BARU2 ni ma menemani Che Bunga ke sebuah workshop dimana
motor yang mengakibatkan kemalangan maut anaknya ditempatkan.
Memang lemah segala sendi anggota bila masuk ke dalam workshop
tersebut…
kerana dahlah tempatnya agak gelap GULITA dengan motorsikal yang ranap teruk bersepah disana sini.
Motor arwah Mustapha anak Che Bunga tersorok nun jauh kedalam…
dan tak sanggup rasanya ma nak pergi untuk snap gambarnya.
Apa pun motor tersebut taklah nampak teruk sangat, tapi bajet
membaik pulihnya lebih kurang seribu setengah jugaklah..
Jadi sila layan pic yang sempat ma paparkan untuk sekadar tatapan
sebagai iktibar kita bersama…
Motosikal ni baru aje beberapa jam dibawa kesini. Pemandunya juga maut!
Tak tahu dimana kaki dimana kepala… memang menyerabutkan!
Bayangkan sebesar2 tempat, beginilah keseluruhan pemandangannya.
Bayangkan betapa ramainya yang kemalangan dan
bayangkan berapa banyak kerugian…
Namun…, jauh dilubuk hati tuan pemilik workshop ini tentulah bersyukur BANYAK rezeki MASYUUUUKK!
2 comments:
teruk jugak rosaknya..
kalau sy mesti tak snggup simpan motor tu. bukan takut..tp motor tu myimpan kenangan yg menyedihkan
sedih & ngeri tengok keadaan motor2 nie Ma...
takut nak bayangkan apa yg jd dgn pemandu2 motor nie...
Post a Comment