Friday, August 31, 2012

BUAH JELUJU DITAPAK TANGAN

 

Photo: Sedikit perkongsian.<br />BUAH JELUJU ni blh mgubati penykit barah. Insya Allah.<br />POKOK BUAH JELUJU bnyk tdpt di tepi sungai.<br />Sape2 ad pnykit brah blh la mncubenye.

 

WALAUPUN raya tahun ni ma rasakan meriah sangat2
tapi ada jugak beberapa berita sedih yang singgah disisi ma.

Kalian tentu ingat lagi n3 ma tentang sahabat baik ma di Singapura
Zaiton Omar yang menderita sakit cancer?
Beliau telah kembali ke rahmatullah sehari sebelum raya
iaitu pada 18hb Ogos 2012 bersamaan 29hb Ramadhan 1433H
dan telah dikebumikan selepas asar…..

Innalillahi waina ilaihi raajiuuun..
Alfatihah buat allahyarhammah Zaiton Omar…

Pada sehari sebelum kita menyambut raya
sepertimana yang ma ceritakan dalam n3 lepas
Abang Mat telah mempelawa ma beraya dirumahnya
di Sedili Besar, Kota Tinggi,Johor.

Ini adalah peluang untuk ma mencari sendiri buah jeluju
yang ma pernah janjikan pada sahabat baik ma itu.

~Dikatakan buah jeluju boleh jadi penawar kepada penyakit barah.
Ma pernah berjanji pada arwah, minta tolong keluarga hantarkan buah jeluju
ke rumah arwah  jika kebetulan ada sesiapa yang ke Sedili Besar.
Tapi kerana hampir bulan puasa, tak ada sesiapa yang pergi mari ketika itu.~

Ketika petang selepas asar itulah
ma keluar dengan kereta mencari buah jeluju itu bersama Abang Mat.

Boleh tahan jauhnya…
Abang ada bersungut, kalau tak kerana hujan, senang aja…
dia boleh pergi sendiri dengan motor…
tapi kerana dengan kereta perjalanan jadi jauh, katanya.
Lebih lagi jalan pulak dalam kawasan kelapa sawit,
jalan sempit kalau bertembung dengan kereta lain.

Ma tak kesah, tapi kenapa sampai sesat berkali2 asyik terlajak aje?
hehe…

Alhamdulilllah…
Betullah kata abang, pokok jeluju ni tumbuhnya ditepi2 sungai…
Nama tempat ni Semayong….


~Bila nampak anak sungai, ternampaklah pokoknya.
Daunnya cantik berbucu2 tajam.~

Agak lama mencari tak ternampak buahnya…
ada yang baru berbunga..
Sibbik tajam mata Mira…
ternampak buah yang sedang tersembunyi sebiji dua…

Kemudian barulah kami ternampak lagi
Abang turun ke bawah jambatan untuk memetik agar ma boleh bawak
balik lebih banyak lagi….

Buah jeluju ditapak tangan…
Kita merancang Allah menentukan…

Belum pun ma sempat duduk selesa ketika sampai di JB
Kak Peah menyampaikan berita sedih itu…
Ma terkedu dan sebak seketika….

Apapun ma, Mira dan Yana sempat merasa buahnya
Pesan abang, kena kunyah jangan terus ditelan.
Tapi…  Smile  ma cepat2 telan, kerana tak tahan dengan maungnya.

~Sedikit info:-~

Buah jeluju ni sudah terbukti apabila mak saudara sepupu ma
yang disahkan pegawai perubatan mengidap barah.
Tapi bila dia mengamalkan makan buah jeluju ni secara berterusan
barahnya tidak dikesan lagi…~

Sesungguhnya, jika Allah mengizin kan semuanya tidak mustahil berlaku…

6 comments:

MulutPayau said...

Al-Fatihah utk arwah....

Pertama kali saya dgr tentang buah jeluju....

Zaitun said...

Al-Fatihah...dan takziah buat keluarga arwah.


Saya tak pernah tahu dan tengok buah jeluju ini.

Kamariah Awang said...

Mulut Payau: Ma pun pertama kali kenal buah jeluju ni...

Zaitun : Zai, beberapa kali nak bagi komen pada n3 Zai, tapi kenapa tak boleh? Tah apa silapnya... Apapun Selamat Hari Raya, maaf zahir bathin.

attyfir said...

al fatihah utk arwah kwn ma.
Baru tau mengenai buah jeluju,tq ma share inf0

wida said...

al-fatihah
setiap penyakit tu ada penawarnya kan..

Dee said...

pertama kali dee dgr buah jeluju ni..nak tgk picnya kena balik rumah tengok..sbb kt opis ni tak kuar lak gambar2nya..

al-fatihah utk sahabat ma..