Gambar kenangan dari sentuhan sendiri ketika ke Tanah Suci 2009 M@1430H. Dari tingkat 3 Masjidil Haram.
SELAMAT menyambut Aidil Adha…. Bagi sesiapa yang mengerjakan ibadah korban… sama2lah kita mendoakan keberkatan dan ganjaran dari Allah s.w.t. untuknya….
Alhamdulillah…… bagi yang mengerjakan rukun Islam ke5 kita pada tahun ni cuaca agak selesa tak kedengaran berita banjir atau hujan lebat yang membasahi bumi Arafah.
Ketika ma mengerjakan ibadah haji tahun lepas, dua tiga hari sebelum berangkat ke Arafah, hujan turun di bumi Mekah tak disangka2 dengan angin yang agak kuat juga. Sehingga ada jemaah yang kehilangan baju dan telekong sembahyang dijemuran kerana diterbangkan angin yang kuat.
Sesampainya kami di bumi Arafah…, karpet didalam khemah basah lencun. Tak tau macamana nak letakkan ponggong. Apatah lagi, malam nanti nak melelapkan mata….
Tapi nasib baiklah TH menyediakan bekalan peralatan untuk mengatasi segala kemungkinan!
Kejadian itu menyebabkan bekalan api terputus. Sehinggakan nak keluar kemana2 pun tak berani, takut tersesat. Jadi bila selepas isya’ kami tak dapat nak buat apa2 melainkan tidur ajelah secepatnya.
Ma juga ada mendengar berita tentang banjir di Jeddah dan Mekah sehingga menyebabkan kematian, tapi tak hanya mengetahuinya dari mulut ke mulut yang disampaikan.
Surat khabar memang tak berkesempatan membacanya. Apatah lagi dalam bahasa ibundanya…. Kalau ada anak buah sms dari tanah air, maka akan sampailah apa2 berita pada kita…… Agak lucu juga yeee…!
Itu cerita munasabah! Ada juga berita kurang munasabah… Berita tentang 3 warga Indonesia yang terkorban (salah seorang daripadanya lelaki, kononnya) yang jatuh terjerlus 10 meter ke bawah di dalam tandas wanita kerana berkelahi ………. katanya… Begitu merebak dari mulut ke mulut.
Walaupun semua orang maklum, agenda menunggu giliran ke tandas itu adalah saat2 paling kritikal ketika di Mina tapi takkan didalam tandas juga nak dijadikan medan perkelahian?!
Tapi ramai yang percaya…! Sehingga berita itu tersebar begitu cepat dan meluas! Bagi yang tak percaya, nak menolak cerita2 begitu, pun tak boleh juga… Manalah tau kalau2 bala itu bukan cobaan tapi betul2 kejadian..!?
Akhirnya dengarkan aje lah…! Tak payah nak bertengkar2 kata tak percaya ke atau tak munasabah ke apa ke… !
Begitulah…. sekelumit kenangan di Aidil Adha yang lepas….
3 comments:
selamat hari raya.. hari ni kami di Tanah Merah shopping shopping shopping!!
selamat hari raya aidiladha..
salam aidiladha ma..hehehe..sorry lewat..ma..bukan mekah banjir jugak ke tahun ni?
Post a Comment