Wednesday, March 28, 2012

TEKUN NASIONAL DAH JADI USAHAWAN?

TABUNG EKONOMI KUMPULAN USAHA NIAGA (TEKUN).

MA tak pasti nak ucap tahniah ke atau apa pada TEKUN NASIONAL ni
Biasanya kalau ada kawan2 kita nak jadi usahawan, kita ucaplah tahniah
atau mendoakan kejayaan mereka.
Tapi… kalau TEKUN NASIONAL nak jadi usahawan
dah tentulah kita sebagai usahawan IKS ni, makan hati.

MA pernah membuat pinjaman beberapa tahun dulu sebanyak RM6k pada TN
Bayar balik 6k jugak dalam masa 2 tahun sepertimana perjanjian,
satu sen pun tak ada faedah yang diambil dari kita.

Tapi lain pulak halnya yang terjadi sekarang ni.
Nampaknya TN dah mula nak berniaga dengan usahawan
Faedah sebanyak 4%  diambil macam pinjaman bank.
Alasannya kerana pinjaman yang diberi pada usahawan tak dibayar balik sepenuhnya.

~Macamana dengan usahawan yang menjelaskan bayaran balik
tepat pada masanya, tak ponteng, dan beres?~

BARU2 ni ma ditawarkan pinjaman lanjutan
tapi tawaran yang diberikan pada ma nampak tak munasabah
dengan apa yang ma mohon.
Kalau modal tak mencukupi, bimbang perancangan perniagaan tak menjadi
Duit pinjaman, tetap kena bayar balik jugak, tak gitu?

Pinjaman yang nak ditawarkan pada ma sebanyak RM8k
bayaran balik dalam masa 48 bulan (4 tahun),
sebanyak RM227 setiap bulan.

Ini bermakna jumlah keseluruhan bayaran balik ialah RM10,896.
Bila ma tanya pihak pengurusan, dia kata bayaran tu termasuk
sebahagian dari simpanan.
Dan  simpanan tersebut akan dikembalikan pada peminjam.
Caj pinjaman (faedah) yang sebenar adalah sebanyak RM1280 sahaja.
~Sahaja ke?~

Ramai yang menerima tawaran tersebut tanpa berkira mungkin.

Cuba kita bandingkan pinjaman TN dengan pinjaman JADI (Jaya Diri dari YPK, T’ganu)
RM10k, cuma ditarik sebanyak RM500 sahaja sebagai caj perkhidmatan.
Tempoh bayaran balik 60 bulan.
Bulanan RM167x59 + 147x1 = RM10,000

Yang mana satu lebih bersifat MEMBANTU USAHAWAN kecil macam ma ni?

6 comments:

wida said...

dah main faedah mcm bank ni..susah lah yer ma

GREENJADE said...

hmmm indirect manipulasi yg mungkin usahawan kecil tak perasan & tak ambil kira kan ma..byk tu interest dia..

mmg unfair to those yg tak pernah pending payment or yg clean record.

Kamariah Awang said...

Wida : Bagi orang yang takut berhutang macam ma ni, rasanya lebih baik tolak dari dapat pinjaman yang tak tau tengah tepinya....

GreenJade : Betul tu, Tini... Takkan kerana ramai orang tak jelaskan bayaran, yang clean record pulak kena tempiasnya... Hehehe...

lily lotus said...

memang kena really think wisely pasal bab2 pinjaman ni, banyak sangat udang disebalik batu mereka...

Ros said...

Salam Kamariah,

laaa....pasai apa pulak depa buat lagu tu....dah elok2 dah pi tukar nak jadi usahawan pulak...

Tu la kan sesetengah peminjam ni...orang dah bagi pinjanm elok2 depa tak mau bayar bagi elok...dah jadi macam ni semua peminjam akan susah kan kamarih.....

MulutPayau said...

Assalamulaikum ma...

Faedah tnggi jugak ya.....sian pada orng yg punya rekod bersih....