KISAH TIGA IMAM MUDA
DAH lama ma tak berkongsi cerita, kan?
Ini ada satu cerita kiriman seorang kenalan ke fb ma.. Dengan mohon izin darinya…
Mari sama2 kita layaaaan..!
DISEBUAH kampung ada 3 orang remaja yg suka melepak. Seorang tu bernama Ali, seorang tu Budin dan seorang lagi bernama Ciko.
Aktiviti seharian mereka ni menyebabkan Tok Imam tak senang duduk dibuatnya…. Pada satu hari Tok Imam datang dengan niat nak tarbiyah mereka ni.
Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar.... Tok Imam mencabar si makhluk ber 3 tu ke surau waktu maghrib nanti.
Si Ali pun berkata, "Tok Imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa…, nanti kami buktikan yg kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan".
Apabila hampir masuk waktu Maghrib pergilah makhluk ber 3 tu ke surau. Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan,
"Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..."
Dengan segera Tok Imam merampas mikrofon daripada Ali dan menyuruh Tok Bilal azan semula. Terserlah kejahilan Ali.
Selepas iqamat, masa nak sembahyang Tok Imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal jugak…! Angkat sekali tak khusyuk. Angkat kali ke 2 pun tak khusyuk jugak lagi..
Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam.
"Tok, tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam."
Tok imam pun berundurlah ke belakang.
Budin pun angkat lah takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram dan memulakan solat. Tiba2 je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata,
"Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!"
Lalu batallah solat Budin. Yang lain2 pun ikut berhenti solat sambil ketawa terbahak2.
Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut… bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dengan wirid2nya sekali.
Punyalah respek Tok Imam kat si Ciko niii...
Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dengan bongkaknya si Ciko berkata,
"Heee, itu belum ambil wuduk lagi tu!…. Kalau tak, lagi dahsyat aku sembayang…! He heee..."
~Hihihi… ma teringatlah pulak cerita 3 mualaf yang sedang sembayang tiba2 ternampak tikus melintas didepannya…! Samalah tu, dua kali lima ceritanya…~
2 comments:
hahaha lg teruk jahil nya dr pak pandir nih ma hehehe
macam tu punya cerita pun kena saman ke...? mesti yang saman dia tu salah sorang budak bertiga tuuuu
Post a Comment