Friday, September 9, 2011

MACAM2 HAL RUMAH TERBUKA….

APA pandangan kalian tentang rumah terbuka?
Ikhlas ma katakan, pandangan ma tentang rumah terbuka ni
Buatlah jika ada kemampuan
Bukan kemampuan disegi kewangan aje
Tapi disegi tenaga juga…
Jangan jadikan dia sebagai sesuatu yang wajib
Takkan putus hubungan silaturahim kerana tak  buat rumah terbuka….


Pada raya ke3 yang lepas, ma hadir ke rumah Datuk Mohd. Sabri Alwi,
Timbalan Ketua UMNO Bhgn K.Trg
dan Badrol Hisham Zaki, Ketua Pemuda UMNO K.Trg,
merangkap Exco Pemuda M’sia.

Bersebelahan dengan rumah Bad, rumah terbuka Zizan Raja Lawak
Ramai yang berduyun2 kerumah Zizan selepas berkunjung ke rumah Bad
Bad sempat berseloroh, ‘Kak Ma makan kenyang2 rumah saya dulu,
lepas tu pergi bergambar dengan Zizan….’
Waaah… itu macam ka?
Memang MAHARAJA LAWAK!

Akhirnya dirumah Bad pun ma cuma makan tapai pulut aje… dah kenyang sangat
Hadir sekadar ambil hati aje sebenarnya…

SEMASA RAYA 6…
~Jatuhnya pada hariraya ke8.  Kalau di T’ganu ni, raya 6 disambut meriah jugak~
Ma hadir 3 rumah disiangnya.
Yana dan Zikri awal2 lagi dah ke sekolah ~ dikelas masing2 pun sambut raya jugak ~
Ma heret Mira, bersama Che Bunga ke rumah terbuka Pengerusi JKKK
Ramai orang2 kampung yang meraikan,
Pengerusi JKKK…!, sesuailah bagi mengeratkan silaturahim sama sekampung…
Banyak jugaklah ma bermadah helah masa nak bermaafan dengannya …
Maklum… adat orang buka ‘cawangan’ baru…
banyak bendalah yang diusik dan diguraukan.
Minta2 gurauan ma tu taklah disimpan dalam hati….  Hehehe…

Untuk melegakan perut, selepas hantar Mira ke pejabatnya
ma dan Che Bunga pergi pusing2 bandar dulu
pergi bayar bill dan buat kerja apa yang patut.
Dah agak siap kerja, kami balik ke kampung semula
untuk hadir ke rumah terbuka seorang kenalan sekampung.
Dia mula membuat rumah terbuka pada setiap tahun setelah dia buat renovation pada rumahnya.

Nampak besar majlisnya..
Dalam hati terdetik, eh macam rumah terbuka YB pun ada
siap dengan kanopi dan pelayan yang menghidang makanan
Suami dan anak lelakinya pun sama naik macam pelayan jugak.

Ma tak pergi terus ke kanopi hidangan,
sebaliknya terus mencari tuan rumah dulu
Mengucapkan selamat dan saling bermaafan
~kan ke tujuan kita berhari raya ke rumahnya untuk bermaaf2an…?
makan tu agenda kedua…~

Dengan berpakaian raya… tapi rupanya tak sudah2 lagi  dia terperuk didapur...
Memang  nampak mukanya kepenatan benar
Ditambah lagi dengan ‘ucapan alu2annya’
~Suami saya kata, tahun depan tak payah buatlah rumah terbuka lagi.
Penat bukan main…!
~

Sebagai kawan yang dah lama kenal, ma tak terasa ati pun bila dia kata gitu.
Dan ma tak rasa dia tak ikhlas memberi makan dirumah terbukanya tu..
Kami biasa berterus terang, dan menganggap itu adalah isi hatinya secara ikhlas
walaupun  tak kena pada masa .

~Awak biasa buat tiap2 tahun,
yang datang ramai ni pun  tak tunggu awak jemput,
diorang datang sebab tau rumah terbuka awak setiap raya 6.
Kalau tak bagitau awal2, tahun depan mesti diorang datang lagi macam ni..~

~Alah kalau diorang datang tahun depan, biar diorang makan aje kueh2!~

Ma tak berhajat nak memanjangkan cerita…
Ma terus diam.
Menu dia pada hidangannya ialah nasi beriani ayam goreng dan laksa
selain cendol, tapai dan aneka kek.

LEPAS TU, ma pergi ke rumah Mek Nik Pokchik Soh…
Kakak kita  ni, orang susah….
Orang susah… biasalah, mudah terasa ati kalau kita tak pi jengah
Dalam ‘list’ memang namanya dah ada pun untuk dikunjung
Tapi pagi tu, dia hello jugak, takut ma tak sampai dirumahnya.

Walaupun ala2 kadar aje…. tapi nampak betul2 ikhlas
Hidangan dibubuh dalam bekas2 yang kecil2 aje diatur diatas meja
Nasi kunyit, rendang ayam, rendang daging, mee kuning, mee tomyam
semua ada… tapi dalam kadar yang sedikit2…
Nampak releks dan sempat melayan kami yang hadir sorang dua ni….

DISEBELAH MALAM pulak, rumah terbuka Datuk Wan Ahmad Farid,
Ketua UMNO Bhgn K.Trg.
Tapi maaflah… ma awal2 lagi dah surrender….
Tak larat nak merempuh orang
Mana jalan ditutup lagi, dan terpaksa membetis jauh
Hehehe… saya makan roti cecah air kat rumah ajelah, Datuk….

INSYA ALLAH, sebenar lagi ma na ke Merang
Jiran sebelah rumah Che Bunga buat rumah terbuka dikampung kelahirannya

Dan besok, jika diizin Tuhan, ma nak gi terjah ke rumah Wan Kamal Tauke Produa pulak
Tentu ramai jugak yang hadir di rumah Pengerusi Penyelaras DUN Batu Buruk tu…

4 comments:

Mak Izz said...

amboi ma.. banyaknya rumah. setuju sgt kata2 ma buat rumah terbuka ikut kemampuan. kalo sampai mulut dah merungut, alahai...

yg penting kunjung-mengunjung dan saling bermaafan. kuih raya sirap kosong pun ok!

rasp said...

penuh jadual ma dgn aktiviti rumah terbuka ya....
tak yah penat2 masak dah hehehehehe

GREENJADE said...

amboi ma..bederet list dia..itu ler kan ma...mcm2 peel tuan rumah open hse ni..

sy setakat 3 rumah jer boleh pegi...lepas tu nk teburai isi perut...al-maklum 'tangki kancil' aje..hehehe

wida said...

kalau datuk wan farid tau ma x gi rumah terbuka dia mesti terasa hati..hehe

rumah ma bila terbukanya, nak jugak rasa lontong s'pore ma:)