Thursday, August 2, 2012

TADARUS BERSAMA TAHFIZ

SEMALAM 12 Ramadhan 1433H bersamaan 1hb Ogos 2012
Ma terima jemputan dari Yayasan Pembangunan Keluarga, K.Trg
untuk Majlis Tadarus dan Berbuka Puasa
di Kediaman Resmi Menteri Besar Terengganu.

Bagaikan pucuk dicita ulam mendatang
Ma tidak melepaskan peluang walaupun ma sendirian.
~Biasa2nya ma akan ikhtiarkan mencari seorang teman~
Tapi Alhamdulillah, jumpa jugak kenalan2 dari daerah lain yang hadir.

 

DSC03555

~Kediaman MB terletak di Batu Buruk
berhadapan dengan Taman Rekreasi~
 

 

DSC03570

~Didewan inilah majlis tadarus berlangsung~

 

DSC03563

~Seramai lebih 60 peserta.
Kehadhiran kami dihadiahkan dengan sebuah beg
yang berisi Al-Quran setiap seorang.~

 

DSC03564

~Teruja sangat2 bila diberitahu, pasangan bacaan kami
setiap seorang
adalah pelajar2 tahfiz dari Sekolah Imtiaz Manir.
Imtiaz adalah sekolah tahfiz al-Quran Kerajaan Terengganu
yang isian pembelajaranya
seperti sekolah2 biasa tapi kelebihannya
kepada menghafaz al-Quran.
Apapun, mereka2 ini adalah dari kalangan pelajar2
cemerlang, tentunya….~

 

DSC03561

~Hafizullah… namanya pun dah macam menempah syurga.. Hihi…
Berusia 16 tahun dalam tingkatan 4.
Tamat menghafaz al-Quran dalam masa 3 tahun.
Makanan harian wajibnya seperti kismis dan susu
dan pantang samasekali memakan makanan dalaman
seperti hati, jantung dsb.
Dan pesannya elakkan sama sekali
makanan atau minuman yang sudah dicemari semut.~

 

DSC03566

~Hihi… ma menunggunya dipintu keluar
untuk bergambar kenangan..~

 

DSC03577

~Tidak mengharap apa2 ganjaran dunia sebenarnya…
Tapi inilah kenangan yang ma bawa balik.
Senaskhah Al-Quran dan surah Yasin…
Yang dalam beg biru tu kurma dan air zamzam dan duit RM20.
Alhamdulillah…..~


DSC03571

~Majlis selesai selepas selamat berbuka.~

2 comments:

wida said...

alhamdulillah..bestnya ma.
hrp2 waiz besar nnti leh jd hahfiz cam tu

Kamariah Awang said...

Wida : Insya Allah, Wida.Pasport ke syurga tu...