Wednesday, April 13, 2011

RESQUE 911? DAH 3 KALI DAH…

ENTRY ni sepatutnya tersiar 2 bulan lepas.
Tapi memandangkan perbuatan seseorang yang agak mengecewakan,
jadi ma ‘sunyi sepi’kan sekian lama untuk memujuk hati yang agak sakit ni.
Demi ‘menjaga kesihatan’ jangan sampai melarat sakitnya….

 

 

DSC01878

Tengok apa dah jadi dengan syiling dapur rumah ma ni…

Nak tau tak ceritanya?

Dah berapa lama dah… tak kira siang ke malam, selalu ada bunyi2
kat atas syiling rumah ma…
Macam bunyi sesuatu benda yang menjentik2 berat
Kadang2 di ruang dapur
kadang2 di ruang tengah
kadang2 di bilik tidur.

Maklum rumah tak ramai penghuni
takut jugaklah….
Yang ada ni, kalau terdengar sesuatu akan membuatkan
kami saling pandang memandang,
nak bercakap apa pun tak berani…

 

DSC01846

Dari PERTAHANAN AWAM, Resque 911.

Sampailah, suatu hari tu ma terlintas nak cuba panggil Bomba
Resque 911 @ Pertahanan Awam untuk membantu.

Pic ni adalah kali kedua kedatangan mereka.
Kali pertama, petugas Resque tu datang dengan
tangan melenggang kangkong
satu apa pun tak bawak,
padahal dah dibagitau… ada sesuatu di dalam syiling rumah.

Sampaikan lampu picit pun dia minta dengan kita
Di rumah ma tak ada lampu picit kuasa besar
untuk suluh syiling yang gelap tu….
Si Hakim bagi lampu picit dari handphone dia….
Hahaha, appaaaa dah kau Kim.
Haprak!

Akhirnya mereka balik gitu aje, sebab time tu dah maghrib.

Budak2 berdua ni ma boleh puji
Nampak sungguh2 buat kerja 
Suluh sana suluh sini
Nampak tu, kat bilik air pun dia masuk
tengok dari celah2 lobang dinding.

Akhirnya  mereka nampaklah tanda2
dan bau musang yang dah buat sarang dalam syiling rumah ma!

 

 

DSC01848 Minta kebenaran nak pecahkan syiling

Aduuuuiiii sayangnya syiling aku….
Terpaksa redha ajeee leeee…

 

 DSC01849        Minatnya… Terlenggak melopong si Zikri…
Hihihi

 

DSC01850Tak ada pulak’, katanya….

Hai, takkanlah binatang tu nak tunggu
Orang nak tangkap dia, dia nak tunggu ke? 

Alih2 dia kata, dia nak biarkan aje syiling tu gitu
nanti kalau musang tu lalu, silap haribulan dia akan jatuh!

Haaaa? Ini kan dapur tempat saya memasak?
Nak suruh musang tu jatuh atas kepala saya ke?
Oh tidak… tidak…!
Kami sama2 tergelak….

 

DSC01856  ‘Biar dah sompek pun syiling tu… tolong pasang semula…
saya tak mau musang tu jatuh atas kepala saya nanti!’
By order! Hahaha…

Mereka janji akan datang semula ‘tengok’ katanya.
’Tengok apenya yee’??

Selepas aje mereka balik… bunyi musang berdondang sayang lagi…
Tunggu mereka datang ‘tengok’ tak datang2 juga…
akhirnya ma telepon lagi
siap buat cadangan kalau2 boleh pasang perangkap
sebab binatang ni binatang hidup dan sentiasa bergerak
kot2 boleh pakai cadangan ma

Tapi dijawab tak ada ‘khidmat’ cam tu

PULAK!

Lepas tu mereka hantar lagi 2 orang di rumah
dah kerjanya nak membantu…
Kali ni bukan saje melenggang kangkong, siap tarbiah lagi

Dikatanya syiling rumah kampong cam rumah ma ni
tak boleh nak berdiri
Kalau syiling rumah2 batu sekarang ni…
siap pasang lampu lagi,
boleh nak berkejar2 dengan musang

Menganggok bodohlah ma, malas nak bertekak
Apo nak dikato
Syiling rumah ma tak boleh berdiri nak berkejar dengan musang
Redha ajeee leeee
Redha jugaklah kalau terpaksa berjiran dengan musang di ‘tingkat atas’ tu!
redha ajelah kalau terdengar mereka2 tu bergurau senda
sebab dia kata ‘tak ape’ cuma musang aje…
kalau musang berjanggut baru bahaya kot…!

Aku redhakan kau balik aje laaa…
pergi cari rumah batu, baru leh buat kerja
kalau rumah kampong macam rumah aku ni
lenggang kangkong aje leee yeee!?

 

DSC01880

Yang ni pulak, apa yang disongehkan?

 

DSC01882 Laaa… dalam bidang ni jugak rupanya kau Mat Zikri?

Tapi tolong ingat
Kerja itu memerlukan keikhlasan
Sebab kerja yang menerima gaji itu jugak adalah ibadah.

6 comments:

wida said...

kat rumah sy ma..musang dah beranak pinak! time malam..berlari2 kat atas. mula2 takut..lama2 dah terbiasa.

org kata, kalau musang tu dah tinggal situ..memang dia x akan pindah.

rasp said...

bila berdepan dgn org yg amik mudah keje nie..
mmg rasa malas je nak layan lelebih kan ma...

kalo jadi kat saya lah..ntah apa saya buat...
sbb saya takut lah ma...
takut kot2 musang tu tetiba nak jadik mesra alam dtg jengah kita...

Kamariah Awang said...

Wida@ iyelah Wida... nak buat camane lagi? Mudah2an dah terbiasa dah tak takutlah lagi yee!

rasp@ mereka2 tu nampak cam dah biasa ngelat kerja. Datang dan balik bukan bawak report dari kita. Tak baik kerja cam tu kan?

sW33tdARLiNG said...

mintak sewa dengan musang tu...!

Kamariah Awang said...

SD @ Iye juga tu.. Kasi lot parking yang jadi rebutan tu, percuma lagi kat dia..hihi..

Mak Izz said...

sabar jelah :)