Friday, October 28, 2011

KESAH KLIENT KU

 

~Majlis baca Yasin 20hb Oktober 2011 anjuran Wanita UMNO DUN Ladang,
Cawangan Lorong Surau Baru~
 

PAGI 9.9.2011 ma dikejutkan dengan berita kembalinya kerahmatullah
ROSDI B MUHAMMAD.

Berusia 35 tahun,  baru aje mendirikan rumah tangga tak sampai pun
setahun….. dan tidak juga meninggalkan zuriat…

Beliau meninggal secara mengejut ditempat kerjanya kerana komplikasi jantung.

Ketika ma jadi ejen insuren dulu
dia adalah antara klient ma
yang telah menginsurenkan nama bapanya
dan dia sebagai pembayar.

Plan Senior Gold yang diambil untuk ayahnya itu
adalah plan khairat kematian
dimana kalau berlaku kematian pada orang yang diinsurenkan
waris atau pembayar akan mendapat pampasan
dan jika kematian itu akibat dari kemalangan
pampasan akan meningkat 5 kali ganda.

Ma telah berjaya memujuknya untuk membeli insuren berkenaan
dengan alasan…. daripada ayahnya meninggal dengan tidak mendapat
apa2, alangkah baiknya kita menginsurenkan beliau….!
JAHILnya ma ketika itu yeeer?
Tak terfikir ke orang muda pun boleh mendahului orang tua?

Ketika mendapat berita kematiannya
ma rasa bersalah sangat
lebih2 lagi ma ketika ni dah diterminate kan kerana tak aktif.

Saja2lah, kerana simpati…
Ma telah pergi ke syarikat insuren tersebut
untuk menyelesaikan kes ni.
Nasib baiklah polisi tu masih boleh diteruskan
dan waris dari kalangan adik beradik yang lain
dibenarkan untuk menyambung pembayarannya.

Kalau tidak makin bergandalah rasa bersalah ma
kerana beliau telah membayar selama lebih kurang 5 tahun
dan tak dapat apa2 pun kerana polisi tu hanyalah
bila berlaku kematian pada ayahnya (orang yang diinsurenkan) …..

DSC02797

~Ibu Rosdi berbaju biru bertudung hitam……~

Baru2 ni…. Khamis 20hb Oktober 2011….
ma mendapatkan sponsor dari Wanita DUN Ladang  untuk mengadakan majlis
baca Yasin dirumahnya….
Ramai jugaklah yang hadir….

Mudah2an rohnya dicucuri rahmad
Al-Fatihah untuk Allahyarham Rosdi Bin Muhammad…..

5 comments:

Acik Erna said...

Alfatihah..dan takziah buat keluarganya.

Zaitun said...

Al-Fatihah buat Rosdi Muhammad.

wida said...

al fatihah
kematian tu mmg x kenal muda atau tua

MulutPayau said...

Al-fatihah utk arwah...semoga rohnya dicucuri rahmat...

Ros said...

Salm ,

Alfatihah untuk arwah dan takziah buat keluarganya.