Tuesday, February 1, 2011

NOSTALGIA KAMPUNGKU… KAMPUNG SIGLAP.

 

155385_1232170180443_1714800784_411368_1961671_n

ALHAMDULILLAH… inilah suatu keajaiban dialam cyber.
Ma telah bertemu dengan jiran2 sekampung ma yang telah mengirimkan pic ini ke fb ma. 

Mungkin bagi sesiapa yang tak berkenaan akan merasakan tiada apa2nya yang mencuit perasaan dengan sekeping gambar hitam putih yang hampir kuning ini….

Tapi bagi kami adik beradik… ianya membangkitkan nostalgia kerinduan…

Terdahulu ma ucapkan terima kasih kepada penama Joe Labu yang telah sudi menghantarkan pic ini ke fb ma…

Sebenarnya.., rumah ni bukan rumah ma…. Ianya terletak ditengah2 kampong, umpama  seri bagi kampung kami….
Nostalgianya rumah ini… apabila ia sering dijadikan lokasi filem2 terbitan Cathay Keris ditahun2 1960an.

Kerana studio Cathay Keris letaknya di East Coast Road, maka boleh dikatakan banyaklah filem2nya berlokasikan dikampong kami, Kampong Siglap, Jalan Sempadan .. dan selain di Bedok.

Yang paling ma ingat sekali ialah filem Cucu Datok Merah.  Diperkarangan rumah itulah seniman Nordin Ahmad membelai2 ayam kesayangannya…. dan didalam rumah itu jugalah Seniwati Latifah Omar menghidangkan nasi yang berlaukkan ayam kesayangan itu, sehingga menjadi kemarahan suaminya….

Ketika diusia 9-10 tahun, tidak ada yang paling gembira bagi ma, melainkan… bila balik dari sekolah, ada orang shooting filem di kampong.  

Masa tu bangga betul kalau dapat tengok seniman seniwati seperti Latifah Omar, Roseyatimah, Fatimah Ahmad, Yusof Latiff, Siti Tanjung Perak, Ghazali  Sumantri, Tony Kasim…  sekadar  menyebut 
beberapa  nama…  
Yang paling cantik…  Seniwati Datok Maria Menado yang terkenal dengan filem2 pontianaknya tu…

Yang menggelikan hati…, pernah jadi extra kanak2… kononnya memeriahkan majlis perkahwinan Mak Siti dengan Pak Dolah Sarawak  dalam filem Gila Talak…. Dapat 50 sen!  Hehehe…

Dan diwaktu yang sama abang ma Kamarudin.. menjadi watak Berahim dilokasi Madrasah Kg. Siglap, dalam filem Pontianak Kembali (maaf kalau tersilap..) lakonan Maria Menado.  Dapat $3… sebab ada dailog.  Dailognya cuma …. ‘Ya, cikgu!’

Hahahaaaa…

4 comments:

zuul aziz/joe labu said...

Siglap dengan lambaian nyiurnya.. pasir gemburnya, rumah rumah usangnya, cengkeriknya, desiran ombaknya... mengguris kenangan sewaktu bermukim disana selang selang cuti panjang sekolah .....

Bila kami sampai dirumah besar diSiglap, pakcik Daud akan berteriak... 'Aaaah.... gengster Geylang Serai dah sampai...'

Kami turun ke pantai .... ada pesta lumba jong...

Malam malam ... Ibu bercerita bertemu penunggu dipokok bunga Tanjung ditepi masjid Siglap.

Dinihari ... Datuk bercerita tentang mengejar pencuri yang dikenalinya sbg Haji Jambrit....

Pagi pagi...riuh sepupu bercerita tentang hantu cak cak yg bergurau dgn nya semalaman ....

Tiap hari ... jiran sekampung yang berbisik tentang 'mak cik mata kaca' yg memelihara pelesit...

Nostalgiaku... Nostalgiamu

Ceritaku... Ceritamu....

Siglapku ... Siglapmu.....

rasp said...

kat kampunglah yg memang penuh dgn kenangan ya Ma...
tersenyum saya membaca cerita Ma nie...

GREENJADE said...

owh very nostalgic ni ma..really touching part nih..nak pulak byk kenangan terindah di situ :)

hehe seronok nye dpt tumpang berlakon ye ma:)

Anonymous said...

Asalamualaikum. Maaf bertanya. dalam gambar di atas. saya sedang berfikir di mana terletak rumah rumah ni dia Kg Siglap.

Betul kah dari gambar ini, sebelah kanan ada kedai mamak tapi tak Nampak dalam gambar?

Terima kasih.