Sunday, March 4, 2012

PERTANDINGAN MENAIP LAJU

28 FEBRUARI 2012

BESTARI.COM @ BESCOM buat program di DUN Ladang
Beriya2 Mira minta ma masuk serta
Ma tak ada hal sebenarnya
Sekadar suka2 apalah salahnya
Lagipun cuma duduk dimeja komputer, bukan susah sangat pun
Lainlah kalau nak suruh ma berlari… tak maulah, semput nanti!

Antara acaranya ialah Mencari Berita, Membuat Logo…..
~itu semua orang2 muda, bolehlah….~
Bagi ma yang tak pernah ke kelas komputer ni,
dah tentulah ma memilih yang paling mudah, iaitu
Pertandingan Mencari Resepi dan Pertandingan Menaip Laju.

Pertandingan Mencari Resepi…
ma cuma dapat save 3 resepi aje, maklumlah belum cekap lagi….
Sebelum Mira pergi kerja pagi tu… dia ada mesej
ajar sikit2 lebih kurang nak buat macamana…
Ma cuma dapat hadiah saguhati aje….
Kira okeylah tuuu…. ‘Aku Redha….’

Pertandingan Menaip Laju pulak ma dapat tempat ketiga….
Hmmm…. laju sangat ke?
Laju sampai terlajak…. Hahaha….

 

~Antara pemenang Menaip Laju dan Mencari Resepi……~

6 comments:

wida said...

lepas ni kalau hari2 duduk depan komputer..mesti makin pandai & cekap ma.

atty's said...

tahniah mama,dpt no 3,kira teror

Kamariah Awang said...

Wida & Atty's :Hahaha.. ma suka2 aje. tak de niat nak bertanding pun, cuma kurang penyertaan dari golongan veteran...

Kamariah Awang said...

Wida & Atty's :Hahaha.. ma suka2 aje. tak de niat nak bertanding pun, cuma kurang penyertaan dari golongan veteran...

MulutPayau said...

tahniah ma....!!!!Lepas ni makin lajulah ma menaip ya....

Amie said...

Assalam Ma,
kira hebat tu walaupun dapat tempat ketiga....tahniah!