Tuesday, September 13, 2011

OH YERR… SAYA LUPA TABIAT KRONIKNYA!

RASANYA sampai kehari ni, perasaan ma masih terganggu bila teringatkan CCTV Skodeng tuh.

Kata Zikri, kalau dilihat dari cahaya matahari yang menendang pada CCTV tersebut,
nampaknya macam tak kena sepenuhnya rumah kami.

Kata Mira pulak CCTV tak memantau kedepan, sebaliknya 4 penjuru,
dari tepi – depan dan belakang,
ke bawah dan ke atas.. Keatas? ….Nak skodeng ke langit nak buat apa?

Jujurnya, memang ma tak tau camane fungsi sebenar CCTV ni.
Pelik benar kalau dia tak memantau kedepan, takkanlah pulak yer?!
Yang dihalanya memang mengadapnya kearah rumah kami.

Apa pun… mari nak citer sikit..
Ma terlupa… bukan nak buat ketupat ni…
Jiran ma ni…,
selama dah berpuluh2 tahun duduk berjiran dengannya banyak sabor ajee kita ni…!
Memang ada tabiat mengintai yang kronik….
KRONIK, tau…!

Kalau ada sesiapa yang datang ke rumah ma,
baik dari Singapura, Johor, KL, malah yang sedekat Losong pun…
akan perasan tabiat KRONIK jiran ma..
Semua mereka tu perasaan, ada mata yang mengintai kedatangan mereka
melalui tingkap2 nako rumahnya.

Yang paling teruk dan agak mengecikkan hati ma pernah terjadi
Budak2 perempuan yang menyewa bilik belakang rumah ma….
Diceritakan pada ma pernah membawa kawan lelakinya masuk ke bilik!
Ma memang tak tau sungguh tuu, tah betul tah tidak…!?
Dan masa nak keluar berpindah ke lain pun, dia yang lebih tau dulu, sebelum ma.
Ramah, kan?

JADI, selepas kejadian BESAR hari tu,
dia dah tak bukak2 tingkap lagi….
Ma tak tau apa salahnya kalau dia bukak tingkap2 rumahnya…
Buat macam biasa, takkan orang nak marah pulak….?
Sape yang punya idea sampai dia tak boleh nak buka tingkap rumahnya sendiri?
Tak lemas ke duduk dalam rumah dengan bertutup rapat cam tu?

Oooo, mungkin gelisah, kot…
Kerana gelisah itulah dipasangnya CCTV
dapat skodeng dengan SKOP yang lebih luas!
Itu tanda penyakit KRONIKnya dah tak dapat nak rawat, kan?!

Ada kawan2 yang nakal mengesyorkan kami T- -GGE-G ke arah CCTVnya tu…
Hish! Jangan suruh Che Kamariah buat sensasi yer…! Hahaha…
Jangan main2, nanti di’jual’nya gambar kitorang tu kat fb, baru tau!

Tapi… memang terasa jugak nak ‘test’ CCTVnya tuh,
kalau si Khairina cucu ma buat cam ni, camane agaknya yer?

DSC01765

Pic dipinjam dari entry…
‘Baru 2 tahun, dah dapat P.H.D’
~klik DISINI~

Kalau dia marah…
Time tu kita taulah
Itu maknanya dia nampak semua apa yang kami lakukan!

Aduuuuh… dimanalah privacy kami…
tolonglah bagi ideaaaa…
kitorang nak buat camane niiiii?????

7 comments:

WuMing said...

Sejenis penyakit mental.. Dulu WuMing pernah bergaduh dengan jiran rumah adik..

Dia macam tu laa.. Apa lagi.. WuMing tanya terus.. "Hang usha-usha apa... Dah nak bertumbuk dah... Biasa laa masa tu darah muda...

wida said...

Ntah2 cctv tipu je ma. sbb suami wida pernah gak letak kamera tipu2 kat kedai dia dulu. nak takut2kan org..supaya x mencuri.

tp skrg letak cctv yang betul lah.cam jiran ma letak jugak..bila tgk kat tv, dia fokus kat bawah.tak ada lah fokus ke atas langit..hehe

Zaitun said...

Salam ma...siksanya hidup berjiran dengan orang yang macam tu.Pernah terjadi dengan saya jiran sebelah rumah selalu mengintai bila hubby marahkan anak lelaki. Pada satu hari anak perempuannya buat perkara tak baik terus hilang sampai sekarang dah dekat 3 tahun hilang,terus hilang penyakit mengintainya.

Wahidah said...

isk..tk try tnya ke ma?

Dee said...

alamak..dee pun tak tau nak komen apa..susah kalau dpt jiran yg mcm ni..

Kamariah Awang said...

WuMing: Ma tak laratlah nak bergaduh2... Orang muda, takpe jantung kuat lagi...

WIDA: Petang tadi anak ke3nya yang agak boleh dibawa berbincang ada kol anak sulung ma si Hakim, dia kata.. jangan salah faham, cctv tu tipu aje, beli kat KL harga rm10. Aaai, boleh percaya ke? Kalau harga rm10, sanggup panjat2 tinggi gitu? Lagi pun dia nak tipu sape? Rumah dia pun selamat sejahtera, belum pernah terjadi apa kejadian jenayah atau apa... Entahlah Wida, ma betul2 tak faham..!

ZAITUN: Gitulah selalunya manusia ni, Zai. Kalau kena pada diri sendiri pandai pula sembunyi dalam kelambu, kalau kesah orang dikirai2... Tuhan Maha Mengetahui!

WAHIDA: Ma tak kuasa nak tanya, takut jadi perbalahan mulut.

DEE : Iyelah, Dee. Dulu masa arwah suami ma ada, tak berani pun diorang buat gini,sebab arwah suami ma orang tempatan, dan kalau orang buat apa2 dia pandai bidas balik.

wida said...

dah agak dah ma..mesti tipu je.
ingat nak pasang cctv tu murah ker..
emm x de kerja sungguh jiran ma ni