Saturday, February 5, 2011

DIMANA MOLLY?

SEMPENA cuti Tahun Baru China ni, SD mengambil peluang balik kampung, memang riuh rendahlaaa rumah ni dengan suara cucu2 ma….

Ada ke tidak pembaca China yang masuk ke blog ma ni… nak ucap Selamat Tahun Baru…? Ah, tak kesahlah… Kata 1` Malaysia kan?

Apa yang pasti dalam hati ma sekarang ni teringatkan kawan sepermainan ma semasa kecil bernama Molly…

~Persekitaran rumah ma dikelilingi dengan rumah2 China yang pandai berbahasa Melayu… menakala selang beberapa rumah kedalam kampung sikit, barulah ada perkampungan Melayu.~

Dimana agaknya Molly sekarang ye? Masih ke dia ingatkan ma lagi?

Berkawan dengannya bukan setakat bermain anak2an (anak2 buatan tangan yang dibuat dari kertas, siap dengan pakaian yang boleh ditukar2 mengikut kreativi sendiri)..

… malah kami juga saling bantu membantu dalam membuat home work sekolah. Ma menjadi tempat rujukannya dalam subjek BM dan dia membantu ma dalam BI.

Sayangnya beberapa kali kalau ada pun apa2 majlis keraian perkahwinan anak2 saudara ma, walaupun ada kaum keluarganya masih dapat dihubungi, tapi dia tetap tak hadir…

Kenangan sukar dilupakan….

3 comments:

rasp said...

memang seronok bila balik kampung...
kumpul ramai2...saat terindah!

melalui FB pun tak jumpa ke Ma?
InsyaAllah ada 'jodoh' akan jumpa gak satu hari nanti Ma...
kawan baik mmg sukar dilupakan....

GreenJade said...

rakan sepermainan mmg sukar terhapus dr memori kan Ma..

Insya Allah..ase rezki jumpa lah tu satu hari nanti yea :)

wida said...

bestnya bila anak cucu balik kg:)