..
jemput ke rumah

GREENJADE said...

Salam AidilFitri ma..wah meriah n happenign gitu..very de colorful..heheh