Thursday, September 29, 2011

BERAKHIRNYA SYAWAL

RABU  28 Sept…  DIRUMAH TERBUKA WANITA UMNO BAHAGIAN K.TRG

LEBIH KURANG 7 orang termasuk ma diminta bertugas
sebagai penyambut tetamu pada
jamuan Rumah Terbuka anjuran Wanita Bahagian Kuala Terengganu…..
Bertempat di Rumah Ketua Wanita Bahagian, Puan Hjh. Jannah Zaleha Nik
di Losong Haji Mamat.

 

Layan pic…..

 

Imej0687

Dikehendakki bertudung merah….

 

DSC02717

Ramai yang hadir…. suatu ketika kelihatan sesak

Para tetamu disediakan pelbagai juadah seperti nasi bryiani,
laksa Terengganu dan laksa Penang, nasi kunyit, ketupat rendang
dan banyak lagi yang lain2nya….

~Maaf tak sempat nak snap gambar juadah~
Setelah selesai menghidang, kami dipersilakan makan dulu,
langsung tetamu pun berduyun2 datang.

Jemputan dari jam11.00 pagi – 2.00 petang.

 

DSC02716

… yang hadir dari kalangan sahabat2 kami…..
selain dari penduduk setempat sekitar Kuala Terengganu…

 

Dan pada…..

 

26 SEPT  DIRUMAH TERBUKA JABATAN PENERANGAN
bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman. K. Trg.

Ramai betul, penuh sesak dewan….

 

DSC02708

Menu pun banyak, tak terlarat nak makan……


DSC02712

Sempat bermesra dan bergambar bersama rakan2 Wanita DUN Ladang
bersama Pengerusi Penyelaras DUN Ladang, Datuk Wan Hisham ~ berbaju biru dan
Encik Kamaludin Mat Amin ~ Pegawai Khas JASA~

 

DAN PADA SABTU 24 Sept….

Ma hadir pada 2 Rumah Terbuka.
Kedua2nya mewakili Ibu Tunggal.
Yang pertama Kelab Ibu Tunggal di Jalan Kamarudian….

~maaf terlupa snap gambar~

Belum pun sempat  menurunkan ‘suhu kekenyangan’
ma dan Che Bunga beredar ke Yayasan Pembangunan Keluarga pulak.

Layan pic yer….

 

DSC02699

 

DSC02696

 

DSC02702

 

DSC02703

 

DSC02706

~Boleh tahan… bakat terpendam!
Dengan lagu ‘Dua Insan Bercinta’ nyanyian sumbangan
dari En. Saiful memang tak ‘menyumbangkan’…. Sedaaaap suaranya….
Kena puji ni, sebab En. Saiful pegang bahagian pinjaman perniagaan.
Kot2 manalah tau…. dapat pinjaman RM10k tuuu….!~
 

Sungguh meriah..!
Dengan keluasan tempat, dengan pelbagai juadah masakan panas….
walaupun  ramai yang hadir, tak terasa bosan dan terkepit…

Ma mengambil masa yang agak lama disana
dapat berjumpa kawan2 sambil menikmati juadah
dari nasi minyak, nasi dagang, laksa
rendang, ketupat, lemang, satey,
sampailah ke roti canai, keropok lekor, ice cream, cendol dan tapai.
Semuanya adaaa!

Waaaah, hebat YPK! Tahun depan, jemput kami lagi yeeer!!

 

Nota kaki:
28hb. September 2011 bersamaan 30 Syawal 1432H

Berakhirlah raya yang paling meriah yang pernah ma rasakan
di Terengganu ni…
Sebelum ini, kebiasaannya orang2 Terengganu akan
beraya setakat raya 6 aje, kemudian kembali bekerja seperti biasa.
Tapi tahun ni, memang ma rasakan sangat2 luar biasa,
sebab Majlis Rumah Terbuka diadakan dimerata2….
Okey, ma nak tutup buku dah niiiii….

Tapi, kaaan….. tapi…..

~terima sms dari kawan petang tadi…~

Salam majlis hari raya PAKK Cendering sabtu 1 okt jam 2 ptg hingga 5 ptg
semua ajk dijpt hadir t k

 

!!!!!!!!!Smile with tongue out Smile

6 comments:

wahida said...

mama, laksa terengganu sedap tak? sama ke mcm laksa yg lain?

wida said...

sedapnya ma..kenyang pergi open house jer.

Zaitun said...

Raya sakan...makan dan makan....

Dee said...

merahnya mak ngah..hahaha..tp meriahkan open2 house ni..

Acik Erna said...

kamariah..ingat dah habis..rupanya ada lagi ye..
tak pe makan makan lagi tu..

Kamariah Awang said...

Wahida: Laksa Terengganu berencahkan rempah dan ikan. Memang sedap....

Wida: Makan free, Wida... Hahaha..

Zaitun: Makan dan makan sampai naik badan...! huhu...

Dee : Merah tanda semangat, Dee...

Acik Erna: Apa dikira pada hari... Rezeki depan mata, jangan ditolak. Betul tak? Hahaha...